Friday Bites: 5 YouTuber Islamik Wajib Anda Langgan!

caramelchurros
Platform Siswa Islam Malaysia UK
2 min readSep 8, 2018
Photo by dhe haivan on Unsplash

Di era dunia hujung jari ini, pelbagai sumber bahan dakwah dan tarbiyyah Islamiyyah mudah didapati dengan hanya beberapa klik. YouTube merupakan salah satu medium terbuka yang mana anda boleh muat naik video hasil kreativiti anda untuk paparan seluruh dunia. Dengan kemajuan zaman kini yang membolehkan capaian mudah kepada internet, pendakwah moden mula mengambil inisiatif untuk menggunakan YouTube sebagai medium untuk berdakwah & menyediakan pengisian-pengisian menarik kepada seluruh warga Muslim. Menggunakan kreativiti dalam mengolah dan menyunting video, mereka dapat mencapai jumlah pelanggan yang beribu-ribu.

Berikut merupakan 5 channel YouTube Islamik yang wajib anda langgan menurut hasil pemerhatian kami:

1. The Daily Reminder (TDR)

The Daily Reminder (TDR) sudah sekian lama berada di YouTube dan menghasilkan hampir 80 video sehingga hari ini. TDR juga telah berjaya mendapat pengesahan (verification) oleh pihak YouTube sendiri!

2. The Merciful Servant

The Merciful Servant sejak tahun 2010 dan kini berjaya memperoleh lebih 170 ribu pelanggan. Jumlah tontonan mereka mencapai 23 juta!

3. Soldier of Allah 2

SoldierOfAllah2 mula dilancarkan pada 2008 dan bertapak di United Kingdom. Video yang dihasilkan lebih kepada tarbiyyah dan usaha untuk pengislahan diri berjaya menarik minat warga Muslim. Facebook page mereka telah meraih 400 ribu likes!

4. TalkIslam

TalkIslam diasaskan oleh seorang Muslim berasal dari Australia ditubuhkan sejak 2007. Video mereka lebih kepada dakwah mengajak bukan Muslim untuk lebih mengenali Islam. Video terbaru mereka berjaya meraih lebih 50 ribu tontonan dalam masa kurang 24 jam!

5. Cocombee

Cocombee merupakan salah satu laman YouTube yang paling menarik berkonsepkan seperti 4 laman diatas yang diasaskan di Malaysia! Mereka mula menceburi bidang ini sejak 2007 dengan penghasilan video kuliah oleh syeikh-syeikh di Malaysia oleh Majlis Ta’lim Darul Murtadza.

Jangan lupa untuk saksikan video terbaharu & langgan channel mereka! Diharap artikel ini dapat membantu kalian mencari hiburan Islamik yang menarik.

Jangan lupa juga untuk langgan YouTube Platform Siswa Islam Malaysia!

--

--