Pengenalan kepada Bahagian ‘Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak’ di Disabled Champs (Juara Kurang Upaya) Malaysia

Iman Khair
Disabled Champs Malaysia
3 min readDec 13, 2023

Apa khabar! Selamat datang ke bahagian ‘Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak’ Disabled Champs (Juara Kurang Upaya) Malaysia, ruang memupuk yang didedikasikan untuk penjagaan dan pendidikan kanak-kanak kurang upaya, termasuk mereka yang mempunyai ketidakupayaan pembelajaran. Sertai kami dalam perjalanan melalui cerita, cerapan dan inovasi yang membentuk pengalaman awal kanak-kanak yang inklusif, memastikan setiap kanak-kanak menerima perhatian yang disesuaikan dan sokongan tidak berbelah bahagi yang mereka berlayak menerima.

‘Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak’ ditulis pada kepingan kertas coklat yang dilekatkan pada sudut kiri atas gambar arnab mengajar anak perempuannya membuat kek di dapur; kertas berbentuk hati berkedut bewarna merah jambu di sudut kiri bawah gambar, 5 tangkai bunga dilekatkan di bahagian bawah sebelah kanan gambar; bunga kuning bergerak di sudut kanan atas gambar; kertas berwarna krim berkedut di latar belakang.
Logo bahagian ‘Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak’ Disabled Champs (Juara Kurang Upaya) Malaysia; Ilustrasi daripada siri oleh Susan Wheeler.

Selami koleksi artikel yang melangkaui pendekatan tradisional, mempamerkan kegembiraan, cabaran dan amalan transformatif yang mentakrifkan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak kurang upaya, termasuk kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan pembelajaran.

Sama ada anda adalah ibu, bapa, atau pengasuh yang mencari komuniti di mana perjalanan unik anda membesarkan anak kurang upaya dikongsi maupun guru berdedikasi yang menghadapi cabaran yang unik, bahagian ini membuka pintu untuk perkongsian cerita yang boleh dikaitkan dan strategi untuk meningkatkan perjalanan pembelajaran bagi setiap anak yang luar biasa dalam jagaan anda.

Daripada naratif sendiri kepada sudut pandangan pakar, bahagian Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak kami ialah ruang dinamik untuk mereka yang bersemangat untuk memupuk potensi setiap kanak-kanak kurang upaya.

Kami ingin menjemput anda untuk menyumbang kepada dialog dengan berkongsi pengalaman dan pandangan anda. Jika anda mempunyai cerita yang menarik, perspektif yang berharga atau nasihat praktikal yang berkaitan dengan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak dalam komuniti orang kurang upaya di Malaysia, kami ingin menampilkan karya anda.

Cara Menyumbang:

  1. Melalui E-mel:
  • Penyerahan: Hantar artikel lengkap anda dalam dokumen Word ke disabledchamps@gmail.com.
  • Sertakan Bio Ringkas: Perkenalkan diri anda sepertimana anda ingin pembaca mengetahui tentang anda. Kongsi latar belakang, kepakaran atau hubungan peribadi anda dengan topik tersebut.
  • Garis Panduan Pemformatan: Ikuti garis panduan pemformatan kami. Pastikan perenggan ringkas dan sertakan sumber dan deskripsi gambar untuk Teks Alt bagi setiap imej yang disertakan.
  • Kandungan Asal: Serahkan karya yang tidak diterbitkan. Kami menghargai perspektif baharu dan pandangan unik.
  • Perkaitan dengan bahagian Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak: Pastikan artikel anda selaras dengan topik yang berkaitan dengan pandangan atau pengalaman pengajaran, keibubapaan atau penjaga dalam penjagaan awal kanak-kanak atau pendidikan kanak-kanak kurang upaya, termasuk mereka yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran.
  • Proses Pengeditan: Kami akan menyemak dan, jika perlu, bekerjasama dalam pengeditan untuk mengekalkan integriti mesej anda.
  • Masa Tindak Balas: Jangkakan respons dalam masa 1–2 minggu. Kesabaran anda dihargai.

2. Melalui Medium:

  • Siarkan pada akaun Medium anda: Ikuti langkah yang sama di atas untuk ditambahkan sebagai Penulis Penerbitan untuk artikel pertama anda di Disabled Champs Malaysia. Apabila artikel telah dimuktamadkan, anda akan menyiarkannya pada profil Medium anda.
  • Tambahkan pada Disabled Champs Malaysia: Pergi ke cerita Medium anda, klik pada tiga titik di penjuru kanan sebelah atas, dan pilih ‘Tambah pada penerbitan.’
  • Pilih Disabled Champs Malaysia: Cari dan pilih ‘Disabled Champs Malaysia’ daripada senarai penerbitan.
  • Hantar: Tekan ‘Serah untuk Semakan’ untuk menghantar cerita anda kepada kami. Kami akan menampilkan cerita anda di bahagian ‘Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak’ kami.

Sumbangan anda menambahkan suara anda pada perbualan penting dalam komuniti kami. Kami tidak sabar-sabar untuk berkongsi pandangan anda dalam bahagian ‘Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak’ kami.

Salam,
Iman Khair
Pemilik & Editor di Disabled Champs & Disabled Champs Malaysia

--

--

Iman Khair
Disabled Champs Malaysia

I write about my personal journey through life with grief. I also write at my disability advocacy publication 'Disabled Champs'.