SelfControl: Aplikasi untuk membantu anda lebih fokus

caramelchurros
Sep 8, 2018 · 2 min read

Purata jangka masa normal untuk seorang pengguna internet melayari internet ialah selama 60 jam sebulan, menurut kajian oleh VisualEconomics. Namun, statistik oleh InsideFacebook menunjukkan sebaliknya, iaitu purata jangka masa seorang pengguna internet di Amerika Syarikat menggunakan Facebook dalam sehari ialah selama 7 jam! Adakah anda salah seorang daripadanya?

Suatu aplikasi oleh pasangan penulis kod; Charlie Stigler dan Steve Lambert, telah menghasilkan SelfControl. SelfControl merupakan satu aplikasi untuk platform Mac OS yang bertujuan untuk membantu anda menghalang akses kepada laman web yang mengalih perhatian anda.

“person hands on laptop computer” by rawpixel on Unsplash

Bagaimana ia berfungsi?

Penggunaan aplikasi ini sangat mudah! Anda hanya perlu memasukkan URL atau alamat laman web yang ingin anda halang ke dalam senarai hitam (blacklist) dan pilih jangka masa untuk menghalang akses laman-laman web tersebut. Sebaik sahaja anda klik Run, satu countdown timer akan muncul menunjukkan masa yang tinggal sehingga laman-laman web tersebut boleh diakses semula.

Menariknya, aplikasi ini tidak boleh direset semula! Bermakna, anda tidak boleh untuk membatalkan sebaik sahaja aplikasi itu berjalan. Tutup atau buang aplikasi ini dari sistem anda juga tidak akan membantu! Jadi, tiada alasan lagi untuk lebih fokus kepada kerja anda. Tenang, tiada akses ke laman Facebook tidak akan mencederakan anda!

Muat Turun

Aplikasi ini percuma dan didaftarkan bawah lesen GNU GPL untuk Mac OSX versi 10.5 dan keatas. Untuk muat turun, klik pautan ke laman web SelfControl. Anda juga boleh lihat pelbagai ciri-ciri menarik dan FAQ yang disediakan.

Platform Siswa Islam Malaysia UK

Sumber dakwah dan tarbiah mahasiswa Islam United Kingdom

caramelchurros

Written by

Platform Siswa Islam Malaysia UK

Sumber dakwah dan tarbiah mahasiswa Islam United Kingdom

Welcome to a place where words matter. On Medium, smart voices and original ideas take center stage - with no ads in sight. Watch
Follow all the topics you care about, and we’ll deliver the best stories for you to your homepage and inbox. Explore
Get unlimited access to the best stories on Medium — and support writers while you’re at it. Just $5/month. Upgrade