Program RISE 2013 Tamat Dengan Jayanya

adminPRISMUK
Platform Siswa Islam Malaysia UK
2 min readJan 22, 2017

Program Rehlah Insaniah Seluruh England (RISE) 2013 yang telah diadakan bermula 20hb Disember lepas tamat dengan jayanya pada hari Selasa, 23hb Disember lepas di Walnutree Manor, Stowmarket, UK. Program ini yang merupakan anjuran kerjasama Intelek: Enriching Talents dan Platform Siswa Islam Malaysia (PRISM) ialah kali kedua ia diadakan sejak 2012.

RISE kali ini bertemakan ‘Chronicles of The Red Sea’ berkisar tentang Nabi Musa (AS) yang disampaikan oleh penceramah bebas dan pensyarah terkenal tanah air, Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh. Ustaz Ridha dijemput khas oleh pasukan RISE dan diterbangkan terus dari Malaysia ke United Kingdom.

Seramai lebih dari 100 orang peserta menyertai program ini terdiri daripada pelajar-pelajar daripada United Kingdom, Perancis, Ireland, Poland dan juga Jerman. Salah satu objektif RISE untuk mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia seluruh Eropah dalam satu program ilmiah terbukti berjaya kali ini.

Program yang sarat dengan pengisian dan aktiviti menarik direka khas oleh AJK Modul untuk menepati tema ‘Chronicles of The Red Sea’ berjaya mendapat respon positif dari para peserta. Dengan kemudahan penginapan yang selesa dan makanan yang enak sepanjang program dijalankan, peserta kekal bersemangat dan fokus untuk menerima input daripada penceramah jemputan.

Koleksi gambar boleh dilihat di bawah atau melalui laman Facebook PRISM:

Kami dari pihak Platform Siswa Islam Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para komiti Rehlah Insaniah Seluruh England 2013!

RISE, It’s Our Wake Up Call!

Anda turut serta dalam RISE kali ini? Kongsikan pengalaman manis anda dalam ruangan komen dibawah!

Facebook PRISM Facebook RISE Laman Web Intelek

Originally published at www.prism-uk.org.

--

--