Durian: Wangi atau Busuk?

Diadaptasi dari tweet pada 19 September 2014.
Klik ikon di sebelah kanan untuk baca nota-nota kaki yang telah disediakan.

Di sebabkan tahun lepas saya banyak masa lapang, saya ada buat beberapa poster fakta sains macam kat bawah ni. Semangat tu berterusan untuk beberapa minggu dan akhirnya dapatlah saya publish 9 poster. Dalam bulan September tahun lepas saya ada tweet poster ni.

Baca pembetulan fakta poster ini dengan klik butang di sebelah kanan poster ini.

Senarai chemicals ini diambil dari sebuah journal article “Characterization of the Major Odor-Active Compounds in Thai Durian (Durio zibethinus L. ‘Monthong’) by Aroma Extract Dilution Analysis and Headspace Gas Chromatography−Olfactometry”.

Apasal tajuknya panjang sangat?! Pendek kata, tajuk ni bermaksud “kami mengkaji bahan bauan yang terkandung dalam durian menggunakan teknik Gas Chromatography-Olfactometry.”

Saintis-saintis yang menulis paper ini menemui 44 bahan kimia yang membuatkan aroma durian — dan 24 daripadanya ialah bahan yang tidak pernah dilaporkan dalam literature sebelum ni.

Dalam senarai 44 volatile chemicals yang ditemui, ada je yang barbau wangi, contohnya ethyl propinoate (bau nanas), 1-(propylsulfanyl)ethanethiol (bau roasted peanut) dan diethyl trisulfide (bau bawang goreng). Tapi ada juga yang menybabkan bau yang tak menyenangkan macam, (2Z)-but-2-ene-1-thiol, 1,1-bis(ethylsulfanyl)ethane (bau tayar terbakar) dan 3-methylbut-2-ene-1-thiol.

Dalam poster ni saya ada senaraikan hydrogen sulfide sebagai salah satu volatile chemicals dalam durian, tapi selepas baca small words between the lines, sebenarnya hydrogen suflide tu takde dalam durian. Mohon maaf atas kecuaian saya.

Jadi bila orang tanya, bahan kimia apa yang membuatkan durian berbau unik?? Sekarang korang dah tahu volatile chemicals dalam durian ni bukan ada satu, tapi ada 44!

Aha! Orang Jerman yang buat kajian ni!

Show your support

Clapping shows how much you appreciated Terokai - Sains’s story.