Macam mana dengan prestasi KLCI Index today? Ramai pelabur termasuk saya memang melihat kepada indeks KLCI sebagai salah satu benchmark ataupun penanda aras kepada kesihatan saham di Malaysia. KLCI Index merupakan average kepada 30 kaunter saham terbesar di Malaysia dan terdiri daripada banyak kaunter saham berkualiti di Malaysia. Kalau anda nakkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan indeks KLCI ini, boleh ke sini untuk maklumat lanjut.

Untuk mendapatkan info KLCI Index today — boleh ke SINI

Penting untuk melihat indeks sebagai satu penanda atas kepada pelaburan saham kita. Biasa saya akan lebih agresif ketika indeks sihat kerana disana sentimen market adalah positif dan lebih mudah untuk membuat duit dalam saham. Ketika indeks dalam keadaan tidak menentu, lebih baik anda mengambil langkah defensif dan lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan saham. Beli kaunter saham yang mempunyai fundemantal yang bagus dan simpan lebih lama untuk mendapatkan pelaburan yang konsisten.

Strategi Pelaburan Menggunakan Indeks Saham

Saya mula belajar dan kenal strategi pelaburan menggunakan indeks saham ini semasa membeli ebook SISTEM SAHAM ini. Ya, ebook ini yang memperkenalkan saya kepada strategi pelaburan indeks yang bagus dan ianya sedikit sebanyak membantu saya dalam keputusan-keputusan penting pelaburan saham saya. Antara ebook saham yang terbaik kepada mereka yang ingin bermula dalam pelaburan saham sama ada beginner ataupun yang telah berjaya dalam pelaburan saham mereka.

Juga, saya belajar istilah jerung dalam pasaran saham. Apa itu jerung dalam pasaran saham dan bagaimana kita sebagai pelabur kecil ‘ikan bilis’ boleh memanfaatkan jerung-jerung ini?

Jerung ini adalah company-company besar yang memang aktif melabur dalam pasaran saham. Antaranya adalah KWSP, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, syarikat seperti Public Mutual dan lain-lain adalah antara mereka yang aktif dalam pelaburan saham. Anda perlu ikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa dan kalau anda ada rakan-rakan yang mempunyai maklumat dalam pergerakan jerung ini, pelaburan anda akan menjadi lebih bagus.

Bagaimana nak memanfaatkan pergerakan jerung-jerung ini ada ditunjukkan di dalam ebook SistemSaham tersebut. Apa yang anda perlu buat adalah masuk ke dalam kaunter saham yang jerung ini mula masuk dan biarkan sahaja anda melihat pergerakan saham anda menaik. Itulah yang lebih baik dalam pelaburan saham anda.

Strategi Indeks juga adalah antara yang ditekankan dalam ebook tersebut. Ianya sedikit sebanyak membolehkan anda untuk membuat duit dengan pelaburan anda dan memanfaatkan indeks KLCI. Logiknya, semua pelabur profesional akan melihat indeks saham, fund manager yang mempunyai dana berbilion juga melihat kepada indeks saham, juga pelabur dari luar negara yang ingin melabur di Malaysia juga melihat indeks saham. Ianya sangat penting untuk anda membuat keputusan pelaburan anda berdasarkan indeks saham. Cuba ambil masa untuk kaji pergerakan indeks saham itu sama ada ianya sihat ataupun sebaliknya.

Cukuplah setakat itu untuk kali ini. Cuba biasakan untuk dapatkan info KLCI Index today dan jadikan indeks KLCI sebagai tanda aras ekonomi Malaysia dan masukkan dalam strategi pelaburan saham anda. Apapun, sebagai bonus, saya cadangkan untuk anda cadangkan anda dapatkan panduan tips dan signal pelaburan saham.

The post Petanda Prestasi KLCI Index Today appeared first on Smartinvest101.

via Smartinvest101 http://ift.tt/2jeQATE

One clap, two clap, three clap, forty?

By clapping more or less, you can signal to us which stories really stand out.