Iris Sah Ke Pasukan RED Esports!

Selamat datang Iris!

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY
Published in
1 day ago

--

Foto: RED Esports

Muhammad “Iris” Zaidi adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang.

Dia memulakan kerjaya pemain profesional bersama pasukan Orange Esports sebelum berpindah ke pasukan RSG MY dan seterusnya ke Team Haq.

Foto: RED Esports

Selepas pengumuman Iris berpisah dari Team Haq tempoh hari, Iris disahkan telah bersama pasukan RED Esports untuk persiapan MPL MY musim ke-14.

Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran ringkas di akaun rasmi Instagram RED Esports. Siapakah gerangan baki pemain RED Esports yang belum diumumkan itu?

Jika kita lihat pada lineup sedia ada, RED Esports berpotensi untuk memberikan saingan hebat di pentas MPL MY nanti.

Mereka juga mempunyai Coach Bam yang berpengalaman di Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Filipina.

--

--

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY

E-Sports Story Telling 🎮, writing is my passion✍🏻, part time editor and writer at GGMY. Reach me out at hmbmanagementservices@gmail.com 📧