Tentang Kami

adminPRISMUK
Platform Siswa Islam Malaysia UK
3 min readFeb 28, 2017

Platform Siswa Islam Malaysia (PRISM) merupakan sebuah pertubuhan mahasiswa yang bersifat umum iaitu terbuka penglibatannya kepada semua mahasiswa yang beragama Islam dan warganegara Malaysia.

Di asaskan oleh beberapa mahasiswa Malaysia yang menuntut di United Kingdom, PRISM ditubuhkan atas kesedaran untuk melahirkan teknokrat (para professional) yang mukmin dan muslih.

Dalam erti kata lain, melahirkan para pendakwah yang berjiwa muslih, daripada kalangan bakal professional dan yang sedia professional seperti doktor, akauntan, pendidik, jurutera, arkitek, ahli politik, ahli ekonomi dan lain-lain.

Menjadi sebuah platform di United Kingdom yang membentuk siswa Malaysia professional yang berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam dan seterusnya menyumbang kepada ummah.

Mentarbiyah dan membentuk potensi para professional dan bakal professional dalam menghidupkan roh Islam dalam diri masing-masing di samping membina sinergi dalam perjuangan Islam dari segenap aspek.

Penubuhan PRISM ini melibatkan sekumpulan pelajar Malaysia di UK yang sama-sama berkongsi cita-cita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada ummah dan Islam, namun mereka menyedari ketiadaan platform yang sesuai untuk merealisasikan aspirasi tersebut. Mereka seterusnya berganding bahu dan menggembleng tenaga dengan menubuhkan Platform Siswa Islam Malaysia (PRISM) UK pada tahun 2013.

PRISM yang terdiri daripada Penggerak PRISM dan Rakan PRISM kini sedang giat memperkasa matlamat penubuhannya dengan pelbagai anjuran aktiviti dan program untuk mahasiswa Malaysia khususnya.

Rakan PRISM merupakan ahli PRISM yang berdaftar untuk bekerjasama dalam melaksanakan projek dan aktiviti anjuran PRISM.

Rakan PRISM diwujudkan untuk menyediakan pelbagai peluang dan pengalaman menarik kepada pelajar Muslim di UK.

Rakan-rakan PRISM boleh menyertai aktiviti kelolaan PRISM dan mereka juga boleh menganjurkan aktiviti sendiri dengan menggunakan PRISM sebagai platform.

Mahasiswa yang berminat untuk menyertai Rakan PRISM, boleh mengisi borang di link dibawah:

https://drive.google.com/open?id=1aeuf-ZgrEb_nJgyCyM359qhiWHozuc70PAm0BLq_tKg

Setelah borang permohonan diluluskan oleh Unit Rakan PRISM, pemohon akan dimasukkan ke dalam group FB Rakan PRISM dan boleh mula bergiat aktif dalam diskusi dan aktiviti PRISM. Bayaran Yuran Rakan PRISM adalah £5 seumur hidup.

PRISM Kawasan ialah cawangan PRISM yang ditubuhkan di peringkat kawasan di serata UK, dengan harapan ia dapat menjadi platform terus untuk pelajar-pelajar Muslim Malaysia.

Setakat ini, terdapat enam PRISM Kawasan yang telah ditubuhkan dan bergiat aktif (mempunyai carta organisasi dan FB page tersendiri).

PRISM Kawasan bagi kawasan lain di UK masih dalam fasa permulaan. Jika anda ingin menyemak sama ada terdapat PRISM Kawasan di lokaliti anda, anda boleh menghantar emel kepada Unit Rakan PRISM menerusi emel rasmi PRISM: info@prism-uk.org

PRISM Kawasan boleh diwujudkan di kawasan-kawasan baru oleh Rakan PRISM dengan kelulusan Penggerak PRISM dan berdasarkan “Garis Panduan Penubuhan PRISM Kawasan”:

https://docs.google.com/presentation/d/1R5eSVIuYWvpIh9nT22l4wd1pWoUBNAEyONDe6RMP9pY/edit?usp=sharing

--

--