caramelchurros
Platform Siswa Islam Malaysia UK
5 min readSep 14, 2018

--

Friday Bites : ‘Up to Date’ Diri Dengan Isu Semasa, Susah ke?

Nak kekalkan diri untuk sentiasa celik dengan berita serta isu semasa adalah suatu aktiviti yang sebenarnya mudah tetapi agak payah untuk di disiplinkan.

Sebelum-sebelum ni ada juga kawan bertanya, bagaimana dan apa sumber-sumber berita yang saya pakai atau cara peribadi saya untuk sentiasa celik dengan berita semasa. Lebih-lebih lagi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang sentiasa sibuk dengan pelbagai jenis urusan.

Oleh itu di sini, saya akan kongsikan secara peribadi tiga medium yang selalu saya guna bagi mendapatkan sumber tersebut.

  1. FaceBook

Yup. Facebook sekiranya kita menggunakan dengan sebaiknya, banyak informasi baru yang boleh kita dapati. Kalau saya, saya suka ‘subscribe’ serta ‘follow’ laman-laman agensi berita rasmi baik dalam mahupun luar negara. Contoh agensi berita adalah TRT world, BBC News, Aj+, Vox dan bermacam lagi.

Cara yang ni memang sangat sesuai kalau nak dapatkan apa-apa maklumat berita. Yelah, dalam masa sehari sahaja, berapa lama masa yang kita peruntukkan untuk bersama Facebook? Jadi alang-alang tu, ‘scroll’ la juga laman berita.

Dan biasanya kaedah penyampaian berita pun adalah menarik kerana mereka cenderung untuk menyampaikan sesuatu berita di dalam bentuk video atau infografik.

Tetapi kita kena ingat, kebanyakan agensi berita ini mempunyai spektrum politik atau kepentingan yang tersendiri. Oleh sebab itu, pelbagaikanlah sumber-sumber berita tersebut.

Di dalam Facebook juga, saya suka ‘follow’ beberapa orang pemimpin politik dunia seperti Presiden Trump dan Presiden Macron. Kebiasaannya, muka-muka ni memang selalu ‘update’ di dalam laman Facebook rasmi mereka, apa aktiviti lapang yang sedang dibuat, sedang menghadiri mesyuarat di mana, apa polisi terbaru yang mereka bakal laksanakan di negara mereka dan bermacam lagi.

Dalam kalangan pemimpin UK, Theresa May (PM Britain), Jeremy Corbyn (Leader of the Opposition) dan Nicola Sturgeon (First Minister of Scotland) adalah antara beberapa tubuh politik UK yang saya ‘follow’ disamping akaun rasmi parti politik mereka.

Di Malaysia, Pengerusi atau Presiden sesebuah parti politik tanah air seperti Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Najib serta Tun Dr Mahathir adalah diantara pilihannya. Hendak ‘follow’ laman kelab penyokong pemimpin tersebut pun boleh tetapi, isi maklumat yang dijaja mungkin sudah diolah dengan pelbagai jenis perencah penyedap rasa.

Saya tidak mempunyai akaun Twitter tetapi, bagi sesiapa yang ada, Twitter juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat ‘Up to Date’ dan biasanya, informasi di Twitter adalah lebih pantas dan ‘straigh to the point’.

Sebarang kenyataan rasmi dari mereka pun kita boleh perolehi dari Facebook. Dan memandangkan ianya adalah sumber secara langsung dari mulut mereka, maka informasi yang kita dapat itu pun boleh dianggap sumber yang sah serta bebas dari putar belit pihak media.

2. YouTube

Sudah menjadi kebiasaan saya sambil-sambil makan di ruang tamu rumah atau di dalam bilik, saya selalu buka YouTube di laptop atau TV. Saya tak boleh makan tanpa ada sesuatu bahan tonton dihadapan. Pelik rasanya.

Seperti Facebook, Youtube juga mempunyai banyak laman atau ‘channel’ berfaedah yang kita boleh ‘subscribe’. Contoh channels yang saya selalu singgah setiap kali ketika makan; VisualPolitics (lebih kepada perbincangan isu politik serta ekonomi dunai semasa), Sky News (agensi berita di UK), Crash Courses (channel akademik pelbagai genre yang dibuat secara santai), Merciful Servants (penuh dengan tazkirah agama), Veritasium (laman sains yang dikendalikan oleh seorang ahli fizik Australia) dan bermacam lagi.

Pelbagai pilihan rancangan dokumentari juga ada di dalam You Tube.

Dan kalau kita rajin, boleh juga sambil menjamah tu, menonton rakaman atau siaran langsung debat parlimen Malaysia.

Nampakkan. Sambil makan pun kita boleh ‘update’ diri kita dengan pelbagai jenis informasi.

3. Mobile Apps

Menggunakan aplikasi berita di telefon pintar pun adalah salah satu medium terbaik bagi mendapatkan sumber berita.

Saya biasanya muat turun dan menggunakan aplikasi ‘Reuters’ di dalam telefon pintar. Medium yang ini adalah medium yang saya selalu guna ‘on a daily basis’. Ianya boleh dikatakan sumber primer saya dalam mendapatkan maklumat berita semasa.

Biasanya dalam sehari, bila ada saja masa lapang, saya akan ‘scroll down’ tajuk-tajuk berita semasa yang tengah ‘trending’ di laman aplikasi tersebut. Mana yang menarik, saya akan tekan untuk dibaca isinya.

Saya juga menghidupkan fungsi notifkasi apabila ada sebarang berita tergempar.

Saya ingat lagi dulu, ketika tengah pagi buta tiba-tiba sahaja berbunyi notifikasi tersebut. Apabila dibuka, owh rupanya ada gempa bumi di Jepun dan ada kemungkinan besar berlakunya Tsunami.

Pernah juga dalam satu masa pula, sewaktu sedang berusrah, masuk notifikasi insiden tembak ramai-ramai di sebuah kelab malam di Paris. Pelakunya adalah seorang Muslim. Apa lagi, kami terus jadkan sebagaii isi perbincangan usrah.

Ok, mungkin ada yang bertanya, kenapa Reuters? Kenapa tidak BBC atau aplikasi berita yang lain? Ok, dari apa yang saya boleh nampak setelah menggunakan aplikasi Reuters selama 4 tahun,

a) Coverage Berita.

Koresponden/wartawan mereka memang ada di merata dunia. Jadi apabila kita lihat saja tajuk-tajuk berita yang keluar pun, memang datang dari segenap pelusuk bumi. Sudah tentu, berita yang penting dan berbaloi untuk dilaporkan sahaja yang akan masuk. Kebanyakan isu domestik Malaysia kurang mendapat perhatian.

b) Kualiti Bahan Berita.

Agensi Reuters ini terkenal dengan polisi “value-neutral approach” dimana mereka hanya akan menyatakan fakta sahaja dan bukannya olahan hasil ‘interpretation’ wartawan yang sememangnya akan mengguris hati sesetengah pembaca. Dalam membaca berita atau mana-, mana maklumat, apa yang paling susah adalah mengenalpasti mana isi adalah fakta dan mana isi yang merupakan olahan kefahaman seseorang. Contoh sewaktu kes 9/11 kat New York dahulu, Reuters memang berkeras enggan menggunakan istilah ‘terrorist’ untuk melabel pelaku peristiwa tu. Bagi mereka, istilah ‘terrorist’ adalah terlalu subjektif dan agak kontroversi bagi pembaca berita yang Muslim.

c) Kredibiliti Gaya Penyampaian.

Selama saya menggunapakai Reuters, apa yang tajuk itu tulis, itulah juga isi berita yang disampaikan di dalamnya. Oleh sebab itu, cukup bagi saya untuk membaca tajuk berita sahaja untuk mengetahui berita yang sedang ‘trending’. Berita yang betul-betul menarik sahaja baru saya tekan untuk membaca dengan lebih lanjut. Kalau tidak, jenuh nak tekan kesemua isi berita, semata mata hendak mengesahkan keselarian tajuk berita dengan isi dia.

Jadi, itulah dia tiga cara saya untuk sentiasa ‘update’ diri dengan maklumat isu semasa. Selepas ini, taiada alasan tidak mempunyai cukup masa atau tidak tahu dalam menjadis eorang yang celik isu semasa.

Jom ramai-ramai kita celikkan minda kita dengan mengambil tahu apa yang sedang terjadi di dalam dunia kita sekarang.

--

--