DARI MEJA PENGARANG

Berani bersuara demi kebaikan

Setiap suara rakyat Malaysia perlu didengari

Abd Karim Alias
Suara Pendidik Malaysia
2 min readJun 8, 2022

--

A quote by Nelson Mandela “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.”
Education is the key to eliminating gender inequality, reducing poverty, to creating a sustainable planet, to preventing needless deaths and illness, and to fostering peace.

Perbualan tentang topik pendidikan sentiasa rancak dan menarik perhatian masyarakat. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat sentiasa peka dan prihatin terhadap masa depan generasi muda di negara ini yang wajar menerima pendidikan yang berkualiti tinggi.

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa fasa perubahan bagi memastikan kurikulum yang lebih mantap, kualiti penyampaian yang lebih baik dan kemenjadian pelajar yang hebat selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walau bagaimanapun, sehingga kini sistem pendidikan di Malaysia masih lagi dikatakan mempunyai banyak kelemahan dan kurang berdayasaing dibandingkan dengan negara lain di rantau ini seperti Singapura, China dan Taiwan.

Apakah masalah sebenar yang dihadapi dalam sistem pendidikan Malaysia?

Bagi menjawab soalan ini, saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan suatu platform atau wadah yang diberi nama Suara Pendidik. Ia akan menjadi suatu ruang wacana bagi para pendidik Malaysia menyuarakan isu dan pandangan secara bebas demi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Saya ingin menjemput semua para pendidik untuk menghantar tulisan anda untuk diterbitkan…

--

--

Abd Karim Alias
Suara Pendidik Malaysia

A Professor of Food Technology at Univ Sains Malaysia (Malaysia) (since 1994). A strong advocate of online education and driven by a passion to share knowledge.