Berjalan dalam Kegelapan; Pengenalan kepada Kebolehcapaian Web.

Iman Khair
Disabled Champs Malaysia
3 min readDec 5, 2023

Pernahkah anda terfikir jika anda berjalan dalam kegelapan, sejauh mana anda boleh melakukannya? Menunggu kegelapan memudar, dan kecerahan datang kembali; Namun, bagaimanakah jika kegelapan berkekalan dah berlanjutan, dan ia tidak bertukar terang; Bukan hari ini, bukan hari esok, bukan bila-bila yang diketahui, dan ia nampaknya tidak berakhir?

Bagi Ruth Yong, begitulah selalunya. Begitulah dunianya bermula, apabila dia dibawa ke dunia ini dan setiap hari dia hidup sehingga hari ini. Menjalani hari-harinya di dunia yang sama dengan kita, tanpa lorong khas untuk melalui setiap langkah, dan tanpa huluran tangan yang sentiasa boleh membantunya di kalangan khalayak ramai yang bertanding berterusan untuk berebut tempat.

Namun, adakah mustahil untuk terus berjalan dalam kegelapan?

Ruth, tersenyum semasa bersiar-siar di Australia pada November 2019

Anggap sebagai satu keajaiban; Pada tahun 2006, dua individu buta sepenuhnya bernama Michael Curran dan James Teh telah membangunkan perisian komputer (software) pembaca skrin percuma yang dipanggil NVDA (NonVisual Desktop Access /Akses Desktop Bukan Visual) yang membolehkan kefungsian membaca teks pada komputer untuk komuniti buta melalui fungsi teks-ke-ucapan dan braille.

Michael Curran dan James Teh, pengasas NV Access.
Sumber: NV Access

Ruth telah menggunakan NVDA sejak 2012 semasa dia belajar di universiti sehingga hari ini. Daripada menjalankan kelas dalam talian (online) untuk kanak-kanak pelarian dari Myanmar, Iran, dan Sri Lanka dengan menggunakan Zoom semasa kemuncak wabak Covid pada tahun 2020, hingga menyelami kerjaya rekruit teknikal hari ini, Ruth telah menggunakan NVDA pada potensi penuhnya untuk melayari pasaran yang kompetitif dalam industri teknologi.

Rakaman skrin Ruth menunjukkan NVDA (Kelajuan pertuturan boleh laras)

“Bagaimanakah pengalaman anda, menggunakan NVDA?”

“Ia sangat mudah untuk digunakan, tetapi terdapat beberapa laman web yang tidak mengikut garis panduan kebolehcapaian (accessibility), terutamanya yang baharu, menjadikannya tidak boleh diakses oleh NVDA untuk membacanya,” Ruth tertawa kecil sambil menjelaskan lebih lanjut bagaimana dia perlu melakukan kerja tambahan menukar fail yang tidak boleh dibaca pada pekerjaannya yang lalu kepada versi yang boleh dibaca sebelum ia boleh diterjemahkan kepada audio untuk dibaca olehnya. “Lebih ramai pembangun laman web harus mengasah kebolehan dalam kebolehcapaian web apabila mereka membangunkan laman web.”

Usaha inklusif untuk Orang Kurang Upaya (OKU) adalah perbincangan yang semakin berkembang dalam dunia teknologi. Adakah dengan mengetengahkan perkara ini apabila berkongsi portfolio projek mereka membantu pembangun web mendahului persaingan di syarikat-syarikat yang berkedudukan teratas yang kerap menyemak praktis kepelbagaian dan inklusif mereka?

Ruth berharap akan terdapat lebih banyak kefahaman dan rangkuman ketidakupayaan yang diamalkan di peringkat global, supaya komuniti buta juga boleh mempunyai akses dan lebih banyak peluang yang baik untuk menyara hidup dengan membina kerjaya mereka sebagai pemain industri dalam pasaran yang sentiasa berkembang dan berdaya saing.

--

--

Iman Khair
Disabled Champs Malaysia

I write about my personal journey through life with grief. I also write at my disability advocacy publication 'Disabled Champs'.