Slot Kejohanan Dunia M6 Diumumkan, Malaysia Dapat 2 Slot!

Tahniah Malaysia!

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY
Published in
2 min readAug 15, 2024

--

Foto: MOONTON Games

Kejohanan Dunia Siri M Mobile Legends: Bang Bang merupakan kemuncak Kejohanan E-Sukan MLBB pada setiap tahun. Setakat ini, pasukan Filipina telah mendominasi kejohanan tersebut selama 4 tahun berturut-turut.

Pencapaian tertinggi Malaysia sepanjang kejohanan adalah tempat ketiga yang didapatkan oleh pasukan Todak ketika Kejohanan Dunia M1. Malaysia mula kehilangan 1 slot yang pada mulanya adalah 2 ketika Kejohanan Dunia M5.

Pasukan Malaysia terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan slot kedua melalui pusingan Wildcard. Terkini, MPL MY telah mengumumkan Malaysia akan kembali mendapat 2 slot.

Foto: MOONTON Games

Berikut merupakan agihan slot untuk Kejohanan Dunia M6 Group Stage:

  • Indonesia — 2
  • Filipina — 2
  • Malaysia — 2
  • Singapura — 1
  • Kemboja — 1
  • Myanmar — 1
  • North America — 1
  • EECA — 1
  • Turki — 1
  • Latam — 1
  • Mena — 1
  • China — 1
  • Wildcard — 1

Terdahulu, MPL Latam mula mendapat 2 slot untuk Kejohanan Dunia Siri M dan kini slot mereka diturunkan menjadi 1.

Foto: MOONTON Games

Sementara itu, slot untuk pusingan Wildcard adalah seperti berikut:

  • EECA
  • Turki
  • Latam
  • Mena
  • China
  • Mongolia
  • Mekong
  • TBD

Nampaknya persaingan di MPL MY musim ke-14 akan menjadi lebih hangat selepas ini. Korang rasa pasukan mana yang akan mendominasi MPL MY musim kali ini?

--

--

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY

E-Sports Story Telling 🎮, writing is my passion✍🏻, part time editor and writer at GGMY. Reach me out at hmbmanagementservices@gmail.com 📧