Hijau untuk daun, merah untuk bunga

Sebuah puisi kehidupan

Faridah Idris
Anecdotes of Academia
3 min readJul 11, 2019

--

Photo by Karl Fredrickson on Unsplash

Seorang kanak-kanak

Ceria.

Gembira.

Mata bercahaya.

Rakan baik pensel warna.

Suka kepada daun dan bunga.

Setiap kali berkarya. Kertas putih bertukar rupa.

Pandangan penuh warna. Juga daun dan bunganya.

Semalam, bunga berdaun ungu,berkelopak kelabu.

Hari ini, daun bertukar coklat, bunga bertona gelap.

Esok, mungkin daun menjadi oren, bunga hijau menyala.

Kanak-kanak ceria, gembira.

Hidup penuh warna.

Terus melukis, terus mewarna.

Photo by Sharon Pittaway on Unsplash

Rakan berkata,

Kamu salah.

Daun hijau warnanya. Bunga bertona merah.

Mengapa mahu mengubah? Itu aturan alam semesta.

Adik berbicara,

Kamu salah.

Daun hijau warnanya. Bunga bertona merah.

Mengapa mahu tersalah arah? Itu aturan alam semesta.

Guru bersuara,

Kamu salah.

Daun hijau warnanya. Bunga bertona merah.

Mengapa mahu berbeza? Itu aturan alam semesta.

Kanak-kanak diselimuti duka.

Adakah salah? Adakah dosa?

Daun berdaun hijau, bunga bertona merah?

Di manakah warna warni dunia?

Rakan terus berkata,

kamu salah.

Adik terus berbicara,

kamu salah.

Guru terus bersuara,

kamu salah.

Hijau warna daun, merah warna bunga.

Mengapa mahu berbeza? Itu aturan alam semesta

Photo by Chinh Le Duc on Unsplash

Kanak-kanak terus melukis, terus mewarna.

Daun dan bunga terus dilakar.

Namun cuma dua warna.

Merah kepunyaan bunga, hijau pula untuk daunnya.

Tiada cara lain melihatnya.

Itu aturan alam semesta.

Kanak-kanak dimakan usia.

Terus melukis. Terus mewarna.

Merah untuk bunga. Hijau untuk daun.

Tiada sebab bertukar warna.

Bukankah itu yang sebetulnya?

“Master Oogway” by KingTyrone is licensed under CC BY-SA 2.0

Si bijak pandai teruja,

Melihat kanak-kanak melukis mewarna.

Cantik hasilnya.

Hebat seninya,

Namun hanya hijau untuk daun ,merah untuk bunga?

Hati kecil tertanya-tanya.

Si bijak pandai menyusun kata,

Mengapa hanya hijau dan merah

Untuk daun dan bunga?

Bicara kanak-kanak,

hijau untuk daun,bunga bertona merah.

Bukankah itu aturan alam semesta?

Si bijak pandai terkesima.

Hati sedih dan lara.

Kasihan si kanak-kanak.

Hanya melihat hijau dan merah

Untuk daun dan bunga.

Hidupnya cuma ada dua warna.

Si bijak pandai bermadah.

Wahai anakku,

pelangi 7 warnanya.

Ribuan rona daun dan bunga.

Daratan lautan diseri warna warni ciptaan Ilahi.

Dunia dipenuhi hijau, merah, ungu, kelabu, biru, hitam , putih, kuning …

Tidak terkira,

pelbagai rona warna bermacam tona.

Photo by Todd Cravens on Unsplash

Wahai anakku,

Hidup ini penuh warna.

Bukan sekadar

hijau untuk daun, merah untuk bunga.

Hasil karya.

FARIDAH IDRIS

10.04am

25 Jun 2012.

--

--

Faridah Idris
Anecdotes of Academia

A medical lecturer at Universiti Putra Malaysia (UPM). A mother, a knowledge seeker, a reader, maybe an author too.