Dropship Shopee Seller — Tips Gandakan Jualan

Anda buat bisnes dropship shopee? Sebagai shopee seller anda wajib tahu cara buat duit dengan shopee. Kami akan sertakan tips yang betul supaya anda dapat maksimumkan income anda.

Shopee Seller — Tips Gandakan Jualan

Sebagai penjual di shopee tentu sekali anda ingin nak tahu cara kami gandakan jualan. Jadi disini kami kongsikan tips kami gandakan jualan.

  1. Gambar Terang

Kaedah gambar terang ni sangat berkesan. Dia bukan sahaja digunakan di shopee, tetapi juga di marketplace lain seperti lazada dan aliexpress.

Anda hanya perlu letakkan border selain warna merah dan oren. Ini kerana ia warna tersebut akan buat nampak sama dengan interface shopee.

Sebaliknya, warna kuning, biru dan hitam sangat berkesan dalam mempengaruhi penglihatan mata pelawat.

Anda boleh lihat gambar diatas menunjukkan review yang banyak. Itu menandakan yang mereka dapat jualan yang banyak. Kesemua gambar ini ada unsur eye catching yang dapat buat mata tertunpu pada produk mereka.

2. Gambar Seseorang Menggayakan Produk

Gambar Model akan sentiasa nampak lebih menawan.

Cuba bayangkan anda cuma letakkan gambar baju. Ia nampak tidak menarik. Sebaliknya jika ada model yang menggayakannya, orang lebih tertarik untuk membeli.

Shopee Seller Wajib Dapatkan : Rahsia Rankingkan Produk Shopee

3. Video Description

Gambar adalah 1st impression yang pelawat lihat sehingga nak klik pada produk anda. Seterusnya dengan gunakan video, pelawat dapat lihat dengan lebih jelas rupa dan cara guna atau cara pakai sesuatu produk.

Apabila ada 1 video, ia mampu kalahkan 10 gambar yang anda letak. Tapi lebih banyak gambar akan bantu tinggikan proses jualan.

4. Tulis SEO Keyword

SEO ni adalah kaedah untuk naikkan listing kedai online anda ke Google. Selain itu juga anda boleh rank dalam shopee marketplace.

Saya sarankan anda masukkan perkataan yang sering dicari pelawat. Sebagai contoh anda jual kopi kesihatan. Masukkan nama produk dan beberapa keyword lagi seperti dibawah.

Lepas tu pada ruangan description, pada 160 huruf yang pertama, cuba masukkan keyword yang anda ingin rank.

Sebaiknya sama keyword yang anda target pada tajuk. Untuk tajuk yang cantik dalam google search. Cuba gunakan kurang 60 huruf termasuk space.

Untuk anda yang berminat nak gandakan lebih banyak jualan di shopee, lazada, jangan lupa dapatkan sebuah ebook panduan cara kuasai keyword yang terdapat dalam shopee.

Semak Disini : Panduan Kata Kunci Shopee

Selain shopee, anda juga boleh mempunyai sistem pengurusan jualan dropship yang mudahkan kerja. Semua kerja diautomasikan dan tugas anda adalah collect bayaran sahaja.

Semak Detail Penuh Disini : Apakah Ordersini?

Itu adalah sedikit sebanyak tips untuk shopee seller gandakan jualan. Saya berharap anda dapat memanfaatkan ilmu ini.

Penulis blog dan peniaga shopee.

Get the Medium app

A button that says 'Download on the App Store', and if clicked it will lead you to the iOS App store
A button that says 'Get it on, Google Play', and if clicked it will lead you to the Google Play store