Harga Sebekas Ketulusan
Teramat biasa keikhlasan dan kejujuran disalahfahami
Gara-gara sikap kita yang terlalu yakin lalu terburu-buru menghukum. Barangkali juga kita tidak bersungguh mendalami rasa sesama kita.
Terima kasih kanda
Kerana jujur padaku tentang tulusnya pedulimu
Pada aku yang lalai untuk pedulikan dirinya
Dalam kesibukan menghadiahkan jujur buat insan
Duhai sang arif lagi budiman
Akan terubatkah robek yang dalam di hati ini
Dengan siraman air mawar?
Bagaimana bisa kau ubati sendiri
Luka di ragamu? Khabarkan padaku
Yang sesak menghela nafas
DibisikkanNya di telinga kita bahawa kita tak pernah meredah dunia ini bersendirian. Namun kita kerap lupa bahawa Dia sentiasa ada. Dan menganggap segala yang diusahakan membuahkan hasil atas semata kudrat kita.