Barracuda Esports Kini Dijenamakan Semula Menjadi Team Rey!

Tiada lagi Barracuda Esports..

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY
Published in
Aug 13, 2024

--

Foto: Team Rey

Barracuda Esports merupakan salah satu pasukan yang bertanding di Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14. Mereka berjaya mempertahankan slot MPL mereka selepas menewaskan pasukan DX Originz dengan skor 3–2.

Foto: Team Rey

Kini, Barracuda Esports telah diumumkan dijenamakan semula menjadi Team Rey. Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran ringkas di akaun rasmi Instagram mereka.

Penjenamaan semula itu menunjukkan usaha mereka untuk meningkatkan lagi kekuatan brand tersebut dan memulakan perjalanan baru sebagai Team Rey.

Setakat ini, Team Rey belum lagi mendedahkan barisan pemain untuk musim ke-14. Korang agak-agak siapakah pemain mereka untuk musim kali ini?

--

--

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY

E-Sports Story Telling 🎮, writing is my passion✍🏻, part time editor and writer at GGMY. Reach me out at hmbmanagementservices@gmail.com 📧