Zakqt Rasmi Berpisah Dengan Yoodo Red Giants!

Kemanakah hala tuju beliau selepas ini..

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY
Published in
Aug 12, 2024

--

Foto: Zakqt

Muhammad “Zakqt” Noor merupakan bekas pemain MidLaner untuk pasukan Yoodo Red Giants. Dia pernah membantu pasukan Yoodo Red Giants mendapatkan tempat ketiga di MPL MY musim ke-12.

Pada musim ke-13, Yoodo Red Giants telah membawa masuk Stormie menggantikan tempat Zakqt dan Stormie membuktikan dirinya juga seorang pengguna mage yang sangat hebat sehingga membawa pulang gelaran juara dunia dari bumi Arab Saudi.

Kini, Yoodo Red Giants rasmi berpisah dengan Zakqt. Pengumuman tersebut dibuat melalui satu perkongsian video di akaun Instagram mereka.

Kemanakah hala tuju Zakqt selepas ini? Adakah beliau akan terus bermain di dalam arena kompetitif Mobile Legends atau bakal berehat untuk satu musim? Kita sama-sama nantikan.

--

--

Hazrul Mdnor
Gamers Gazette MY

E-Sports Story Telling 🎮, writing is my passion✍🏻, part time editor and writer at GGMY. Reach me out at hmbmanagementservices@gmail.com 📧