3 tip mudah menjadi imam contoh

Kelebihan menjadi Imam dalam konteks keluarga

Malam semalam saya dan isteri seperti biasa solat berjemaah. Apa yang menakjubkan adalah anak lelaki saya bernama Omar berusia 2 tahun meniru gaya solat dan takbiratul ihram.

Saya terkejut dalam masa yang sama terharu. Suasana sangat indah.

Terlintas dihati mengenai betapa pentingnya solat berjemaah dalam institusi pembangunan keluarga.

Disini saya telah menyusun 3 fakta yang harus diketahui mengenai solat berjemaah dalam konteks keluarga.

1. Ganjaran dan perlindungan dari Allah

Ganjaran yang besar bagi mereka yang solat berjemaah. Bukan sahaja mendapat 27 kali-ganda pahala tetapi ia dapat melindungi keluarga dari maksiat dan gangguan Syaitan. Ganjaran ini sekaligus menguatkan akar keislaman didalam keluarga.

2. Merapatkan silaturrahim

Solat berjemaah akan mendidik Imam untuk lebih perihatin terhadap keluarganya oleh kerana diwaktu solat berjemaahlah kita mendapat pengisian rohani dengan tazkirah dan zikir serta merapatkan silaturrahim.

3. Menambah ilmu agama

Imam akan lebih bertanggung-jawab untuk menambah ilmu dari segi menghalusi pembacaan Al-Quran, rukun Solat. Tidak lupa juga adab sebagai Imam, contohnya untuk tidak membaca surah yang panjang didalam solat berjemaah kerana takut memenatkan ahli jemaah yang lain.

Dengan itu kita mengharapkan dari Allah agar menurunkan bagi kita sekeluarga ketenangan (Sakinah) sepertimana firman Allah didalam Surah Al-Fath ayat 4:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu’min.

Show your support

Clapping shows how much you appreciated Shahib Amin’s story.