Antara Keghairahan Orang Dewasa Mengejar KPI dan Perkembangan Anak-Anak Serta Pembentukan Negara Bangsa

Dr Satirah Ahmad

Abd Karim Alias
Suara Pendidik Malaysia

--

Walaupun terbeban dengan pelbagai tuntutan kerja, para pendidik terus gigih berusaha memberi pengalaman pembelajaran terbaik kepada pelajar mereka. Photo by Ed Us on Unsplash

Suatu masa dulu saya kita sering dihidangkan dengan drama-drama keluarga kaya yang begitu sibuk dengan bisnes sehingga anak-anak terabai dan kurang mendapat kasih-sayang. Tema klishe keretakan rumahtangga disebabkan suami-isteri yang terlalu sibuk dengan kerjaya juga menjadi pilihan sebahagian pengarah-pengarah drama.

Kerjaya mesti diutamakan. Keluarga jatuh nombor dua.

Hari ini saya tidak pasti samada kisah masyarakat sebegitu masih menjadi pilihan. Sudah lama tidak menonton drama. Kesibukan dan usia membataskan masa saya berada di depan kaca TV untuk melayani kisah-kisah masyarakat. Sesekali saya terjebak, itupun lebih banyak TV menonton saya dari saya menonton TV.

Trend orang dewasa mengejar KPI sehingga terpaksa mengkesampingkan kemenjadian anak-anak kekal sehingga ke hari ini.

Dalam arus pendidikan, para pendidik bersaing sesama sendiri membuat program itu dan ini demi memastikan KPI dicapai. Sekali imbas, program-program tersebut kelihatan seperti memberi impak kepada pelajar-pelajar. Namun, apabila diperhalusi betul-betul, program tersebut lebih kepada menaikkan nama individu-individu tertentu demi kelangsungan KPI mereka.

--

--

Abd Karim Alias
Suara Pendidik Malaysia

A Professor of Food Technology at Univ Sains Malaysia (Malaysia) (since 1994). A strong advocate of online education and driven by a passion to share knowledge.