kepada yang Maha Esa / kepada Al-Khaliq yang mencipta adam dan Hawa
tanah dan tulang rusuk satu merantai, satu yang dirantai aku menulis, aku hanya mampu menulis
ini cara aku melawan
tidak mampu berbicara kata-kata, mulut bagai dirantai tidak mampu/ atau tidak boleh kita dilahirkan umpama iblis, bagai mahkluk yang membawa dosa kepada lelaki-lelaki
yang fikir mereka Nabi
yang mahu menjadi Tuhan badanmu dosa /seluruh kewujudan kau dosa/jangan menggoda