Hero Jungler HOK Ini Boleh Carry Team Korang Kat Ranked!

Korang dah try guna hero ni?

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY
Published in
2 min read2 days ago

--

Jungler memainkan peranan penting di dalam permainan peranti mudah alih Honor Of Kings. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk mendapatkan buff dan melakukan rotasi. Mereka juga diperlukan untuk mengambil objektif seperti Tyrant dan Overlord.

Oleh itu, hero Jungler yang overpowered atau sedang meta sekarang ini perlu diban atau diambil oleh team korang untuk meningkatkan peluang korang mendapatkan kemenangan.

Hari ni, min nak share dengan korang hero Jungler yang overpowered dalam teamfight dan mudah sahaja clear Jungle team dan musuh.

YUHUAN

Hero ini bukan sahaja dapat clear lane dan jungle dengan cepat, ia juga sangat overpowered di dalam teamfight lebih-lebih lagi Yuhuan baru sahaja dibuff.

Hero Adjustments:

Stats Buffed

  • Menambahkan sound wave skill pertama, base damage dan juga kebolehan untuk jungle.

Skill 1: Tragic Beauty

Jumlah sound waves:

  • Sebelum update: 3
  • Selepas update: 4

Kekuatan damage:

  • Sebelum update: 285 (+36 per skill level) (+30% Magical Attack)
  • Selepas update: 280 (+56 per skill level) (+30% Magical Attack)

Extra damage terhadap monster dan minion:

  • Sebelum update: 315 (+45 per skill level) (+35% Magical Attack)
  • Selepas update: 320 (+64 per skill level) (+30% Magical Attack)

Keberkesanan extra damage terhadap monster:

  • Sebelum update: 50%
  • Selepas update: 100%

Yuhuan boleh bermain secara agresif atau pasif bergantung pada draft team korang. Switch mode sound wave korang bersesuaian dengan objektif atau situasi. Gunakan mode war untuk mengeluarkan burst damage dan mode peace untuk heal team korang supaya lebih sustain di dalam teamfight.

Korang juga boleh dive tower menggunakan mode peace oleh kerana jumlah heal yang begitu banyak korang dapat di samping menjadi untargettable oleh musuh dan tower.

--

--

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY

E-Sports Story Telling 🎮, writing is my passion✍🏻, part time editor and writer at GGMY. Reach me out at hmbmanagementservices@gmail.com 📧