EVOS Glory Hilang Taring Di Minggu Pertama MPL ID S-14!

Adakah mereka akan bangkit kembali?

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY
Published in
3 days ago

--

Foto: EVOS Tv

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Indonesia musim ke-14 kini sudah bermula. Sembilan pasukan akan bertarung di peringkat liga bagi melayakkan diri ke peringkat playoff.

Foto: MPL ID

Di dalam minggu pertama liga, pasukan EVOS Glory kehilangan rentak dan momentum mereka yang dibawa dari musim lalu. Mereka tewas dalam 2 match pertama menentang Dewa United Esports dan RRQ Hoshi.

Kekalahan tersebut menyebabkan mereka turun ke tempat ketujuh liga setakat ini. Namun begitu, masih terlalu awal untuk menilai, EVOS Glory di musim lepas juga bangkit di saat-saat akhir minggu liga.

Sementara itu, pasukan Bigetron Alpha, Dewa United dan Fnatic Onic berkongsi kegembiraan apabila menang di dalam 2 match pertama mereka.

Adakah EVOS Glory akan bangkit semula dengan roster MSC 2024 mereka nanti? Kita sama-sama saksikan.

--

--

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY

E-Sports Story Telling 🎮, writing is my passion✍🏻, part time editor and writer at GGMY. Reach me out at hmbmanagementservices@gmail.com 📧