KPL Dream Team Tarik Diri Dari HOK Championship 2024!

Jadual mereka bertindih dengan kejohanan KPL..

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY
Published in
Aug 14, 2024

--

Foto: HOK Global Esports

KPL Dream Team baru sahaja membawa pulang piala kemenangan Kejohanan Honor Of Kings Invitational Midseason. Mereka menewaskan pasukan LGD Gaming MY dengan skor 3–0 tanpa balas.

Kemenangan tersebut menjadikan KPL Dream Team dan LGD Gaming MY mengunci slot Kejohanan Honor Of Kings yang bakal berlangsung pada Oktober ini.

Namun begitu, di atas faktor Kejohanan KPL Grand Final akan mengambil tempat pada bulan yang sama iaitu Oktober. KPL Dream Team memilih untuk menyerahkan slot tersebut secara sukarela.

Slot mereka boleh diambil melalui pusingan kelayakan kejohanan ini. LGD Gaming MY bagaimanapun tidak terjejas slot mereka.

Foto: HOK Global Esports

Apakah pandangan korang tentang perkara ini? Adakah HOK Championship 2024 kali ini tidak akan ada pasukan dari China? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

--

--

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY

E-Sports Story Telling 🎮, writing is my passion✍🏻, part time editor and writer at GGMY. Reach me out at hmbmanagementservices@gmail.com 📧