Ramai yang bertanya, macam mana cara membeli saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Sebenarnya tidak susah untuk membeli saham terutama kalau anda sudah biasa membuat transaksi menjual dan membeli saham. Kalau anda baru bermula nak berjinak-jinak dengan saham, mungkin sukar untuk membuat pembeli saham tetapi kalau dah biasa ataupun dah cuba beli saham sekali, insyaAllah lepas tu memang tiada masalah lagi untuk membuat pembelian saham.

Kalau anda pelabur baru yang nak mula berjinak dengan pelaburan saham ini, anda tidak perlu risau dengan cara membeli saham kerana ianya tidak susah, memang mudah untuk menjual dan membeli saham. Yang patut anda risaukan lagi adalah tentang cara untuk melabur saham. Cara pemilihan kounter saham dan juga timing terbaik untuk anda mula menjual dan membeli saham. Ini lebih penting daripada cara membeli saham kerana ianya patut dijadikan prioriti dalam membuat penilaian saham mana yang terbaik yang anda inginkan.

Sebelum membeli saham — apa yang anda perlu tahu

Sebelum membeli saham, anda perlu membuka satu akaun saham daripada banyak platform yang ada di Malaysia ini. Boleh ke artikel ini untuk mencari platform terbaik untuk pelaburan anda. Nasihat saya, kalau nakkan platform yang murah dan harga yang terbaik, cuba buka akaun saham dengan aminvest, setakat ini, aminvest menawarkan cas yang paling murah untuk menjual dan membeli saham.

Apapun, banyak lagi syarika broker saham yang anda boleh pilih selain daripada aminvest, ada maybank invest, rhb invest dan banyak lagi di Malaysia. Hubungi bank-bank ini ataupun walk in ke investment bank terdekat untuk membuka akaun saham terbaru anda.

Dah ada akaun lepas tu nak buat apa?

Lepas dah ada akaun, anda sudah boleh analisa kaunter-kaunter saham yang berpotensi untuk anda laburkan. Macam mana nak buat analisa ini, cara paling mudah adalah membuat analisa berdasarkan kepada teknikal analisis dan fundemantal analisis. Apa tu?

Teknikal analisis adalah teknik yang berdasarkan kepada graf, menjual dan membeli berdasarkan kepada analisa trend sesuatu kaunter. Ianya salah satu teknik yang efektif dalam pelaburan saham dan ramai yang berjaya dengan teknikal analisis ini. Untuk mendalami ini, memang memerlukan kesungguhan untuk belajar, apapun, saya rekemen ebook SISTEM SAHAM INI bagi mereka yang baru nak bermula ataupun yang sudah lama bermula dan inginkan sesuatu yang baru.

Satu lagi, anda boleh download secara percuma Signal Penting Dalam Teknikal Analisis di SINI. Harap ianya membantu anda untuk sukses dalam pelaburan saham yang anda ceburi.

Fundemantal analisis adalah teknik pelaburan dengan menggunakan ataupun melihat kepada kekuatan sesuatu syarikat. Sama ada syarikat itu kuat ataupun tidak, bergantung kepada penyata kewangan syarikat tersebut. Ianya menceritakan tentang kesihatan kewangan syarikat dan bagaimana syarikat beroperasi untuk membolehkan anda membuat keuntungan dengan pelaburan saham. Untuk mendalami teknik ini, memang memerlukan kesungguhan dan cara tersendiri.

Bila dah pilih kaunter — boleh beli saham

Dah ada kaunter yang anda mahukan dan harga yang anda inginkan, boleh mula membuat jual dan beli saham. Disebabkan anda akan menggunakan platform berbeza-beza, lebih baik untuk anda hubungi remiser anda tentang langkah ini kerana ianya akan membantu anda untuk membuat pembelian. Tetapi, memang cara membeli saham tidak susah dan yang lebih sukar adalah cara membuat analisa daripada beribu-ribu kaunter saham. Sebab itu saya sangat cadangkan anda cuba dapatkan panduan SistemSaham Ini sebagai salah satu cara untuk bermula dan membuat analisa. Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan ilmu untuk anda.

The post 2 Panduan dan Cara Membeli Saham appeared first on Smartinvest101.

via Smartinvest101 http://ift.tt/2k1PVlK

One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.