Ramai yang mencari ubat tradisional darah tinggi bagi mengubati atau mengembalikan tekanan darah kepada paras normal semula. Ianya merupakan satu ikhtiar kepada seseorang untuk menggunakan pelbagai cara bagi mengubati penyakit tekanan darah tinggi yang di alami. Ada banyak cara untuk mengubati tekanan darah tinggi dan salah satunya adalah dengan menggunakan ubatan tradisional. Ianya merupakan salah satu ikhtiar untuk mengubati penyakit darah tinggi.

bacaan normal tekanan darah

Bacaan Normal Tekanan Darah

Sebelum pergi lebih jauh, sedikit info berkenaan dengan tekanan darah. Apakah itu tekanan darah normal? Bacaan tekanan darah normal adalah;

Tekanan Sistolik = 120–139 mmHg
 Tekanan Diastolik = 80–89 mmHg

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan tekanan darah normal dan lain-lain, saya sarankan anda untuk ke artikel Bacaan Normal Tekanan Darah di SINI.

Tips Menurunkan Tekanan darah tinggi

#1 Supplimen Shaklee untuk darah tinggi

Shaklee adalah antara salah satu produk kesihatan yang baik di Malaysia. Saya amat menyarankan anda untuk membeli set darah tinggi daripada produk Shaklee. Tidak susah untuk mendapatkan satu set lengkap. Ada banyak testimoni yang menunjukkan produk daripada Shaklee ini memberikan impak kepada tekanan darah mereka. Jadi memang tidak salah untuk anda cuba sendiri produk Shaklee ini. Shaklee untuk darah tinggi ini terdiri daripada Garlic Complex, Omega Guard, ESP, dan Vivix. Kesemua ini memang baik untuk darah tinggi. Boleh baca di SINI untuk penerangan detail Supplimen Shaklee.

#2 Monitor Tekanan Darah Anda setiap hari

Bagi saya, inilah yang paling penting sekali iaitu, jika anda disahkan oleh doktor yang anda mempunyai tekanan darah yang tinggi atau rendah, apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah monitor perjalanan tekanan darah anda setiap hari. Ya, setiap hari! Anda boleh dapatkan alat pengukur tekanan darah INI bagi membantu anda monitor perjalanan tekanan darah anda.

Bagi individu-individu yang mempunyai tekanan darah tidak stabil atau yang pernah mempunyai sejarah hypertension (darah tinggi) mahupun darah rendah, mempunyai alat pengukur tekanan darah ini lebih memudahkan anda untuk memantau tahap tekanan darah anda dari semasa ke semasa.

Bagi kebanyakan pesakit yang terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik untuk memantau tekanan darah, pasti agak kurang menyenangkan bagi sesetengah individu. Jadi memang lebih mudah kalau anda ada alat ini dan boleh cek sendiri tekanan darah anda dari rumah.

#3 Jaga pemakanan anda

Ni adalah faktor kedua terpenting. Pastinya, jika anda disahkan mengidap darah tinggi, perkara kedua penting adalah cuba merubah pola pemakanan anda. Jika anda memang suka memakan makanan snek, makanan rapu, atau makanan berlemak, meminum alkohol,cuba hentikan perlahan-lahan. Sebagai alternatif, cuba memakan makanan seperti bijian, sayur, susu rendah lemak dan lain-lain lagi. Juga, kurangkan makanan yang mempunyai garam atau bahan perasa yang tinggi. Kalau anda masak sendiri di rumah, kurangkan garam dalam makanan ye. Ini adalah salah satu tips untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang efektif.

#4 Hentikan Tabit Merokok Terus

Memang tidak dinafikan, jika anda mempunyai tabiat merokok, cuba untuk berhenti secara perlahan-lahan atau hentikan terus. Saya tidak dapat memberikan tips untuk berhenti merokok pada artikel ini. Tetapi jika anda seorang perokok dan ingin berhenti merokok, boleh lihat ebook ini untuk panduan dan cara berhenti merokok.

#5 Kurangkan Stress anda dan sentiasa tersenyum

Stress adalah antara penyebab berlakunya darah tinggi. Kebanyakan guru-guru di sekolah mempunyai tekanan darah yang tinggi dan ada juga dikalangan doktor yang mempunyai tekanan darah yang tinggi. Jadi, memang anda perlu mencari alternatif untuk mengurangkan stress di tempat kerja. Juga punca stress yang lain, cuba minimumkan stress dan sentiasa ambil nafas dalam-dalam untuk mengimbangi stress anda. Banyakkan bersukan, luangkan masa bersama keluarga, dan bagi yang beraga islam atau beragama lain, banyakkan mendekatkan diri kepada tuhan untuk menghilangkan stress anda.

Inilah serba sedikit perkongsian saya berkenaan dengan ubat tradisional darah tinggi menggunakan supplimen Shaklee bagi membantu anda untuk mengubati penyakit darah tinggi. Shaklee terkenal dengan produk yang tidak banyak kesan sampingan dan diakui di seluruh dunia. Apapun, anda bolehlah berikhtiar menggunakan produk Shaklee sebagai salah satu alternatif kepadatan ubat tradisional darah tinggi.

The post Ubat Tradisional Darah Tinggi Mujarab appeared first on Sensistop Beauty.

via Sensistop Beauty http://bit.ly/1MY7AHb

One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.