Elakkan Dari Kerugian Di Dalam Matawang Kripto

Hisham Ismail
MCBA
Published in
3 min readNov 24, 2019
Bitcoin Crashing Image, courtesy of https://news.bitcoin.com

Soalan: Persepsi masyarakat bahawa Kripto ini adalah suatu penipuan belaka.

Kripto, atau matawang kripto adalah sesuatu yg sudah lama diperkenalkan, iaitu semenjak 2010. Cuma, ianya baru dikenali di Malaysia sejak 2015 hingga kini. Bitcoin adalah bapa kepada segala matawang kripto kerana protokol Bitcoin mampu menyelesaikan beberapa perkara:

  1. Matawang kripto tidak memerlukan agensi perbankan pusat untuk mengeluarkan matawang ke pasaran. Matawang ditambah ke pasaran dengan menggunakan persamaan matematik
  2. Matawang kripto yg berada di pasaran tidak boleh digunapakai dua kali atau lebih (double spending)
  3. Matawang kripto tidak boleh ditukar denominasi, atau jumlah oleh sesiapa pun, mahupun pencipta Bitcoin sendiri
  4. Segala transaksi matawang kripto boleh dilihat secara umum, tanpa ada sekatan
  5. Segala transaksi matawang kripto disimpan di dalam lejer di mana, kesemua peserta di dalam matawang kripto ini mempunyai lejer yang sama dan tidak boleh diubah sesuka hati

5 perkara di atas adalah perkara asas yg dimiliki oleh kesemua matawang kripto, dan segala perbezaan daripada senarai di atas adalah ciri ciri unik yg dimiliki oleh matawang kripto yg lain.

Jika dilihat dari senarai di atas, matawang kripto adalah sesuatu ciptaan yg unik, dan boleh digunapakai untuk traksaksi secara online kerana protokolnya adalah selamat. Untuk menggodam matawang kripto, penggodam memerlukan kuasa pemprosesan komputer yang amat tinggi. Setakat ini, kuasa pemprosesan Bitcoin dari segi tenaga elektrik yang digunapakai untuk menyelesaikan persamaan matematik Bitcoin adalah bersamaan dengan tenaga elektrik yang digunapakai oleh 10 juta penduduk, dan Kuasa pemprosesan ini bertambah dari semasa ke semasa.

Akan tetapi, amat malangnya, kerana teknologi ini amat rumit untuk diterangkan kepada umum, maka kerumitan untuk menerangkan protokol matawang kripto ini disalahgunakan untuk menipu orang ramai dengan berbagai-bagai pakej dan sebagainya. Selaku pengguna, beriku adalah beberapa kaedah untuk mengelak diri anda dari ditipu oleh pakej matawang kripto:

  1. Matawang kripto perlu ada wallet, atau aplikasi dompet elektronik yang disimpan oleh pengguna itu sendiri, dan bukan disimpan oleh orang lain, mahupun di server. Sekiranya matawang kripto bukan ditangan pengguna, maka ia bukanlah milik pengguna itu
  2. Matawang kripto memerlukan kekunci sulit, dan juga kekunci awam. Kekunci awam biasanya boleh diolah untuk menjadi alamat dompet elektronik. Sekiranya pengguna tidak ada kedua-dua itu, maka ia bukanlah matawang kripto
  3. Matawang kripto mesti ada transaksi yang boleh dilihat secara umum menerusi applikasi sesawang untuk melihat segala transaksi daripada awal penubuhan matawang kripto itu, sehingaa kini. Informasi ini akan disimpan secara blok, di mana mesti ada rentetan daripada blok yang sebelum-sebelumnya sehingga ke blok yang paling mutakhir
  4. Matawang kripto yang dijual secara Multi-Level Marketing mesti dielakkan kerana ini adalah suatu bentuk penipuan kerana matawang digital boleh dibeli secara terus dari pengguna ke pengguna tanpa mendapat habuan yg lain daripada transaksi itu. Penipuan OneCoin baru baru ini melibatkan kerugian lebih dari 15 bilion Euro, dengan menggunapakai teknik Multi-Level Marketing ini
  5. Matawang kripto yang berkaitan dengan mining, atau perlombongan digital juga harus dielakkan kerana ini adalah suatu penipuan. Dari segi logik akal, manakan mungkin perlombongan digital dari 1, 10 atau 1,000 mesin perlombongan mampu berlawan dengan mesin perlombongan lain yang sudahpun menggunapakai pemprosesan yang amat tinggi, bersamaan dengan penggunaan tenaga elektrik untuk lebih dari 10 juta penduduk
  6. Yang paling penting, semak dan baca kertas putih cadangan matawang kripto tersebut. Sekiranya penjelasan di dalam kertas putih itu tidak jelas, maka hendaklah bertanya kepada pihak yang lebih mahir. Kami bagi pihak Pertubuhan Matawang Kripto dan Blockchain Malaysia amat berbesar hati untuk menasihati pengguna sekiranya memerlukan khidmat nasihat dari kami.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada hello@mcbaofficial.com

--

--

Hisham Ismail
MCBA
Editor for

Entrepreneur, System Architect, Blockchain Developer, Data Scientist. Passion for algorithms, encryptions, artificial intelligence, linguistics