UiTM dan Survivorship Bias

Imran Sheik
ism.
Published in
2 min readJun 12, 2018

Bagaimana satu taktik perang dunia ke-2 boleh dipakai untuk penambahbaikan UiTM.

Ketika WW2, Amerika menubuhkan “applied mathematics panel” untuk menkaji cara-cara mengurangkan kerosakan pesawat pengebom mereka.

Sebab time tu pesawat yang terbang untuk mengebom, hanya ada 50/50 peluang untuk mendarat balik dengan selamat. Cara yang diambil oleh panel tersebut adalah dengan menkaji jet-jet yang selamat mendarat, dan tengok bahagian yang rosak teruk — so they can armor those parts.

Apabila Abraham Wald, ketua panel tersebut perasan cara ini dipakai, dia suruh tukar kerana kaedah yang dipakai itu salah dan tidak akan membawa hasil.

Masalah terbesar kaedah tersebut: mereka menkaji jet yang selamat mendarat.

Maksudnya?

Walaupun jet itu ada sedikit kerosakan, masih boleh mendarat. Apa yang mereka patut buat adalah kaji jet yang terbabas, dan kaji faktor yang meyebabkan perkara tersebut berlaku. Sebab itu cara terbaik untuk mengelakkan perkara sama berlaku dekat jet-jet yang lain.

Daripada insiden ini terkaitnya sebuah bias yang dinamakan “Survivorship bias”.

Survivorship bias ini selalu jadi bila kita nak improve a certain condition, kita rujuk kepada contoh positif, bukannya contoh negatif. Kerana kita nak ada optimist view terhadap isu tersebut.

Contoh: Bila kita nak kahwin, kita tak baca faktor-faktor penceraian so that we can prevent it, thus improving our marriage.

Kita suka baca cerita-cerita kebahagian selepas kahwin, sebab itu lebih optimist.

Tapi jika kita tak pernah baca tentang bagaimana ekonomi boleh jadi faktor penceraian, apa kita nak buat jika lepas kahwin perkara itu terjadi?

Our actions will be based on the good marriage stories that we have read, not the necessary steps to avoid the potential divorce.

Bias ini berkait rapat dengan perbincangan mutakhir, apabila kualiti graduan UiTM dipersoalkan. Saya juga seorang graduan UiTM sebab itu isu ini dekat di hati.

Apabila kualiti graduan UiTM dipersoalkan, prioriti kita adalah untuk solve the problem instead of being defensive.

Betul, ada graduan yang berdebat di peringkat global. Ada graduan UiTM yang tampak megah di mata dunia. Persoalan saya, bagaimana dengan majoriti graduan?

Bagaimanakah seorang pesakit yang lumpuh badannya boleh dirawat, jika fokus doktornya adalah “tapi rambutnya masih sihat”?

The first step in solving a problem is to admit there is one.

Jika setiap kali kualiti majoriti dipersoalkan, kita hanya respon dengan “oh tapi some are gempak”, maka kualiti majoriti tersebut tidak akan bertambah baik.

Setiap kali saya timbulkan isu ni, saya dilabel “benci UiTM”.

Jika majoriti pelajar/graduan UiTM lihat teguran konstruktif saya sebagai “kebencian”, maka they are proving my point.

--

--

Imran Sheik
ism.
Editor for

Accusata scusata. Founder at @ombreapp & @jibrilss15. Director, @daulatmovie. Creator, Jibril TV Series.