Bab 3 : Konsep Ibadah Dalam Islam

Pengenalan

Setiap insan yang hidup di alam maya ini dan memiliki kewarasan akal fikiran pasti akan tertanya-tanya dengan tiga persoalan iaitu dari mana akudatang? Untuk apa akudiciptakan? Dan ke mana nanti akuakan pergi?

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini pasti akan menjadi titik tolak kepada cara perjalanan hidupnya sehingga ruh keluar menjadi jasad. Sebagai seorang Muslim, jawapan kepada persoalan yang pertama iaitu dari mana manusia datang ialah :

Seperti apa yang telah di firman oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Taha ayat 55 yang bermaksud :
“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan
mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan
kamu sekalu lagi.”

Seterusnya jawapan kepada persoalan kedua pula ialah :

Seperti terkandung di dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud :
“Tidak Aku ciptakan kamu jin dan manusia kecuali supaya mereka
mengabdikan diri (beribadah) kepadaKu.”

Sementara itu, jawapan kepada persoalan terakhir ialah :

Seperti terkandung di dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud :
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali”.”

Ringkasnya setiap orang Islam mestilah menginsafi bahawa mereka dicipta oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk mengabdikan diri kepadaNya. Mereka akan kembali ke hadratNya, dihitung segala amalan, diberi balasan kesudahan syurga atau neraka yang abadi sifatnya bergantung kepada amalan baik atau buruk yang mereka lakukan. Ketiga- tiga persoalan dan jawapan inilah yang sepatutnya dijadikan landasan untuk mereka meneruskan kehidupan, agar mereka memperolehi kesudahan yang baik yakni syurga dan mereka akan kekal di dalamnya.


Pengertian Ibadah

Ibadah dari segi bahasa adalah berasal dari perkataan Arab yang terbentuk dari kata dasar “ain”, “ba” dan “dal” (عبد) yang membawa maksud merendah diri, patuh dan taat (al-Maududi, 1984). Kerendahan diri, kepatuhan dan ketaatan ini adalah secara umum, tidak difokuskan kepada sesuatu apapun. Seorang anak yang berbakti kepada kedua ibubapanya dari segi bahasa. Begitu juga dengan seorang isteri yang mentaati suaminya dan seorang pekerja yang mematuhi arahan majikannya.

Dari segi istilah, ibadah bermaksud khusyuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, merendah diri dan tetap hati kepadaNya. Jelaslah, maksud dari segi istilah ini telah meletakkan fokus ketundukan dan kepatuhan seseorang manusia itu hanya ditujukan kepada Allah Subhanu Wa Ta’ala, tanpa sekutu.
Sesuatu amalan yang pada zahirnya dilihat sebagai ibadah seandainya amalan tersebut dilakukan bukan ikhlas semata-mata kepada Allah Subhanahu Wa Ta’Ala. Umpamanya seorang anak yang melakukan ibadah
solat kerana dipaksa oleh kedua ibu bapanya, jadi si anak dengan rasa berat
hati terpaksa melakukan solat tersebut, bukan kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala tetapi kerana paksaan kedua orang tuanya, ibadat tersebut tidak dikira ibadat, walaupun pada zahirnya ia adalah dilihat sebagai ibadat. Sebaliknya suatu amalan yang pada zahirnya bukan ibadat, seperti menunaikan qada’ hajat, amalan ini akan menjadi ibadah di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala seandainya ia dilakukan untuk tujuan menyihatkan tubuh badan, agar dia dapat beribadah kepadaNya.

Syeikh Ibn Taymiyyah dalam kitabnya Ubudiyyah menyatakan ibadah bermakna kehinaan dan kecintaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala (al-
Qaradhawi, 1978)
. Keadaan ini membawa maksud seseorang hamba itu merasakan kehinaan dirinya di sisi Allah Yang Maha Perkasa dan merakamkan rasa kecintaan yang tidak berbelah bagi kepadaNya dengan melakukan segala perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan meninggalkan segala laranganNya.


Kaabah Di Mekah

Iman dan Ibadah

Asas ajaran Islam ialah iman dan ibadat kepada Tuhan Maha Esa iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ ala yang wajib disembah secara sukarela dan tidak dalam bentuk paksaan. Menjadi lumrah naluri manusia menyerah diri yang mendorong mereka mencari Tuhan atau Kuasa Yang Tertinggi. Jika naluri itu
tidak diisi dengan atau disalur kepada menyembah Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka ia boleh mendorong mereka menyembah selain dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti dewa-dewa, matahari, bulan bintang, hantu, syaitan dan sebagainya.

Beriman dan beribadat kepada Tuhan tidak akan memberi faedah kepada
manusia dan tidak dapat menyelamatkan mereka melainkan melalui tiga
tingkatan dasar, iaitu :

i. Iman yang bersih daripada sebarang syirik.
ii. Ibadat menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas.
iii. Mematuhi hukuman Tuhan.

Ibadah hanya menjadi seperti riadah badan sekiranya tidak lahir dari iman yang sejati. Iman yang sejati itu tidak diakui sekiranya tidak ada kepatuhan kepada perintah dan hukumanNya. Memang jelas tuhan itu Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dia yang menjadikan langit dan bumi serta isi kandungannya. Dia memberi nikmat dan rezeki dari dahulu sehingga sekarang. Oleh itu, tidak patut manusia berlaku syirik atau sekutu kepadaNya kerana manusia juga sedar Tuhan Maha Kuasa itu tiada bandingan dengan yang lain.

Dengan demikian, iman dan ibadah mempunya hubungan yang sangat erat sekali kerana ibadah itu lahir dari keimanan, sedangkan keimanan itu lahir sebagai bukti kebesaran Tuhan di hadapan manusia dan keimanan juga akan melahirkan kepasrahan, ketaatan, ketundukan dan itulah yang dinamakan ibadah (Muklas Asy-Syarkani,2002:8–14).


Nilai Ibadah Dalam Islam

Manusia dicipta tiada lain melainkan untuk menyembah atau beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ibadah dalam ajaran Islam bukan seperti yang terdapat dalam agama lain. Bagi agama-agama tersebut, ibadah lebih kepada amalan ritual yang dilakukan pada hari-hari tertentu dan di tempat-tempat tertentu samada di rumah-rumah ibadat atau tanah perkuburan dan sebagainya. Ibadah agama-agama tersebut sekadar amalan ritual untuk tujuan tertentu atau rasmi dan tidak berlaku dalam kehidupan seharian. Ertinya, amalan agama dan cara hidup adalah dua perkara yang berbeza.

Ibadah dalam Islam merupakan satu cara hidup yang merangkumi segala persoalan akidah, akhlak, kekeluargaan, kemasyarakatan, pentadbiran, perdagangan, budaya, siasah, pendidikan, perhubungan kenegaraan, perhubungan antara bangsa dan sebagainya. Pengamalan semua tuntutan atau perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam semua perkara yand disebut itu adalah dikira sebagai ibadah.

Daripada perkara-perkara yang kecil seperti masuk ke tandas, makan, minum, memberi salam, perhubungan silaturrahim dan sebagainya sampai kepada urusan yang besar seperti perdagangan, siasah, kewangan, pentadbiran kenegaraan dan perhubuingan antarabangsa, jika dilaksanakan seperti yang dikehendaki dalam Islam, ia adalah ibadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan kata lain, segala kegiatan seharian kita yang berlandaskan syariat adalah dikira sebagai ibadah.

Perkara yang pasti apabila sesuatu itu menjadi ibadah, ia diterima di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai amal bakti atayu amal soleh. Apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerimanya sebagai amal bakti, ganjarannya ialah pahala di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sekalipun yang dilakukan itu bukanlah untuk mendapat pahala tetapi semata-mata kerana hendak
melaksanakan tuntutan Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi mendapat keredhaanNya, namun Allah Subhanahu Wa Ta’ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia akan membalas setiap amal kebaikan hamba-hambanya.

Di sinilah letaknya keadilah Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi ganjaran kepada yang berbuat baik dan memberi hukuman kepada yang berbuat jahat. Dalam kehidupan di dunia, jika sesebuah pemerintahan menjatuh hukuman kepada yang bersalah dan memberi balasan baik kepada yang berbuat kebajikan, kerajaan itu dikira sebagai sebuah kerajaan yang adil, inikan pula pemerintahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Keadilan dapat dirasakan sampai ke hati kecil seseorang. Hal ini akan dilihat secara jelas di akhirat kelak, bila yang terhukum itu sendiri merasakan Maha Adilnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

FirmanNya yang bermaksud:
“Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka, tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadaNya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”
(As-Sajdah, 20)

Sebagai khalifah di muka bumi, sewajarnya manusia menyusun seluruh
usaha, ikhtiar dan amalan sehari-harian agar menjadi ibadah kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, kerana setiap yang dilakukan dalam kehidupan ini adalah perintahNya menurut apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-
Sunnah (Abdul Aziz, 2005: 27–30).


“Demi Allah”

Syarat-Syarat Sesuatu Kerja/Amalan Dikira Sebagai Ibadah

Segala kerja atau amalan yang dilakukan dalam kehidupan ini jika menurut peraturan yang telah ditentukan oleh Islam adalah dikira sebagai ibadah. Sekiranya aktiviti atau amalan dilakukan tanpa memenuhi syarat-syaratnya, ia tidak menjadi ibadah dan amalan itu tertolak atau sia-sia sahaja. Syarat-syarat sesuatu kerja atau amalan itu sebagai ibadah ialah :

i. Niat mesti betul kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
ii. Amalan yang dibuat dan pelaksanaannya tidak melanggar hukum syarak.
iii. Natijah dari usaha diatur ke jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk
kemakmuran alam dan manusia sejagat.
iv. Ibadah asas tidak diabaikan.
v. Amalan itu dilakukan dengan penuh ketekunan.

Sesuatu ibadah tidak wajar dilakukan kerana niat yang lain dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti riak, menunjuk-nunjuk, sombong diri, ‘ujub dan
sebagainya. Pastikan kerja yang dilakukan samada fardu ‘ain atau fardu kifayah niatnya adalah kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Niat yang betul mesti tidak diiringi dengan perlanggaran terhadap syariat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Misalnya jika berniaga pastikan bahan jualan itu halal untuk umat Islam, jangan berniaga arak atau menjual nombor ekor, menjual barang curi atau barang palsu dan sebagainya. Seandainya jualan itu salah di sisi syarak, niat yang betul sekalipun tidak diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Begitu juga orang yang membaca Bismillah ketika minum arak atau mereka yang membeli nombor ekor dengan berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya menang nombor tersebut, semuanya tidak diterima, malah perbuatan tersebut sama seperti mempersendakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Seterusnya dalam melaksanakan kerja-kerja atau aktiviti seharian, jangan menyalahi hukum Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Misalnya semasa berniaga, jangan pula dalam masa tersebut ada unsur penipuan, penindasan atau penzaliman. Barang yang dijual jangan terlalu mahal hingga dilihat semacam menindas dan menzalimi. Begitu juga jangan melakukan penipuan harga.

Bagi mereka yang bekerja dengan majikan, jangan mencuri tulang, menipu atau tidak jujur dalam melaksanakan kerja kerana semua ini adalah perlaksanaan yang salah. Kalau sakit tidak dapat melaksanakan kerja, maklumkan perkara sebenar kepada majikan. Jangan pula berpura-pura mendakwa sakit sedangkan hakikatnya tidak sakit. Sebagai pekerja, ia perlu berhati-hati dalam perlaksanaan kerja-kerja yang diamanahkan kerana dibimbangi rezeki yang diperoleh adalah rezeki yang tidak halal.

Natijah kerja yang dilakukan mesti disalurkan ke jalan yang betul dan sesuai dengan syariat. Misalnya seseorang pelajar yang mencari ilmu menurut tuntutan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, jangan pula setelah memiliki ilmu pengetahuan, ia menjadi seorang yang sombong, meninggi diri, ego dan sebagainya. Ilmu yang diperolehi itu sepatutnya tidak menjadi seseorang itu rosak akhlaknya seperti menipu, rasuah, memutar belit orang lain dan sebagainya. Ilmu yang diperolehi semestinya memberi manfaat kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Begitu juga jika seseorang itu berniaga, hasilnya dapat membayar zakat, menolong orang yang susah, sedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan sebagainya. Hasil yang diperolehi tidak digunakan untuk berjudi, minum arak atau melibatkan diri dalam kerja-kerja haram dan sebagainya.

Walaupun kita berusaha untuk menjaga pekerjaan kita supaya menjadi ibadah, jangan pula melupakan ataupun mengabaikan ibadah-ibadah asas seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji. Jangan disebabkan terlalu sibuk berniaga sehingga meninggalkan solat, tidak menunaikan solat Jumaat, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, tidak menutup aurat, terlibat dengan pergaulan bebas dan sebagainya. Begitu juga untuk memastikan amalan tersebut menjadi ibadah, ia perlu dilakukan dengan bersungguh dan tekun. Umpamanya seorang pelajar yang ingin menjadikan belajarnya itu ibadah, perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun.

Jelaslah kelima-lima syarat tersebut hendaklah menjadi landasan untuk
melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tindakan atau kerja yang sudah jelas
ibadah seperti membaca al-Qur’an, bersedekah, membangunkan kerja
amal seperti memungut derma dan sebagainya, jika tidak memenuhi syarat
maka ia tidak dikira sebagai ibadah di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kerja
yang dibuat dan tidak dinilai sebagai ibadah, adalah kerja sia-sia, bahkan
kerja-kerja tersebut boleh menjadi haram dan mendapat dosa (Abdul Aziz,
2005: 49–70).


Pembahagian Ibadah

Terdapat beberapa pandangan yang dikemukakan oleh para ulama dan ilmuan Islam mengenai kategori ibadah. Secara umumnya terdapat tiga pendekatan, iaitu:

Pendekatan Pertama
Ibadah terdiri daripada tiga bahagian :

i. Ibadah-ibadah asas.
ii. Ibadah-ibadah furuk atau ibadah cabang.
iii. Ibadah-ibadah fardha ‘il’amal atau ibadah-ibadah amalan utama.

Ketiga-tiga kategori ibadah di atas merangkumi semua tindakan manusia. Ertinya apa sahaja yang dilakukan boleh dikategorikan dalam bentuk sedemikian.

Ibadah asas merangkumi segala yang berkaitan dengan rukun Islam dan rukun iman yang bersifat fardu ‘ain.

Manakala ibadah-ibadah furuk iaitu ibadah-ibadah dalam bentuk fardu kifayah seperti membangunkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan Islam, kewangan Islam, kenegaraan dan perhubungan antarabangsa menurut Islam dan sebagainya.

Ibadah yang dikategorikan fardha ‘il’amal atau amalan-amalan utama, ia termasuk semua amalan sunat, lahir dan batin. Ia merupakan amalan yang terbanyak dalam ajaran Islam. Misalnya membaca al-Quran, sembahyang sunat, berdoa, berwirid, zikir dan sebagainya (Abdul Aziz, 2005: 52–53).

Pendekatan Kedua
Terdapat ilmuan Islam membahagikan ibadah kepada :

i. Ibadah Zahiriah
ii.Ibadah Batiniyah (Hakikat)

i. Ibadah Zahiriah
Ibadah zahiriah atau juga disebut syariah adalah amalan zahiriah yang diperintah kepada umat Islam samada ia berupa perkara wajib atau sunat atau juga meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ibadah ini dengan jelas diatur dalam al-Quran dan al-Sunnah yang
kemudian dibuku, diperjelas dan menjadi satu kajian disiplin ilmu tersendiri.

Ibadah Zahiriah terbahagi dua bahagian iaitu :

a) Hablum minallah atau juga disebut ibadah makhdhah, iaitu ibadah yang
langsung berhubung kait dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan sebagainya.

b) Hablum minannas atau disebut sebagai ghairu makhdhah, ialah ibadah
zahiriah berhubungkait dengan perkara muamalah, iaitu perbuatan yang
ada hubungan dengan manusia seperti munakahat, sosial, siasah, ekonomi, jihad dan sebagainya.

ii. Ibadah Batiniah (Hakikat)
Ibadah batiniah adalah amalan yang bersifat batin iaitu melakukan apa yang diperintah dan meninggal kan apa yang dilarang. Amalan yang diperintah disebut mahmudah (amalan terpuji) sedangkan amalan yang dilarang disebut mazmumah (amalan yang tercela).

Ibadah batiniah terbahagi kepada dua iaitu:

i. Hubungan dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, seperti:

  • Mengenal Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan yakin.
  • Merasakan kehebatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Merasa gementar dengan neraka Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Merasa sentiasa diawasi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Merasa hina diri dan malu dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Merasa rida dengan setiap takdir dan ketentuan Allah Taala.
  • Sabar dengan pelbagai ujian Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Mensyukuri nikmat pemberian Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Mencintai Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Merasa takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Merasa harap pada rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Rindu pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Rindu pada syurga Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana ingin bertemu
    denganNya.

ii. Hubungan dengan manusia, seperti:

  • Mengasihi orang lain sebagaimana mengasihi diri sendiri.
  • Merasa gembira apabila mereka bergembira dan merasa dukacita
    apabila mereka berduka cita.
  • Menginginkan kebahagian untuknya di samping berharap agar
    musibah menjauhinya.
  • Benci pada kejahatannya di masa yang sama merasa kasihan kepada
    pelakunya sehingga timbul perasaan untuk menasihatinya.
  • Pemurah.
  • Mengenang jasa dan berusaha membalasnya kerana Allah
    Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Memaafkan kesalahannya dan sanggup meminta maaf jika bersalah
    dengannya.
  • Kebaikannya disanjung dan diikuti, kejahatannya dinasihati dan
    dirahsiakan dan bersifat berlapang dada.
  • Bersikap baik sangka terhadap sesama Islam.
  • Tawadu’ dengan sesama manusia.

Kedua-duanya, antara syariat dan hakikat adalah penting kerana kedua-dua perkara tersebut dapat membentuk manusia yang bertaqwa dan dapat menjaga manusia daripada sifat munafik, syirik dan kufur. Ibadah zahiriah dan ibadah batiniah sangat berhubung rapat dan wajib diamal secara bersama. Tidak boleh ibadah tersebut diamalkan secara sebahagiannya sahaja kerana ia boleh menghilang kesempurnaan awal.

Kedua-duanya sama penting seperti kulit dan isi buah-buahan. Kedua-duanya mesti ada untuk kesempurnaan wujud buah itu sendiri. Tanpa kulit, isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada, sebaliknya tanpa isi, kulit menjadi tiada erti apa-apa, sebab buah yang dimakan adalah isinya dan bukan kulitnya. (Muklas Asy-Syarkani: 2002: 16–18)

Pendekatan Ketiga
Terdapat di kalangan ulama yang membahagikan ibadah kepada dua bahagian iaitu; ibadah khusus dan ibadah umum.

i. Ibadah Umum
Ibadah dalam Islam merangkumi skop yang sangat luas. Apa-apa jua perbuatan, perkataan dan gerak hati yang dilakukan akan dikira sebagai ibadah seandainya amalan tersebut dilakukan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh syarak. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

a) Amalan tersebut mestilah disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini amat bersesuaian dengan :

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud : 
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”

b) Amalan yang dilakukan itu mestilah tidak bertentangan dengan kehendak
syarak. Ini adalah kerana perbuatan dan perkataan yang dilarang oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala sekali-kali tidak akan diiktiraf oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai ibadah, malah ia merupakan satu dosa yang wajar dijauhi
oleh setiap hamba Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Justeru itu sesuatu amalan
yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak
boleh dikategori sebagai ibadah. Ringkasnya, amalan tersebut hendaklah daripada kategori harus di samping amalan-amalan wajib yang telah ditentu
oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

c) Amalan yang hendak dijadikan ibadah mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sesempurna yang terdaya. Ini amat bersesuaian dengan :

Sabda Rasulullah Salla al-Lah ‘Alayhi Wa Sallam bermaksud :
Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang dari kamu melakukan sesuatu kerja maka diperelokkannya (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

d) Sesuatu amalan yang dijadikan ibadah mestilah dilakukan dengan tidak
melalaikan kewajipan ibadat khusus yang lain terutamanya solat lima waktu
yang wajib.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah al-Nur ayat 37 yang bermaksud :
“(Ibadah itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

Sehubungan dengan itu juga terdapat satu sabda Rasulullah Salla al-Lah ‘Alayhi Wa Sallam yang menekankan betapa pentingnya disempurnakan ibadat solat yang merupakan tiang kepada agama.

Sabda Rasulullah Salla al-Lah ‘Alayhi Wa Sallam yang bermaksud :
Perkara yang mula-mula dipersoalkan oleh Allah S.W.T di hari akhirat ialah solat. Sekiranya solat dilakukan dengan baik (sempurna syarat rukunnya), maka amalan-amalan lain juga akan dihitung. Sekiranya ibadat solat tersebut tidak sempurna (syarat rukunnya), maka semua amalan lain akan tertolak.(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Ringkasnya sekiranya seseorang itu dapat menyempurnakan keempat-empat syarat yang dinyatakan di atas ini, maka segala amalan yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah dikira sebagai ibadat, meskipun dia tidak duduk beriktikaf di masjid.Ibadah yang dihuraikan di atas tadi adalah termasuk di dalam ibadah yang umum.

ii. Ibadah Khusus
Ibadah khusus ialah segala amalan yang disebutkan secara khusus di dalam al-Quran dan al-hadith. Ibadah khusus pula terbahagi kepada dua iaitu ibadah fardu dan ibadah sunat. Ibadah-ibadah fardu ini pula terbahagi kepada ibadah fardu ‘ain dan fardhu kifayah. Ibadah fardu’ ain ialah ibadah yang wajib dilakukan, maka si pelaku akan peroleh pahal, sebaliknya jika ditinggalkan, maka si pelakunya akan mendapat dosa. Contoh ibadah farduu ‘ain ialah melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji sekiranya mampu dan sebagainya lagi seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadith.

Ibadah khusus jenis yang kedua ialah ibadah fardhu kifayah. Ibadah ini
ialah sesuatu amalan yang wajib dilakukan oleh sebahagiaan daripada anggota sesuatu masyarakat Islam, demi untuk kemaslahatan umat Islam. Seandainya semua orang Islam di dalam komuniti tersebut tidak melakukannya, maka semua orang islam di kawasan tersebut dikira berdos. Jika terdapat individu-individu Muslim yang melaksanakannya, maka ia akan
menyelamatkan seluruh orang Islam di komuniti tersebut daripada dosa. Contoh ibadah fardhu kifayah ialah menguruskan jenazah, iaitu daripada
memandikannya sehingga kepada menyemadikan jenazah tersebut ke
dalam liang lahad. Contoh yang lain pula ialah mempelajari, mengamal dan
menyebarkan ilmu dalam bidang-bidang professional yang mendatangkan manfaat dan meningkatkan kualiti hidup umat Islam seperti ilmu perubatan,
kejuruteraan, pengurusan, perniagaan dan lain-lain lagi.

Sementara itu ibadah sunat merupakan suatu amalan yang jika dilakukan akan mendapat pahala, manakala jika ditinggalkan, si pelakunya tidak pula berdosa. Ibadah sunat ini terbahagi kepada dua iaitu sunat muakkad dan sunat ghayr muakkad. Ibadah sunat muakkad ialah ibadat yang sangat-sangat digalakkan dan tarafnya hampir menyerupai ibadah fardu. Contoh ibadah sunat muakkad ialah solat sunat fajar dan juga bersugi sebelum solat.

Rasulallah Salla al-Lah ‘Alayhi Wa Sallam telah bersabda yang bermaksud :
Kalaulah tidak menjadi kesulitan kepada umatku,nescaya aku akan memfardhukan mereka dengan bersugi sebelum solat. 
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ibadah sunat yang kedua ialah sunat ghayr muakkad atau sunat tidak muakkad. Ibadah sunat ini juga digalakkan dalam Islam, tetapi tuntutannya
tidaklah seberat sunat muakkad. Contohnya ialah seperti sembahyang sunat
rawatib yang lain, puasa pada hari Isnin dan Khamis, bersedekah, beriktikaf
di masjid dan lain-lain lagi seperti yang telah dinyatakan dengan terperinci
dalam al Quran dan al-Hadith.

Ibadah yang dibahagikan kepada umum dan khusus ini adalah melengkapi pengertian yang dikehendaki oleh islam. Ia menggambarkan keindahan dan kesyumulan Islam itu sendiri yang bersifat syamil dan kamil. Merangkumi seluruh kegiatan kehidupan insan yang boleh memenuhi dan menjamin maslahat kehidupan di dunia dan di akhirat.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 38 dan Surah al-Baqarah ayat 201, bermaksud :
Tidak kami alpakan dalam al-Kitab ini sesuatuapapun…Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”

Keistimewaan Ibadah dalam Islam

Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri dan membezakannya dengan ibadah dalam agama atau kepercayaan yang lain. Antara keistimewaan ibadah dalam Islam ialah :

Bebas dari Sebarang Perantaraan
Dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, seseorang hamba Allah Subhanahu Wa Ta’ala boleh terus melakukan ibadah kepada Tuhannya tanpa menggunakan sebarang perantaraan. Berbeza dengan sesetengah amalan dalam kepercayaan agama lain yang mellalui perantaraan. Ini adalah kerana mereka berpendapat bahawa dirimereka cukup kerdil untuk berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Tinggi, justeru mereka menjadikan paderi, sami dan ruh nenek moyang mereka sebagai perantaraan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah al-
Zumar ayat 3
yang bermaksud :
Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepda Allah sehampir-
hampirnya”. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan, lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

Dalam Islam, seseorang itu boleh terus beribadah kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala secara langsung, tanpa perlu kepada apa-apa perantaraan atau
orang ketiga.Mereka diperintahkan untuk terus beribadah kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala secara terus menerus. Peranan ulama dalam Islam
bukanlah sebagai perantaraan antara hamba dan Tuhannya, tetapi peranan mereka adalah lebih kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan cara yang betul untuk beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Begitu juga dengan petanan yang dimainkan oleh para rasul dan anbiya’, yang berperanan sebagai penyampai wahyu Allah Subhanahu Wa Ta’Ala,
tanpa sebarang tokok tambah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah al-Nisa ayat 165 yang
bermaksud :
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman0, dan pembawa amaran (kepada orang-orang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Tidak Terikat Dengan Sesuatu Tempat dan Masa Tertentu

Di alam Islam, di mana-mana sahaja kita boleh beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala tanpa terbatas kepada masa dan tempat yang tertentu. Pendeknya di mana-mana sahaja manusia boleh beribadah kepadaNya. Seorang peniaga misalnya, boleh beribadah di gerai jualannya di sepanjang hari seandainya kerja jual beli yang diuruskan nya menepati syarat-syarat yang dinyatakan terdahulu. Begitu juga dengan nelayan yang menjadikan lautan sebagai tempat mencari rezeki, mereka boleh beribadah kepada Tuhannya di lautan tersebut.

Begitu juga tiada keterbatasan waktu untuk seseorang Muslim beribadah kepada TuhanNya. Ini adalah kerana dua puluh empat jam sehari semalam boleh digunakan untuk beribadah kepadaNya selama mana perbuatan mahupun perkataan yang dilakukan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidur bangunnya, makan minumnya, senda gurauannya, suka dukanya boleh menjadi rangka pengadian diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Berhubung dengan hal ini Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman dalam Surah al-An’Am ayat 162 yang menunjukkan sesungguhnya sebagai seorang Muslim perlualah meletakkan segala urusan hidup dan matinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

FirmanNya yang bermaksud:
Katakanlah; “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Tidak Membebankan

Ibadah di dalam Islam adalah sesuatu yang masih di bawah kemampuan manusia dan tidak sekali-kali membebankan. Ini dapat dilihat daripada khusus yang diwajibkan kepada umat Islam seperti amalan solat lima waktu. Ibadah solat ini wajib dilakukan kepada umat Islam sekadar kemampuan, seandainya seseorang Muslim sakit dan tidak mampu menunaikan secara berdiri betul, maka dia dibolehkan duduk, baring ddan seterusnya menggunakan mata dan hati sebagai ganti menggerakkan anggota yang tidak mampu dilaksanakan. Begitu juga dengan ibadat puasa yang diwajibkan hanyalah pada waktu siang hari di bulan Ramadhan dan hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu sahaja. Mereka yang sakit dan uzur yang tiada harapan untuk sembuh boleh menggantikan dengan fidyah.

Terdapat juga keringanan lain yang diperuntukkan dalam Islam seperti solat jamak dan qasar bagi musafir, penggunaan debu tanah untuk tayammum menggantikan air dan lain-lain lagi. Semuanya menunjukkan bahawa ibadah dalam Islam sedikitpun tidak membebankan hamba-hambaNya dan semuanya terbatas kepada kemampuan mereka.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berikanlah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Skop Ibadah yang Sangat Luas

Skop ibadah dalam Islam adalah sangat luas, merangkumi segenap aspek kehidupan manusia, daripada bangun tidur sehinggalah mereka tidur kembali, dan urusan peribadi sehinggalah kepada urusan antarabangsa. Semua amalan yang dilakukan dalam kehidupan seharian boleh dijadikan ibadah asalkan ia menepati syarat-syaratnya. Ia juga tidaklah tertumpu hanya kepada hubungan hamba dengan Tuhannya, bahkan juga melampaui hubungan hamba sesama hamba dan juga hamba dengan alam semesta yang dilakukan kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Insan muslim mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, anak isteri dan keluarga, jirang tetangga dan anggota masyarakat. Kesemua tanggungjawab ini jika dilakukan berlandaskan kepada tuntutan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka penunaian terhadap tanggungjawab tadi adalah dikira sebagai ibadah terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Keluasan ibadah seumpama ini hanya wujud didalam Islam kerana agama dan kepercayaan lain kebanyakkannya memisahkan antara ibadah dan urusan kehidupan.


Usaha Tangga Kejayaan

Impak Ibadah Khusus Dalam Kehidupan Muslim

Impak atau kesan dari Ibadah dalam kehidupan seorang muslim dapat dilihat dari sudut amalam ibadah khusus dan umum. Perbincangan ini difokuskan satu persatu impak Ibadah khusus:

Impak Ibadah Solat
Solat adalah ibadah utama disisi Islam. Hal ini begitu ditegaskan dalam Al-Quran kerana amalan awal yang ditanya diakhirat kelak ialah ibadah solat. Jika baik solatnya, baiklah yang lain dan sebaliknya jika rosak, maka yang lainnya ikut rosak. Diantara impak solat ialah:

  • Mendisiplin diri seseorang
  • Menjadikan hidup teratur dan sistematik
  • Menjadikan seseorang rendah hati
  • Menghalang perbuatan keji dan munkar
  • Memperoleh kebahagiaan
  • Menjadikan ingantannya sentiasa dan selalu kepada Allah SWT.
  • Mengikis sifat tercela dan menumbuh sifat terpuji
  • Mendatangkan rezeki
  • Mendapatkan kemuliaan dan membangunkan martabat manusia
  • Memberi keyakinan dalam menentukan pilihan
  • Memperkukuhkan keimanan
  • Mewujudkan perpaduan dan persaudaraan

Impak Ibadah Puasa
Di dalam ibadah puasa terdapat banyak impak yang boleh diperolehi
antaranya:

  • Menyucikan batin manusia.
  • Memelihara kesihatan dan menyembuhkan penyakit.
  • Boleh mencapai kepada takwa.

Impak Ibadah Zakat
Zakat adalah termasuk rukun Islam, di dalam al-Quran perintah zakat sering bersamaan dengan solat. Zakat adalah ibadah zahiriah yang berkaitan dengan harta dan mengandungi hikmah yang besar, di dalamnya terdapat keajaiban yang amat besar. Antara impak ibadah zakat dalam kehidupan seseorang Islam ialah:

  • Membersihkan harta.
  • Menumbuh rasa syukur.
  • Menyuci rohani.
  • Menolong orang yang lemah.
  • Mencegah timbulnya kerawanan sosial.
  • Mendatangkan keberkatan.

Impak Ibadah Haji
Pengertian ibdah haji ialah “mengkasadkan Baitullah Al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat dengan syarat-syarat tertentu.” Ibadah Haji adalah rukun Islam yang kelima yang mempunyai nilai-nilai yang istimewa. Antara impak yang dapat dilihat dari ibadah tersebut ialah:

  • Menjadikan seseorang sedia untuk berkorban.
  • Memperkukuh jiwa tauhid.
  • Mengikis sifat ego dan sombong.
  • Mendorong untuk meneladani perjuangan para nabi

(Mukhlas Asy-Syarkani, 2002: 27–55)

Secara keseluruhannya, ibadah dalam Islam memberi kesan positif kepada diri insan untuk kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara. Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna kerana ia mencakupi segenap aspek kehidupan. Agama Islam mendidik umatnya untuk tidak memisahkan dunia dan akhirat tetapi memastikan keduanya berjalan seiringan dan seimbang.

Like what you read? Give Pengajian Islam a round of applause.

From a quick cheer to a standing ovation, clap to show how much you enjoyed this story.