Bagaimanakah Pelajar Boleh Bersedia Untuk Pembukaan Semula Sekolah Tahun Ini?

Chiew Teng Ang
Project ID
Published in
5 min readJan 18, 2021

Dengan PKP dilaksanakan lagi, apa yang boleh anda lakukan? Artikel ini menyenaraikan 7 langkah yang anda boleh lakukan untuk bersiap sedia untuk sekolah tahun ini. Lihat pautan ini untuk artikel versi Bahasa Inggeris.

1. Dapatkan maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan dan sekolah anda mengenai sama ada sekolah anda dibuka atau ditutup

● Ikuti https://www.facebook.com/KemPendidikan/, @KemPendidikan atau https://www.moe.gov.my/en/

● Pelajar SPM dan STPM, sila baca untuk memahami keadaan di sekolah ketika sekolah dibuka semula: Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

● Sentiasa semak dengan sekolah anda (pentadbir atau guru) mengenai status pembukaan sekolah

2. Tetapkan matlamat tahun ini

● Terdapat banyak model penetapan matlamat, sama ada SMART atau GROW

Matlamat memberi arah dalam kehidupan kita, jika kita tidak mempunyai matlamat, kita tidak tahu apa yang ingin dicapai, seperti memandu tanpa destinasi.

● Menetapkan matlamat juga membantu kita untuk memahami diri sendiri.

● Muat turun templat ini untuk bermula: Templat Menentukan Matlamat (templat ini telah diuji dan terbukti berguna untuk menetapkan matlamat bagi pelajar Sekolah Menengah Malaysia)

3. Sediakan jadual belajar sendiri

Proses merancang jadual belajar untuk diri membuat anda lebih bertanggungjawab terhadap matlamat pembelajaran diri

● Rancang jadual belajar ATAU ketahui perkembangan pembelajaran anda pada jurnal.

● Contoh cara mengetahui perkembangan pembelajaran anda pada jurnal:

Kredit gambar: Alia Lee Xin, @tewpura_arts

4. Perbaiki rutin tidur anda

● Tidur adalah sangat penting untuk kesihatan yang baik dan mengekalkan fokus yang optimum pada siang hari

● Gunakan aplikasi tracker tidur ATAU jurnal untuk menjejaki rutin tidur anda

● Contoh cara anda dapat catat rutin tidur anda di jurnal:

Kredit gambar: @sharonajournals (gambar sebelah kiri) & @damanimom (gambar sebelah kanan) on Pinterest.

5. Imbas kembali apa yang telah anda pelajari tahun lepas

● Rujuk nota / jurnal yang anda buat

● Adakah matlamat 2020 anda tercapai?

● Adakah anda bersedia dari segi akademik? Semak semula nota yang anda buat atau layari bahan akademik atas talian untuk revisi ringkas: Video Youtube atau kandungan Instagram (tekan sini untuk contoh sumber yang bermanfaat)

● Buat nota anda sendiri mengikut kaedah pengambilan nota Cornell untuk semakan cepat pada masa akan datang! (Cara membuat nota menggunakan kaedah pengambilan nota Cornell: Cornell Notes Method of Taking Notes)

6. Kenal pasti bahan efektif yang anda perlukan untuk belajar dari persekitaran rumah.

● Senaraikan bahan yang diperlukan: peranti elektronik, akses internet atau data, alat mendengar seperti ‘earphone’ dan sudut pembelajaran yang kemas dan bersih

Saya mendapati dengan adanya ‘Study Board’ di depan saya, saya berasa lebih semangat untuk menyelesaikan tugasan yang sedia ada. Pastikan juga anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk menulis, membaca atau membuat kerja di samping cahaya yang mencukupi.

7. Amalkan latihan kesyukuran & rutin mengenal pasti fikiran dan emosi anda

● Sentiasa mengenal pasti keadaan emosi anda untuk mengetahui kehendak dan keperluan diri sendiri.

● Apabila anda merasa emosi tidak terkawal, amalkan STOPP, kenal pasti apa yang berada dalam kawalan anda dan apa yang bukan.

● Lakukan latihan yang menenangkan fikiran (boleh merujuk kepada: 01 Mind Your Mind (Versi BM).pdf)

● Contoh cara anda dapat menjejak emosi anda di jurnal:

Kredit gambar: Alia Lee Xin, @tewpura_arts

Itu sahaja daripada saya! Kami memahami bahawa anda mungkin berasa kecewa dengan penularan COVID-19 dan sesetengah daripada anda tidak dapat nak pulang ke sekolah minggu depan, kami harap anda dapat mengenal pasti sumber di sekitar anda untuk merancang tahun terbaik bagi diri anda.

  1. Dapatkan maklumat terkini mengenai status pembukaan semula sekolah
  2. Tetapkan matlamat peribadi
  3. Sediakan jadual belajar sendiri
  4. Perbaiki rutin tidur
  5. Imbas kembali apa yang telah kita pelajari
  6. Sediakan stesen kerja yang berkesan
  7. Amalkan rutin mengenal pasti emosi dan fikiran sendiri

Menerima kenyataan hidup adalah sebahagian dari cara kita untuk tetap bertahan hidup.

Terimalah kekecewaan yang hanya sementara, jangan sampai kehilangan harapan yang tak terbatas.

Terimalah bahawa keadaan akan menjadi tidak menentu tahun ini.

Menerima kenyataan bahawa kita tidak dapat mengawal segalanya dan fokus pada perkara yang dapat kita kendalikan.

Seorang guru Matematik, Cikgu Loh berkata, “In any quadratic function graphs, the lowest points represent the turning points. Pandemic can be a great challenge for everyone, but it can also serve as our turning points in life.

Semoga artikel ini berguna untuk anda dan jangan ragu untuk berkongsi dengan rakan anda yang akan menghargai artikel ini! Sertailah komuniti pelajar kami di Telegram jika anda inginkan lebih banyak sokongan pada masa kini!

Artikel ini ditulis oleh Ang Chiew Teng, seorang Programme Lead bagi Project ID, dengan sokongan dan bantuan daripada Project ID Student Outreach Team, Haris Hilman, Marscella Ling and Alia Lee Xin.

Project ID adalah sebuah perusahaan sosial pendidikan yang menjalankan program berimpak tinggi yang memberi peluang kepada pelajar untuk memimpin diri dan orang lain dengan kemahiran abad ke-21. Sejak permulaan wabak COVID-19, Project ID telah menjalankan lebih daripada 70 bengkel atas talian dengan lebih daripada 1600 penyertaan dari pelajar di seluruh Malaysia.

--

--

Project ID
Project ID

Published in Project ID

Project ID is an education social enterprise that runs high-impact programmes empowering students to lead self and others with 21st century skills. Since the beginning of the MCO, Project ID has run +70 online workshops with more than 1600 student participation across Malaysia.

Chiew Teng Ang
Chiew Teng Ang

Written by Chiew Teng Ang

Passionate educator | Experiential and Virtual Learning Specialist | Believe in working and learning with our students to understand the best for them