EsportsLAH Bakal Jadi Event Esports Terbesar Untuk 2024!

Kerjasama diantara SneakerLAH dan GamesMY Esports!

GGMY Admin
Gamers Gazette MY
Published in
1 min readJun 25, 2024

--

Hari ini pihak SneakerLAH telah mengumumkan segmen terbaru mereka untuk tahun 2024 iaitu event esports terbesar 2024, EsportsLAH!

Untuk korang yang tak tahu, SneakerLAH ni merupakan acara komuniti sneakerhead berkumpul setiap tahun dan untuk tahun ini, ianya bakal diadakan sekali dengan segmen terbaru mereka iaitu EsportsLAH yang mana merupakan satu kerjasama dengan salah satu entiti esports terbesar di Malaysia iaitu GamesMY Esports!

Kredit: EsportsLAH

Acara ini akan berlangsung pada 2 sehingga 3 November 2024 nanti di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Selain dari acara kejohanan esports seperti Mobile Legends: Bang Bang, Tekken 8 dan EA FC 24 Pro Club, acara ini juga dikhabarkan akan dihadiri oleh pasukan-pasukan esports dari dalam dan luar negara bagi memperagakan line-up merch terbaru mereka untuk tahun ini dan juga untuk tahun hadapan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow social media EsportsLAH dan juga SneakerLAH. Jumpa korang disana nanti!

--

--

GGMY Admin
Gamers Gazette MY

🎮 Hub untuk Gaming, Esports & Pop Culture Malaysia 🇲🇾 | Berita Terkini & Komuniti Gamer 🕹️ | #GGMY |