Member-only story
Merancang dan Menyemak Kurikulum: Tanggungjawab Siapa?
Dr Satirah Ahmad
Perancangan kurikulum adalah agenda besar negara yang tidak boleh dipandang remeh oleh kita.
Perancangan kurikulum perlu mengambilkira perubahan dunia yang bergerak begitu pantas. Kurikulum hari ini mungkin tidak sesuai untuk dunia esok. Perancang kurikulum hari ini mesti mengkaji perubahan dan trend dalam masyarakat kontemporari dan dapat meramal dan menyediakan pelajar untuk dunia esok.
Perancang kurikulum hari ini mesti mengkaji perubahan dan trend dalam masyarakat kontemporari dan dapat meramal dan menyediakan pelajar untuk dunia esok.
Oleh yang demikian perancangan kurikulum tidak boleh dikendalikan oleh sekelompok kecil “orang2 pendidikan” sahaja. Kurikulum yang direka oleh sekumpulan kecil pengamal pendidikan yang terikat dengan dasar tidak akan berfungsi.
Tokoh-tokoh yang paling menonjol seperti para ulama, pemain industri, ibu bapa, para pendidik dan yang paling penting ialah para pelajar wajib dilibatkan.
Sarjana dari disiplin yang berbeza harus mengambil peranan aktif dalam merancang kurikulum kerana mereka adalah pakar yang boleh memberi nasihat penting seperti; apa yang patut diajar…