Deria Pilihan Anda

caramelchurros
Platform Siswa Islam Malaysia UK
3 min readSep 8, 2018

Assalamualaikum dan salam iman!

Setiap manusia akan berkomunikasi dengan manusia yang lain. Dan tiada istilah tidak berkomunikasi. Hanya sebab kita mendiamkan diri, itu bukan bermaksud kita tidak berkomunikasi. Siapa kata komunikasi hanya pada perkataan? Kalau begitu orang bisu tak berkomunikasi lah? Komunikasi itu maksudnya apabila dua atau lebih pihak yang ‘connect’ bersama, pertukaran maklumat dan sebagainya.

Dan apabila menyebut komunikasi, ada dua hubungan yang kita perlu jaga :

  • Habluminallah — Hubungan dengan Allah
  • Habluminannas — Hubungan dengan makhluk lain

Insha Allah kali ini, kita sembang sikit pasal komunikasi dengan manusia. Boleh lah apply kepada keluarga, kawan-kawan, untuk dakwah, ceramah, presentation kelas dan sebagainya. Dan bila kita nak berkomunikasi dengan manusia, kita perlu tahu sifat manusia itu sendiri :)

Pertama sekali, perlu tahu apa itu rapport. Rapport ni maksudnya hubungan mesra atau ada ‘tautan hati’ antara dua pihak. Orang yang ada rapport maksudnya ‘senang masuk’ atau ‘same wave’.

Dan kita perlu faham, hanya 10% je mesej tersirat pada seseorang. Lagi 90% tersirat dalam sub-concious nya. Sebab itu body language, posture gesture dan sebagainya, semuanya ada maksud tertentu. Ada sebab kita tapping kaki bila dalam interview, atau kita gerak-gerak tangan bila bercakap, dan sebagainya :)

Tapi untuk kali ini, kita nak fokus kepada deria kita. Sebagai pengenalan, kita perlu faham yang kita ada 5 deria yang Allah berikan, iaitu penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan sentuhan. Tapi kali ini, kita nak tekankan 3 yang utama, iaitu MATA, TELINGA dan PERGERAKAN. Okay? :)

Kita ada ketiga-tiga deria ini, cuma satu akan jadi dominant pada yang lain. Ada orang dia akan lebih suka menggunakan satu deria berbanding deria yang lain. Dia akan prefer pada satu atau dua, berbanding yang lain. Dan dengan deria mana yang lagi utama ini, akan menentukan personaliti kita :)

MATA — VISUAL

Orang visual ini maksudnya mereka sangat mengutamakan deria penglihatan.
Jadi secara tak langsung, banyak personaliti beliau berkaitan dengan penglihatan.

“closeup photography of man's eye” by Fabrizio Verrecchia on Unsplash

Personaliti Visual

  • Suka melihat maklumat sebagai gambar, diagram, carta, mindmap dan sebagainya
  • Menghafal dengan membina imej visual dalam fikirannya
  • Belajar dengan cepat
  • Cepat bosan bila tiada pelan
  • Sangat menghargai masa, punctual. Start on time, habis pun mesti on time.
  • Prefer ‘big picture’ daripada ‘tiny detail’
  • Suka berpakaian striking, cerah dan obvious

Perkataan dan ayat yang biasa digunakan

  • Fokus, clear, blur, kurang jelas
  • “Nampak macam best je!”
  • “Eh ko nampak tak apa yang aku nak cakap ni / Aku nampak apa ko cuba sampaikan”
  • ‘Tak clear la apa yang ko cerita ni”
  • “Ko bagi big picture je”
  • “Aku faham perspektif ko tu”
  • “Jumpa lagi!”
  • “Seronoknya dapat tengok ko”

Kelebihan Orang Visual

  • Boleh bertukar antara dua task/subjek dengan pantas
  • Great time managers

Kekurangan Orang Visual

  • Rigid dan kurang fleksibel dengan perubahan jadual/timing
  • Kurang minat pada bacaan detail atau mendengar berterusan

Jadi, itu la setakat ini. Mana satu yang lebih kena dengan anda? Yang penting, kita selaraskan diri kita mengikut kesesuaian mana. Setiap orang lain-lain. Perlu terima hakikat mengenai itu. Dan perlu faham yang kita tak boleh paksa orang ikut kita, tapi kita boleh ubah diri kita untuk ikut orang sebab itu lebih mudah.

Bila present atau bercakap depan orang ramai, cuba selaraskan semua faktor ini supaya seimbang. Jadi apa jenis deria orang itu pun, mereka boleh ‘masuk’ dengan kita. Bila kita balance dengan semua, insha Allah itu lebih baik.

Terakhir sekali, kita perlu tahu lebih mendalam mengenai diri kita, supaya kita boleh kenal potensi diri kita. Melalui itu lah, senang kita nak selaraskan diri macam mana nak belajar bagi faham, bagaimana nak merancang tugasan dan sebagainya.

Ingat. Hanya sebab kita berbeza dengan yang lain, tiada maksud siapa yang lebih baik daripada yang lain. Ianya hanya bermaksud kita berbeza :)

It’s not how different we are, but what differences can we make.

Aiman Amri
*Penulis merupakan pengasas Infiru Learning & Consultancy.

--

--