FAQs

adminPRISMUK
Platform Siswa Islam Malaysia UK
4 min readFeb 28, 2017
  1. Ke manakah penggunaan dana daripada yuran keahlian yang dibayar?

Yuran Keahlian PRISM yang dibayar sekali sepanjang keahlian akan disalurkan kepada Bendahari PRISM sebagai dana PRISM untuk kegunaan program-program anjuran PRISM UK dan PRISM Kawasan.

2. Apakah ekspektasi terhadap ahli Rakan PRISM?

Rakan PRISM akan menjadi tunjang utama PRISM untuk menjayakan program-program PRISM sama ada dengan pengendalian, penyertaan dan publisiti kepada orang awam. Rakan-rakan PRISM secara tak langsung adalah duta-duta PRISM.

3. Sejauh manakah saya perlu memberikan komitmen sekiranya berdaftar?

Komitmen dan penglibatan Rakan PRISM semua terpulang mengikut kemampuan masing-masing. Rakan PRISM boleh memilih waktu dan had kerja yang ingin diberikan kepada PRISM. PRISM sangat menggalakkan ahli mereka untuk menggunakan sepenuh peluang untuk bergiat aktif dengan platform ini. Namun, tiada paksaan sama sekali dalam gerak kerja PRISM.

4. Apakah yang akan saya peroleh daripada keahlian saya?

Antara kelebihan menjadi Rakan PRISM termasuklah:

  • Penyertaan kepada program-program PRISM dibuka terlebih dahulu untuk Rakan PRISM
  • Diskaun jualan tiket program-program PRISM termasuklah jualan cenderahati dan barangan PRISM.
  • Dengan bergiat aktif dalam PRISM, Rakan PRISM berpeluang untuk melatih diri dalam kemahiran-kemahiran baru seperti organisasi berpersatuan, media, ucapan umum, pemasaran dan lain.
  • Peluang untuk terlibat dengan perlaksanaan program PRISM dari pering awal.
  • Sijil penyertaan dalam program-program PRISM.

5. Adakah keahlian saya terbatal setelah graduasi dan pulang ke Malaysia?

Ya. Buat masa sekarang PRISM hanya bergerak di United Kingdom dan ditubuhkan khusus untuk mahasiswa Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran.

6. Bagaimanakah cara untuk berdaftar sebagai Rakan PRISM?

Mahasiswa yang berminat untuk menyertai Rakan PRISM, boleh mengisi borang di link dibawah:

https://drive.google.com/open?id=1aeuf-ZgrEb_nJgyCyM359qhiWHozuc70PAm0BLq_tKg

Pemohon diminta untuk membayar yuran pendaftaran PRISM sebanyak £5 sekali seumur hidup.

7. Bagaimanakah permohonan keahlian saya diproses?

Sejurus borang keahlian dihantar dan pemohon telah membayar yuran pendaftaran PRISM, pihak Unit Rakan PRISM akan menyemak maklumat anda dan menyimpan data tersebut dalam rekod Rakan PRISM UK.

8. Bagaimanakah untuk mengetahui sekiranya permohoman saya diterima?

Pemohon akan dimasukkan ke dalam group FB Rakan PRISM, platform untuk semua Rakan PRISM berdiskusi dan bergiat aktif.

9. Apakah langkah seterusnya setelah berdaftar?

Rakan PRISM baru boleh melawati FB page Platform Siswa Islam Malaysia UK

(https://www.facebook.com/platformsiswaislammalaysia/)

dan PRISM Kawasan masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program online and tahunan PRISM.

10. Apakah cara untuk menyumbang melalui keahlian?

Terdapat pelbagai cara untuk menyumbang sebagai Rakan PRISM.

Pertamanya, Rakan PRISM boleh bergerak aktif di bawah PRISM Kawasan masing-masing dengan menyumbang tenaga dan idea secara terus. Kebanyakan program PRISM Kawasan dicetuskan oleh Rakan-rakan PRISM sendiri yang terdahulu dan semasa. Rakan PRISM boleh bernaung di bawah unit-unit PRISM Kawasan untuk sama-sama turut serta menjayakan program sambil belajar cara-cara untuk mengendalikan program dan sebagainya.

Jika tiada PRISM Kawasan di lokaliti Rakan PRISM, Rakan PRISM boleh menyertai mana-mana PRISM Kawasan yang sesuai. PRISM Kawasan baru boleh ditubuhkan oleh Rakan PRISM dengan permohonan kepada Unit Rakan PRISM Pusat dan kelulusan dari Penggerak PRISM.

Keduanya, Rakan PRISM boleh menyumbang dengan memberi input untuk produk-produk PRISM di laman-laman sosial PRISM seperti Facebook (Friday Bites, Weekly Quotes), Youtube (Sembang Santai, Food For Soul) dan Medium (menulis artikel).

11. Bolehkah Rakan PRISM membuat permohonan untuk menyertai unit Penggerak PRISM?

Pelantikan Penggerak PRISM baru dari kalangan Rakan PRISM akan dilakukan setiap tahun oleh Penggerak PRISM tahun sebelumnya mengikut sistem merit. Sistem merit ini berdasarkan penglibatan Rakan PRISM dalam program-program PRISM dan sumbangan Rakan PRISM dalam organisasi PRISM tidak kira di peringkat pusat atau kawasan.

12. “Saya mempunyai idea atau projek hebat, bagaimanakah cara untuk saya salurkan idea ini agar ia menjadi kenyataan?”

Kami di PRISM sangat meraikan idea bernas anda :) Kertas kerja atau dokumen ringkas mengenai idea hebat tersebut boleh dihantar ke emel rasmi PRISM : info@prism-uk.org . Pihak kami sedia berhubung dengan anda berkenaan idea anda.

13. Adakah PRISM akan menerbitkan produk-produk online PRISM seperti ceramah atau sembang santai dalam bentuk buku atau penerbitan?

Buat masa ini produk-produk online PRISM sedia tertera di laman sesawang dan media sosial PRISM secara percuma.

--

--