INTIPATI PALESTINE CONFERENCE 1948–2018: A CONTINUING STORY
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.”
(An-Nisa:135)
Berpeluang menghadiri persidangan penuh makna, dalam mengingati lipatan sejarah yang takkan pernah sudah, sesungguhnya isu Palestin bukanlah isu yang hanya diingati mengikut trend atau waktu tertentu, malah harus diingati sepanjang masa. Persidangan ini meliputi ceramah dan juga bengkel selama satu hari bertempat di Imperial College London. Berikut merupakan beberapa poin penting untuk kita sama-sama pelajari dan fahami.
[Hari Nakbah]
Dalam persidangan kali ini bertujuan untuk mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak peristiwa Nakbah. Nakba (النكبة beerti “hari kehancuran”) di mana rakyat Palestin diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis. Adalah amat mendukacitakan apabila tragedi kemanusiaan yang dahsyat ini berlaku pada tahun yang sama di mana Deklarasi Hak Asasi Manusia disepakati dan menjadi sebahagian dari Piagam PBB. Sebaik sahaja Deklarasi ini diluluskan, bangsa Palestin menjadi mangsa pelanggaran hak asasi yang pertama! Deklarasi hanya tinggal di atas kertas. Para panelis telah memberikan input dan menelesuri peristiwa-peristiwa perit untuk kita telan.
Bilakah Hari Nakbah
- 15 MEI 1948 adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
- 15 Mei 2018 — Genaplah 70 tahun peristiwa Nakbah.
Sama-samalah kita untuk ambil tahu dan cakna akan sejarah saudara kita di Palestin dan seharusnya kita ikuti kecekalan jiwa mereka dalam menghadapi ujian dan dugaan.
[IS PALESTINE MY ISSUE?]
Isu Palestin bukanlah isu agama semata-mata, ia adalah isu kemanusiaan yang menuntut perhatian semua pihak, yang punya hati dan perasaan. Isu ini adalah isu yang signifikan yang memerlukan kerjasama semua dalam berjuang menegakkan keadilan. Adilkah bila tidak diiktiraf di bumi sendiri, diusir keluar dengan kejam? Inilah yang kita perlu hentikan, hentikan ketidakadilan yang terus berterusan. Sampai bila kita mahu melihat saudara kita diseksa saban hari? Atas alasan apa lagi untuk kita tidak mahu dalam membela nasib saudara kita? Setiap hari, semakin ramai wanita dan anak-anak diseksa.
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al Maidah:8)
[DASAR APARTHEID ISRAEL]
Penerbitan Laporan terbaru berjudul “Amalan Israel Terhadap Warga Palestin dan Persoalan Dasar Aparteid” (Israeli Practices Towards the Palestinian People and the Question of Apartheid) oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat (ESCWA) telah mengesahkan tanpa ragu lagi bahawa Israel telah melakukan jenayah aparteid.
Aparteid adalah jenayah kedua selepas genocide dalam urutan jenayah ke atas kemanusiaan.
Sejak negara Zionis diujudkan diatas ideologi Zionis rasis, operasi mengusir warga Palestin dari tanah air mereka untuk menubuhkan negara Israel berterusan sehingga hari ini. Pemusnahan etnik (ethnic cleansing) menjadi senjata Israel untuk mencapai objektif kriminal ini.
Jurusalem Timur sebagai ibu negara Palestin, sedikit demi sedikit diambilalih oleh penduduk Yahudi. Pemindahan Yahudi, pembinaan dinding pemisah, pemusnahan rumah warga Palestin, menutup dan menyekat sebarang kewujudan Institusi Palestin, mengenakan diskriminasi yang menyekat sebarang pembangunan kota. Semua ini adalah agenda besar Zionis untuk meyahudikan seluruh Jurusalem Timur.
[IN THE PROPHET’S FOOTSTEPS: WHY JERUSALEM MATTER TO PROPHET MUHAMMAD by Dr Khalid Al Awasi]
MASJID AL AQSA
Bilakah kali terakhir kita ingat akan Masjid Al Aqsa? Sehari lepas, Sesaat yang lalu? Sebulan lepas? Itu soalan pertama yang ditanya Dr Khalid Al Awasi dalam bengkel tersebut. Sentap juga waktu tu. Betul juga, adakah kita selalu memikirkan Al -Aqsa?
Dr Khalid juga menyoalkan adakah kita benar-benar mengenali Al-Aqsa. Beliau memaparkan beberapa gambar dan bertanya kepada peserta yang mana satu Al-Aqsa. Refleks semula adakah kita benar-benar kenal akan Al-Aqsa.
Masyarakat dunia khususnya umat Islam dilanda kemarahan apabila media melaporkan secara meluas insiden pencerobohan dan sekatan memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa yang dilakukan tentera zionis Israel pada 14 Julai lalu.
ISTIMEWANYA AL AQSA
Allah SWT menyatakan bahawa Baitul Maqdis adalah tempat yang diberkati sebagaimana dinyatakan firman-Nya yang bermaksud: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya”. (Al Isra’: 1).
- Peristiwa Nabi SAW dimikraj ke Sidratul Muntaha untuk menghadap Allah SWT dan menerima perintah mengerjakan solat lima waktu
- Diiktiraf sebagai kiblat pertama umat Islam.
Setiap hari kita ingin mendirikan solat, apakah perkara pertama yang kita cari? Ya, kiblat. Hati kita akan terarah untuk mencari kiblat. Hati kita sudah terikat kuat mengadap Kaabah sebagai kiblat. Dr Khalid bertanya, bolehkah kita rasakan ikatan yang kuat begitu untuk BaitulMaqdis?
Berikut link untuk melihat Al Aqsa 360 — Al Aqsa
NASIHAT UNTUK DIBAWA PULANG OLEH DR KHALID AL AWASI
- Selitkan doa untuk Al-Aqsa setiap kali usai solat
- Buat bacaan mengenai Al Aqsa setiap hari walaupun sedikit
- Sentiasa cakna dengan isu yang menimpa Al Aqsa hari ini.
Kerna janji Tuhan itu pasti
Kemenangan kita bukannya mimpi,
Tangis telah ku habiskan
Aqsa cintaku hanya untukmu
Kami di PRISM akan terus utuh dan teguh dalam menegakkan isu Palestin, tak akan dibiar sepi begitu sahaja. Moga persidangan kali ini tak akan terhenti di sini, tapi membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk kami sama-sama berusaha dalam membantu isu ini. Terima kasih kepada penganjur FOSIS dan Olive dalam mengadakan persidangan penuh makna.
Moga sahabat di luar sana dapat menyumbang masa, tenaga dan idea untuk kita sama-sama membantu saudara kita yang berjuang di sana. Sentiasalah bersyukur atas nikmat yang kita punya. Saudara kita sangat kuat dalam mengharungi ujian dan dugaan.
Ayuh, sahabat sekalian, kita panjatkan doa untuk Palestin setiap kali habis solat , sama-sama kita ambil tahu akan isu Palestin. Telusurilah sejarah Palestin. Dengan itu kami menuntut agar seluruh warga dunia dan rakyat bangkit menyatakan sikap dan berdiri bersama dalam solidariti menyokong perjuangan pembebasan Palestin.
“Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta”
( Sebahagian dari nasyid Bebas Palestin, Rabbani | Inteam | Nowseeheart | Saujana)
[STANDING AGAINST INJUSTICE]
Wakil PRISM dan Muslim Care Eropah
10th March 2018
#PalConf2018