Menarik di Port Dickson

Fasehah
4 min readJan 29, 2019

Port Dickson merupakan destinasi percutian popular di Negeri Sembilan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda. Sebagai sebuah destinasi percutian keluarga dan tempat berbulan madu, Port Dickson menawarkan percutian yang seronok dan juga romantis.

Memandangkan lokasi jarak Port Dickson tidak jauh sahaja dari Kl dan Selangor, berbanding di Langkawi, Pulau Pangkor dan Pantai Desaru, setiap hujung minggu dan cuti sekolah, ramai pelancong akan mengunjungi PD. Ini antara tempar menarik di PD yang sering di kunjungi.

Pantai Teluk Kemang

Pantai yang popular di Port Dickson dalam kalangan pelancong disebabkan oleh kemudahan dan fasiliti yang terdapat di situ. Pantai Teluk Kemang popular kerana persisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu, penginapan tepi pantai yang menarik disamping terdapat juga aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing dan sebagainya. Ombak yang tidak kuat dan pantai yang landai, menjadikan Pantai Teluk Kemang ini sebagai tempat yang sesuai untuk bermandi-manda.

Kredit: shahridhan

Pantai Cahaya Negeri

Kredit to Raduan Norudin

Pantai Cahaya Negeri ini popular setelah selesai kerja-kerja pembangunan pada tahun 2014 yang menjadikan pantai ini lebih sistematik. Pantai Cahaya Negeri ini juga kini terdapat laluan pejalan kaki unutk ke Pulau Burung dengan pelbagai kemudahan awam, pondok, dataran dan parking kereta untuk pengunjung yang hadir. Suasana waktu malam di Pantai Cahaya Negeri turut meriah dengan pengunjung yang ingin untuk bersantai dan melihat keindahan waktu malam.

Kredit: @iqlam

Blue Lagoon

Turut dikenali sebagai Tanjung Biru, Blue Lagoon popular dalam kalangan pengunjung kerana terletaknya Rumah Api Tanjung Tuan. Pengunjung selalu menjadikan Rumah Api Tanjung Tuan ini sebagai lokasi mendaki untuk melihat pemandangan laut Selat Melaka dari tempat tinggi. Meskipun, tidak semeriah dengan Pantai Teluk Kemang kerana kawasan pantainya yang lebih berteluk dan dikelilingi dengan bukit dan batu-batu, anda masih boleh bermandi-manda dan berkelah di sini.

Pantai Purnama

Pantai yang popular sebagai tempat untuk camping, mandi-manda atau bersantai petang. Pantai Purnama ini mudah diakses dan kurang sesak terutama pada waktu hujung minggu sekali membolehkan anda untuk melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dengan tenang.

Kredit: visitmalaysia.info

Pantai Tanjung Gemok

Di sini, and boleh melihat pusat penjagaan penyu jika anda menginap di Glory Beach Resort. Selain itu, Tanjung Gemuk juga sesuai sebagai lokasi honeymoon buat pasangan yang baru berkahwin kerana terdapat beberapa lokasi penginapan romatis seperti Lexis Port Dickson, Glory Beach Resort dan Paradise Spa Hotel.

Port Dickson X-Park

X-park Port Dickson merupakan aktiviti yang sesuai untuk anda dan kawan-kawan atau keluarga jika anda inginkan aktivti berkumpulan. Dibuka pada tahun 2007, pada awalnya tempat ini hanya menawarkan aktiviti futsal dan badminton court sahaja. Kemudian, berkembang dan menawarkan aktiviti-aktiviti seperti paintball, go-kart dan ATV. Bolehlah anda untuk pergi ke X-park ini kerana kebanyakan pakej yang ditawarkan adalah secara berkumpulan.

Avilion Port Dickson

Kredit: Destinasian

Menjadi pilihan tempat penginapan bagi pasangan berhoneymoon atau menyambut anniversary kerana suasana yang romantis. Resort mewah atas air ini menjanjikan penginapan yang mendamaikan dan ekslusif buat anda dengan pelbagai kemudahan yang tersedia seperti jakuzi, landskap pantai yang indah, private balcony dan sebagainya.

Kredit: Booking.com

Lexis Hibiscus Port Dickson

Kredit: Agoda

Antara tempat penginapan mewah di PD yang menawarkan lapan jenis bilik eksklusif seperti Excecutive Pool Villa, Premium Pool sehinggalah ke pakej bilik paling mewah seperti Presidental Suite. Setiap bilik ini mempunyai private pool yang pastinya akan membuat anda memasukkan Lexis Hibiscus dalam bucket list anda.

Kredit: lexishibiscuspd

Sunset Cruise at Marina PD

Buat anda yang ingin merasa pengalaman di atas cruise walaupun sekejap sahaja, boleh cuba Sunset Cruise ini. Anda akan menyaksikan matahari terbenam, di samping merehatkan diri dalam Salt Jacuzzi dan nikmati juga BBQ Dinner. Percutian yang sesuai buat jika anda ingin menyambut anniversary bersama pasangan.

--

--