Chendor

Kalau ditanya aku
Siapakah yang lebih mengenal kerasnya laut
Tentu aku selalu percaya
Engkaulah manusia terbilang
Mengenal rahsia alam yang tersembunyi

Tatkala kau membawanya datang
Tanpa apa-apa
Dalam telanjang luka angkara rakus manusia
Perlahan-lahan kau bisikkan
Chendor — kau penyu tak punya ibu
Tapi aku mampu mengajarimu
Kembali ke laut riangmu

Hari demi hari
Chendor mula memahami
Ibumu boleh jadi sesiapa sahaja
Asal punya rasa dan cinta
Memberi kasih menawar harap

Hari ini Chendor menangisimu
Kerana kehilangan manusia istimewa
Memberi makna hubungan makhluk
Dalam makna berbeza

Tatkala Chendor menangisimu
Aku juga merasa hiba
Kerana kami tak mampu berbuat apa-apa
Kami hanya menikmati indahnya laut
Tapi tak merasai desahnya
Chendor tentu lebih memahamimu
Dari kami teman terbaikmu

Credit to Dr Awang Idris & Rimbun Dahan Turtle Hatchery

--

--

Puteri Fadzline Muhamad Tamyez
The Beautiful Chaos of Life

Trying to make the best of this short trip before the final destination