Coronavirus: The Hammer and the Dance ( Bahasa Malaysia )

Adibbtp
Tomas Pueyo
Published in
28 min readMar 22, 2020

Artikel ini ialah hasil terjemahan daripada artikel asal yang diterbitkan oleh Tomas Pueyo pada 20 Mac 2020 dengan tajuk : Coronavirus: The Hammer and the Dance.

Ringkasan kepada artikel ini : Langkah pencegahan kepada Covid-19 akan berterusan hanya beberapa minggu, dan tidak sepatutnya ada peningkatan besar dalam jumlah pesakit yang dijangkiti. Kesemua itu dapat dicapai dengan jayanya dan berjuta nyawa dapat diselamatkan. Tetapi jika strategi ini tidak dilaksanakan, berpuluh juta orang yang lain akan dijangkiti , ramai yang akan mati, bersama-sama dengan pesakit lain yang juga memerlukan rawatan intensif, kerana sistem kesihatan yang akan runtuh.

Dalam masa hanya seminggu, banyak negara yang telah bertukar topik perbualan daripada “ Adakah jangkitan Coronavirus ini isu yang besar ? “ kepada negara yang telah mengumumkan darurat. Walaupun begitu, masih lagi banyak negara yang tidak berbuat demikian. Persoalannya, mengapa?

Soalan yang sama ditanyakan oleh setiap negara ialah : Bagaimana mereka perlu respon? Jawapannya adalah samar-samar.

Sesetengah negara seperti Perancis, Sepanyol dan Filipina telah pun mengisytiharkan “lockdown”. Negara lain seperti AS ,UK dan Switzerland dan Belanda telah melengahkan masa, dan teragak-agak untuk melaksanakan “ social distancing” atau jarak sosial.

Di dalam artikel ini, berikut adalah perkara yang akan diberikan penjelasan bersama-sama dengan beberapa carta,data dan juga model yang diambil dari pelbagai sumber :

1. Apakah situasi terkini?

2. Apakah pilihan yang kita ada ?

3. Perkara paling penting : Masa

4. Apakah strategi yang kukuh untuk menangani Coronavirus?

5. Apakah impak kepada ekonomi dan sosial masyarakarat?

Apabila anda telah selesai membaca artikel ini, anda akan mempunyai kefahaman bahawa :

Perkhidmatan kesihatan akan lumpuh.

Negara mempunyai dua pilihan : samada berperang habis-habisan sekarang atau akan terpaksa menghadapi epidemik.

Jika mereka memilih epidemik, maka ratusan ribu akan mati bahkan jutaan di sesetengah negara.

Dan pilihan itu juga tidak akan menghapuskan kehadiran gelombang-gelombang jangkitan yang akan datang di masa hadapan.

Jika ia diperangi habis-habisan, jumlah kematian dapat dikawal.

Perkhidmatan kesihatan akan terus utuh.

Kita akan lebih bersedia.

Kita akan belajar.

Dunia telah menunjukkan bahawa kita tidak pernah belajar sesuatu dengan pantas.

Tetapi, kita sangat memerlukannya kerana pengetahuan kita mengenai virus amatlah terhad.

Kesemua ini akan memberikan kita sesuatu yang kritikal : Masa.

Jika pilih untuk memerangi habis-habisan, ia akan berlaku secara drastik dan secara perlahan lahan berkurang.

Kita akan terkurung selama beberapa minggu.

Kemudian, kita akan mendapat semula kebebasan kita.

Ia mungkin tidak kembali kepada sediakala secara drastik.

Tapi ia akan kembali dekat dan akhirnya menjadi seperti keadaan sediakala.

Dan kita semua mampu untuk menjayakannya bersama-sama dengan mengambil kira ekonomi negara.

Ayuh,kita mulakan.

1. Apakah situasi terkini?

Minggu lalu, saya telah kemukakan graf ini :

Graf ini menunjukkan kes jangkitan Coronavirus dilaporkan di luar dari negara China. Tiga negara yang ketara ialah Itali, Iran dan Korea Selatan. Jadi saya terpaksa untuk melihat lebih dekat kepada penjuru bawah di bahagian kanan untuk melihat negara-negara yang semakin meningkat. Matlamat saya ialah untuk menunjukkan bahawa negara-negara di bawah ini bakal menyertai 3 negara yang telah disebutkan.

Mari kita saksikan apa yang berlaku.

Seperti yang telah diramalkan, jumlah kes yang dilaporkan telah melonjak naik secara mendadak di beberapa negara. Untuk makluman, negara yang dipaparkan adalah negara yang telah menjangkau lebih 1,000 kes. Beberapa perkara penting untuk diketahui :

Sepanyol, Jerman, Perancis dan AS, kesemuanya mempunyai kes yang lebih tinggi daripada Itali apabila mereka mengarahkan rakyatnya perintah berkurun atau “lockdown”.

Tambahan 16 negara lain mempunyai kes yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan Hubei apabila mereka mengumumkan perintah berkurung: Jepun, Malaysia, Kanada, Portugal, Australia, Czechia, Brazil dan Qatar mempunyai kes lebih tinggi daripada Hubei tetapi berada di bawah 1,000 kes. Switzerland, Sweden,Norway,Autria,Belgium, Belanda dan Denmark kesemuanya telah melepasi angka 1,000 kes.

Adakah anda perasan sesuatu yang pelik mengenai kesemua negara ini?
Di luar dari China dan Iran, yang telah mengalami bebanan jumlah kes yang sangat besar yang tidak dapat dinafikan lagi, dan Brazil serta Malaysia, setiap negara yang lain itu adalah antara negara yang disenaraikan paling kaya dalam dunia.

Adakah anda terfikir bahawa virus ini hanya menyerang negara-negara yang kaya? Atau adakah negara-negara kaya ini mempunyai kelebihan untuk mengenalpasti virus ini lebih efektif?

Adalah mustahil bahawa negara-negara yang membangun yang lain tidak terlibat dalam isu ini. Cuaca yang panas dan lembap juga mungkin menjadi salah satu faktor tetapi ia tidak menghalang daripada virus ini untuk terus merebak. Jika tidak, sudah pasti di negara seperti Malaysia dan Singapore tidak akan mengalami penularan wabak.

Antara interpretasi ialah bahawa Coronavirus mengambil masa yang lebih lama untuk tiba di negara-negara ini kerana ia kurang berhubung dengan negara lain, atau ia sebenarnya telah berada di negara tersebut tetapi tiada sumber yang sedia untuk mengesan virus tersebut.

Jika ada mana-mana di atas adalah benar, maka ia bermaksud bahawa kebanyakan negara tidak akan terlepas daripada dijangkiti virus ini. Persoalannya adalah bila mereka akan menghadapinya dan langkah apa yang perlu diambil.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh pelbagai negara?

2. Apakah pilihan yang kita ada?

Sejak artikel minggu lalu dikeluarkan, topik perbualan telah berubah dan kebanyakan negara telah mengambil langkah pencegahan. Berikut ialah contoh yang telah diambil ;

Langkah Diambil Sepanyol dan Perancis

Dalam satu sudut yang ekstrem, kita mempunyai Sepanyol dan Perancis.

Inilah garis masa langkah-langkah yang diambil Sepanyol:

Pada hari Khamis, 12 Mac 2020 Presiden telah menolak cadangan pihak berkuasa Sepanyol yang telah meremehkan ancaman kesihatan.

Pada hari Jumaat, mereka mengisytiharkan Darurat.

Pada hari Sabtu, langkah diambil:

· Orang tidak boleh meninggalkan rumah kecuali sebab utama: barangan runcit, kerja, farmasi, hospital, bank atau syarikat insurans (justifikasi kukuh)

· Larangan khusus untuk membawa kanak-kanak keluar berjalan-jalan atau melawat rakan atau keluarga (kecuali untuk menjaga orang yang memerlukan bantuan, tetapi dengan kebersihan dan jarak fizikal yang selamat)

· Semua bar dan restoran ditutup. Hanya bungkus yang dibenarkan.

· Semua pusat hiburan ditutup: sukan, panggung wayang, muzium, perayaan.

· Perkahwinan tidak boleh mempunyai tetamu.

· Pengebumian tidak boleh mempunyai lebih dari segelintir orang.

· Pengangkutan awam masih beroperasi

Pada hari Isnin, pintu sempadan ditutup.

Sesetengah orang melihat ini sebagai langkah yang strategik. Sesetengah yang lain pula terus berputus asa dan mengalah. Perbezaan di antara keduanya itulah yang bakal dijelaskan di dalam artikel ini.

Garis masa yang diaplikasikan Perancis adalah sama, tetapi mereka mengambil masa yang lebih lama sebelum semua itu dilaksanakan dan kini mereka lebih agresif. Sebagai contoh, sewa, cukai dan utiliti telah digantung untuk perniagaan kecil.

Langkah Diambil US dan UK

AS dan UK, seperti negara-negara seperti Switzerland atau Belanda, telah melengahkan masa dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan. Inilah garis masa untuk AS:

· Rabu 11 Mac 2020 : Larangan perjalanan.

· Jumaat: Pengisytiharan darurat. Tiada langkah “social distancing” diambil.

· Isnin: Kerajaan menggesa orang ramai untuk mengelakkan restoran atau bar dan menghadiri acara yang dihadiri lebih daripada 10 orang. Tiada langkah “social distancing” sebenarnya boleh dikuatkuasakan. Ia hanya satu cadangan.

Banyak negeri dan bandar mengambil inisiatif dan melaksanakan langkah yang lebih ketat.

UK mempunyai satu senarai langkah yang sama: Banyak cadangan, tetapi sangat sedikit mandat.

Kedua-dua kumpulan negara menggambarkan dua pendekatan yang melampau untuk melawan coronavirus: mitigasi dan pengurangan wabak. Mari kita fahami apa yang dimaksudkan.

Pilihan 1 : Tidak Buat Apa-Apa

Sebelum itu, mari kita lihat bagaimana dengan tidak mengambil tindakan apa apa akan memberi kesan kepada AS:

Kalkulator wabak ini dapat membantu anda memahami apa yang akan berlaku di bawah senario yang berbeza. Saya telah memasukkan di bawah graf faktor utama yang menentukan tingkah laku virus. Perhatikan jumlah yang dijangkiti, merah jambu, memuncak pada puluhan juta pada tarikh tertentu. Kebanyakan pembolehubah yang dikenalpasti mempengaruhi kadar jangkitan tidak dimasukkan dalam pengiraan. Satu-satunya perubahan material ialah R dari 2.2 hingga 2.4 (bersamaan dengan maklumat terkini yang terdapat di sini. Lihat di bahagian bawah kalkulator wabak), kadar kematian (4% disebabkan oleh kelumpuhan perkhidmatan kesihatan.) Lihat butiran di bawah atau dalam artikel sebelumnya) hospital (20 hingga 10 hari) dan kadar kemasukan ke hospital (turun dari 20% hingga 14% berdasarkan kes-kes yang teruk dan kritikal.) Perhatikan WHO menetapkan kadar 20%) berdasarkan kajian penyelidikan terbaru kami. Perhatikan bahawa nombor ini tidak banyak mengubah keputusan. Satu-satunya perubahan yang penting ialah kadar kematian.

Jika kita tidak berbuat apa-apa: Semua orang akan dijangkiti, perkhidmatan kesihatan tidak akan mampu menampung keperluan, jumlah kematian melonjak , dan ~ 10 juta orang mati (bar biru). Jika dianggarkan: jika ~ 75% orang Amerika dijangkiti dan 4% mati, itu 10 juta kematian, atau sekitar 25 kali jumlah lebih banyak kematian AS dalam Perang Dunia II.

Anda mungkin tertanya-tanya: “ Jumlah itu nampak terlampau besar. Tetapi apa yang saya dengar adalah kurang daripada itu! “

Jadi apa yang kepentingannya ? Dengan semua angka ini, kita sangat mudah dikelirukan. Tetapi hanya terdapat dua angka yang penting: Sebilangan orang akan dijangkiti virus itu dan jatuh sakit, dan berapa ramai dari mereka yang akan mati. Jika hanya 25% yang sakit (kerana yang lain mempunyai virus tetapi tidak mempunyai simptom yang tidak dikira sebagai kes), dan kadar kematian adalah 0.6% dan bukannya 4%, anda mempunyai 500 ribu kematian di AS. Masih besar. Tetapi 20 kali kurang daripada jumlah di atas di atas.

Kadar kematian adalah sangat penting, jadi mari kita bersama memahami dengan jelas apakah yang benar-benar menyebabkan kematian pesakit yang dijangkiti coronavirus?

Bagaimanakah Sudut Pandang Yang Tentang Kadar Kematian?

Berikut adalah graf yang sama seperti yang di atas , tetapi kini kita melihat kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital , bukan mereka yang dijangkiti dan mati.

Kawasan biru cair adalah bilangan pesakit yang perlu dimasukkan ke hospital, dan biru gelap mewakili mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Anda dapat melihat jumlah itu akan melebihi 3 juta.

Kini kita bandingkan dengan bilangan katil ICU yang kami ada di AS(50 ribu hari ini, kita boleh menggandakan jumlah tersebut dengan memanfaatkan ruang yang lain). Itulah garis putus-putus merah.

Tidak, itu bukan kesalahan.

Garis putus-putus merah itu adalah kapasiti yang kita ada pada katil ICU. Semua pesakit yang berada di atas garisan itu akan berada dalam keadaan kritikal tetapi tidak dapat mengakses rawatan yang mereka perlukan, dan mungkin mereka akan mati.

Daripada katil ICU, anda juga boleh melihat jumlah ventilator, tetapi hasilnya secara umum adalah sama, kerana terdapat kurang daripada 100 ribu ventilator di AS.

Sehingga hari ini, sekurang-kurangnya satu hospital di Seattle tidak dapat mengintubasi pesakit melebihi umur 65 kerana kekurangan peralatan dan memberikan peluang 90% kepada mereka untuk mati.

Inilah sebabnya mengapa orang mati beramai-ramai di Hubei dan sekarang mati dalam berbondong-bondong di Itali dan Iran. Kadar kematian Hubei adalah sepatutnya lebih tinggi daripada yang mereka jangkakan tetapi mereka berjaya membina 2 hospital dalam masa sehari. Itali dan Iran tidak boleh melakukan perkara yang sama; beberapa, jika ada, negara lain mampu . Kami akan melihat apa yang berlaku di sana.

Jadi mengapa kadar kematian hampir 4%?

Jika 5% daripada keseluruhan kes memerlukan rawatan intensif dan anda tidak dapat memberikannya, kebanyakan orang akan mati. Semudah itu.

Di samping itu, data baru-baru ini menunjukkan bahawa kes di AS adalah lebih teruk dari di China. Malang sekali ia adalah tidak benar.

Kerosakan Yang Tidak Dapat Dielakkan

Angka ini hanya menunjukkan bilangan pesakit yang mati akibat coronavirus. Tetapi apa yang berlaku sekiranya semua sistem perkhidmatan kesihatan anda lumpuh oleh pesakit koronavirus? Pesakit yang lain juga mati akibat penyakit lain.

Apa yang berlaku jika anda mempunyai serangan jantung tetapi ambulans mengambil masa 50 minit untuk tiba yang sepatunya mengambil masa hanya 8 minit (terlalu banyak kes coronavirus) dan apabila anda tiba, tidak ada ICU dan tiada doktor yang boleh didapati? Anda berkemungkinan akan mati.

Terdapat 4 juta kemasukan pesakit ke ICU di AS setiap tahun, dan 500 ribu (~ 13%) daripada mereka mati. Tanpa katil ICU, nilai itu berkemungkinan akan bertambah lebih hampir 80%. Sekalipun hanya 50% meninggal dunia, dalam wabak yang melanda setahun ia mampu mencecah daripada 500 ribu kematian setahun kepada 2 juta. Jadi ini akan menambah kematian 1.5 juta, hanya dengan kerosakan cagaran.

Jika coronavirus dibiarkan merebak lebih teruk, perkhidmatan kesihatan AS akan lumpuh, dan kematian akan meningkat kepada berjuta-juta, mungkin lebih daripada 10 juta.

Sudut pandang yang sama adalah terpakai untuk kebanyakan negara lain. Bilangan katil ICU dan ventilator dan petugas kesihatan biasanya sama dengan AS atau lebih kurang di kebanyakan negara lain. .

Coronavirus yang tidak terkawal bermaksud kelumpuhan perkhidmatan kesihatan, dan ini bermakna kematian besar-besaran.

Pilihan 2: Strategi Pengawalan Penularan ( Mitigasi )

Sekarang, saya harap ia cukup jelas bahawa kita harus bertindak. Dua pilihan yang kita ada adalah mitigasi dan pengurangan wabak.

Pengurangan seperti ini: “Tidak mustahil untuk menghalang coronavirus sekarang, jadi mari kita melaksanakannya, dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah puncah jangkitan. Mari kita ratakan sedikit lengkung di graf atau “ flatten the curve” untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kita masih mampu bertahan.

Carta ini muncul dalam laporan yang sangat penting yang diterbitkan pada hujung minggu dari Imperial College London. Rupa-rupanya, ia mendorong kerajaan UK dan AS untuk menukar haluan.

Ia adalah graf yang sangat serupa dengan yang sebelumnya. Tidak sama, tetapi bersamaan daripada segi konsepnya. Di sini, keadaan “Tidak Buat Apa-Apa” adalah garis lengkung hitam. Setiap garisan yang lain adalah apa yang akan berlaku jika kita melaksanakan langkah-langkah penjarakkan sosial (social distancing) dengan lebih ketat. Garisan biru menunjukkan langkah penjarakkan sosial (social distancing) yang paling ketat: mengasingkan orang yang dijangkiti, mengendali orang yang mungkin dijangkiti, dan tidak termasuk orang tua. Garis biru ini secara meluas adalah strategi UK semasa, walaupun buat masa ini mereka hanya mencadangkannya, tidak ada pengarahan yang jelas.

Di sini, sekali lagi, garis merah adalah kapasiti untuk ICU, kali ini di UK. Sekali lagi, garisan itu sangat dekat dengan bahagian bawah. Semua kawasan lengkuk di atas garis merah mewakili pesakit coronavirus yang kebanyakannya mati kerana kekurangan sumber ICU.

Bukan itu sahaja, tetapi dengan meratakan lengkung tersebut , ICU akan lumpuh selama berbulan-bulan, meningkatkan kerosakan yang tidak dapat dielakkan.

Anda perlu terkejut. Apabila anda mendengar: “Kami akan melakukan beberapa mitigasi” yang anda patut dengar ialah: “Kita semua tahu bahawa perkhidmatan kesihatan dalam keadaan ini tidak akan mampu menampung beban pesakit, di mana akan memacu kadar kematian sekurang-kurangnya 10x lebih tinggi.”

Anda bayangkan ini cukup teruk? Masih belum. Ini adalah kerana salah satu daripada andaian utama strategi ini adalah apa yang disebut “Kekebalan Kebangkitan”.

Imuniti Kelompok dan Mutasi Virus

Ideanya ialah semua orang yang telah dijangkiti dan kemudian pulih kini mempunyai imuniti terhadap virus itu. Ini adalah intipati utama daripada strategi ini: “Lihat, saya tahu ia akan menjadi sukar untuk diterima, tetapi apabila kita selesai dan beberapa juta orang telah mati, kita akan menjadi kebal terhadap virus tersebut, jadi virus ini akan berhenti merebak dan kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada coronavirus. Ini adalah lebih baik dilakukan sekali harung dan menyelesaikan isu ini, kerana kaedah alternatif ialah dengan mengamalkan penjarakkan sosial ( social distancing ) selama lebih daripada setahun ataupun jika tidak, jumlah jangkitan akan terus memuncak.

Hal ini boleh berlaku dengan satu pengecualian ; virus itu tidak berubah dengan ketara. Jika ia tidak berubah, makan ramai orang yang akan mendapat imuniti dan kelak pada satu hari nanti wabak ini akan akhirnya berhenti.

Apakah kebarangkalian virus ini akan bermutasi?

Sudah ada.

Bukan setakat itu sahaja, tetapi virus ini terus bermutasi.

Graf ini mewakili pebagai jenis mutasi yang telah dialami oleh virus. Anda boleh perhatikan bahawa strain asal yang berwarna ungu yang muncul di China, tetapi selepas itu ia telah bermutasi. Strain yang merebak ke Eropah adalah kebanyakan berwarna hijau dan kuning manakala di AS strain yang berwarna merah telah dikenal pasti. Semakin lama,semakin banyak strain virus ini yang akan diperhatikan.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang patut dihairankan: Virus berasaskan RNA seperti coronavirus atau selesema cenderung bermutasi kira-kira 100 kali lebih cepat daripada yang berasaskan DNA — walaupun coronavirus bermutasi lebih perlahan daripada virus influenza.

Bukan itu sahaja, tetapi cara terbaik untuk virus ini bermutasi adalah dengan mempunyai jutaan peluang untuk berbuat demikian, yang sebenarnya adalah strategi dalam mitigasi iaitu menyediakan beratus-ratus juta orang yang dijangkiti.

Itulah sebabnya mengapa anda perlu mendapatkan vaksin influenza setiap tahun. Kerana terdapat banyak strain influenza, dengan yang baru sentiasa berubah, vaksin itu tidak dapat memberikan perlindungan terhadap semua strain.

Dengan kata lain: strategi mitigasi bukan sahaja mengandaikan berjuta-juta kematian di negara seperti AS atau UK. Ia juga hanya meneka fakta bahawa virus itu tidak akan bermutasi terlalu banyak — yang kita tahu ialah telah pun bermutasi. Dan ia juga akan memberi peluang kepada virus untuk bermutasi. Jadi apabila kita telah selesai dengan beberapa juta kematian, kita perlu bersedia untuk menghadapi beberapa juta lagi — setiap tahun. Virus korona ini boleh menjadi sesuatu yang berulang, seperti selsema biasa, tetapi menyebabkan lebih banyak kematian.

Cara terbaik untuk virus ini bermutasi adalah dengan mempunyai jutaan peluang untuk berbuat demikian, yang sebenarnya dicapai melalui strategi dalam mitigasi.

Jadi jika tidak melakukan apa-apa dan mitigasi tidak akan berkesan, apakah alternatifnya?

Ia dipanggil pengurangan wabak.

Pilihan 3: Strategi Pengurangan Wabak

Strategi Mitigasi tidak berfungsi untuk mengekang wabak, tetapi ia hanyalah bertujuan untuk meratakan lengkungnya sedikit (flatten the curve) . Sementara itu, Strategi Pengurangan cuba mengaplikasikan langkah-langkah agresif untuk segera mengawal penularan wabak. Khususnya:

· Bertindak agresif sekarang. Penjarakkan sosial dikuatkuasakan secara meluas . Wabak dapat dikawal.

· Kemudian, perlahan-lahan kesemua langkah-langkah itu diberhentikan dan orang secara beransur-ansur boleh kembali mendapatkan kebebasan mereka dan kembali kepada kehidupan sosial dan ekonomi yang normal semula.

·

Apa keadaan tersebut?

Semua parameter model adalah sama, kecuali terdapat intervensi di waktu kini untuk mengurangkan kadar transmisi kepada R = 0.62, dan kerana sistem perkhidmatan kesihatan tidak lumpuh, kadar kematian turun kepada 0.6%. Saya menetapkan “sekitar kini” sebagai mempunyai ~ 32,000 kes apabila langkah-langkah dilaksanakan (3x angka rasmi pada hari ini, 3/19). Ambil perhatian bahawa ini tidak terlalu sensitif terhadap R yang dipilih. Contoh R dengan nilai 0.98 menunjukkan 15,000 kematian. Lima kali lebih tinggi jika dibanding dengan R 0.62, tetapi masih puluhan ribu jumlah kematian tetapi bukan berjuta-juta. Ia juga tidak terlalu sensitif kepada kadar kematian: jika ia adalah 0.7% dan bukannya 0.6%, jumlah kematian berlaku dari 15,000 hingga 17,000. Ia adalah kombinasi R yang lebih tinggi, kadar kematian yang lebih tinggi, dan kelewatan dalam mengambil langkah-langkah yang menyebabkan jumlah kematian meningkat. Itulah sebabnya kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan nilai R hari ini. Untuk penjelasan, R0 terkenal ialah R pada permulaan (R pada masa 0). Ia adalah kadar transmisi ketika tiada siapa yang masih kebal dan tidak ada langkah yang diambil untuk menanganinya. R ialah kadar transmisi keseluruhan.

Di bawah strategi pengurangan wabak, selepas gelombang pertama berlalu, angka kematian adalah hanya beribu-ribu, dan bukan berjuta-juta.

Mengapa? Kerana bukan sahaja kita mengekang perkembangan . Kita juga berjaya mengurangkan kadar kematian kerana sistem perkhidmatan kesihatan kita tidak sepenuhnya lumpuh dan masih mampu untuk menampung. Di sini, saya menggunakan kadar kematian sebanyak 0.9%, iaitu apa yang kita lihat berlaku di Korea Selatan hari ini, yang paling efektif dalam melaksanakan Strategi Pengurangan Wabak.

Berkata seperti ini, kedengarannya seperti tidak ada logiknya jika strategi ini di tidak dimplemetasikan. Semua orang harus mengikuti Strategi Pengurangan Wabak.

Jadi kenapa ada kerajaan yang masih teragak-agak?

Mereka takut tiga perkara:

1. Perintah berkurung pertama ini akan berlangsung selama berbulan-bulan, yang mungkin tidak dapat diterima oleh ramai orang.

2. Perintah berkurung selama sebulan akan memusnahkan ekonomi.

3. Ia tidak akan menyelesaikan masalah ini, kerana kita hanya akan menangguhkan penularan wabak ini: kemudian, apabila kita menghentikan langkah-langkah penjarakkan sosial, orang akan tetap dijangkiti dan jutaan akan mati.

Ini adalah bagaimana pasukan dari Imperial College memodelkan pengurangan wabak. Garis hijau dan kuning adalah senario yang berbeza dalam pengurangan wabak. Anda dapat melihat yang ia tidak kelihatan baik: Kita masih mendapat puncak yang mempunyai jumlah yang agak tinggi, jadi mengapa kita perlu teruskan usaha ini?

Kami akan kembali semula kepada soalan-soalan tersebut kelak, tetapi sebelum itu terdapat sesuatu yang lebih penting.

Kita benar-benar tertinggal satu komponen yang sangat penting.

Dibentangkan seperti ini, dua pilihan Mitigasi dan Pengurangan Wabak, jika dibandingkan, tidak kelihatan sangat meyakinkan. Sama ada banyak orang mati tidak lama lagi dan kita tidak menjejaskan ekonomi hari ini, atau kita merosakkan ekonomi hari ini, hanya untuk menangguhkan kematian. Ini seolah mengabaikan kepentingan nilai masa.

3. Kepentingan Nilai Masa

Dalam artikel terdahulu, kami menerangkan nilai masa dalam menyelamatkan nyawa. Setiap hari, setiap jam yang kita lengahkan untuk mengambil langkah-langkah penularan, ancaman merebaknya jangkitan ini terus tersebar. Kami telah melihat bagaimana dengan hanya satu hari dapat mengurangkan jumlah kes sebanyak 40% dan angka kematian lebih banyak lagi.

Tetapi masa adalah lebih berharga daripada itu.

Kita akan menghadapi gelombang tekanan terbesar terhadap sistem perkhidmatan kesihatan yang pernah dicatat dalam sejarah. Kita tidak bersedia, menghadapi musuh yang tidak kita ketahui. Itu bukan kedudukan yang terbaik dalam peperangan.

Bagaimana jika anda menghadapi musuh terburuk anda, yang anda tahu sangat sedikit mengenai mereka, dan anda mempunyai dua pilihan:
Sama ada anda terus berlari untuk menyerang, atau anda melepaskan diri untuk mendapatkan sedikit masa untuk melakukan persediaan. Mana yang anda pilih?

Inilah yang perlu kita lakukan hari ini. Dunia telah sedar. Setiap hari kita melambatkan penularan coronavirus, kita boleh membuat persiapan yang lebih baik. Bahagian seterusnya akan memperincikan kelebihan mempunyai lebih banyak masa :

Kurangkan Bilangan Kes

Dengan pengurangan wabak yang berkesan, jumlah kes yang positif akan turun mendadak dalam tempoh semalaman, seperti yang kita lihat berlaku di Hubei minggu lepas.

Source: Tomas Pueyo analysis over chart and data from the Journal of the American Medical Association

Sehingga hari ini, terdapat 0 kes koronavirus baru yang dilaporkan setiap hari di seluruh wilayah Hubei yang seramai 60 juta orang.

Proses diagnostik akan terus berjalan selama beberapa minggu, tetapi kemudian ia akan mulai turun. Dengan pengurangan kes, kadar kematian juga akan menurun. Dan kerosakan yang tidak dapat dielakkan juga dapat dikurangkan: bilangan yang mati bukan kerana jangkitan Coronavirus juga akan turun mendadak kerana sistem perkhidmatan kesihatan kita matsih utuh.

Pengurangan wabak akan menghasilkan:

· Jumlah kes yang turun mendadak

· Kelegaan kepada sistem perkhidmatan kesihatan dan juga petugas kesihatan

· Pengurangan kadar kematian

· Pengurangan kerosakan cagaran

· Keupayaan petugas kesihatan yang dijangkiti, diasingkan dan dikuarantin menjadi lebih baik dan mereka boleh kembali bekerja. Di Itali, pekerja kesihatan mewakili 8% daripada semua pesakit Coronavirus.

Memahami Masalah Sebenar: Ujian dan Penjejakan ( Contact Tracing )

Sekarang ini, UK dan AS tidak tahu tentang kes-kes positif mereka. Kita tidak tahu berapa ramai yang ada. Kita hanya tahu angka rasmi adalah tidak betul, dan yang benar ada dalam puluhan ribu kes. Ini telah berlaku kerana kita tidak menguji, dan kita tidak menjejaki semua.

Dengan beberapa minggu lagi, kita akan dapat melihat situasi ujian kita secara teratur, dan mula menguji semua orang. Dengan maklumat itu, kita akhirnya akan mengetahui sejauh mana masalah sebenar, di mana kita perlu menjadi lebih agresif, dan komuniti apa yang selamat akan dilepaskan dari perintah berkurung.

Kaedah ujian baharu boleh mempercepat ujian dan merendahkan kos secara perlahan-lahan.

Kita juga boleh menubuhkan operasi menjejak seperti yang dilaksanakan di China atau negara-negara Asia Timur yang lain, di mana mereka dapat mengenal pasti semua orang yang telah bertemu pesakit, dan boleh meletakkan mereka dalam kuarantin. Ini akan memberikan kita satu maklumat penting untuk dihebahkan pada langkah-langkah penjarakkan sosial kita: jika kita tahu di mana virus itu, kita boleh menyasarkan tempat-tempat ini sahaja. Ini bukan sains luar biasa : ini adalah asas bagaimana Negara-Negara Asia Timur dapat mengawal wabak ini tanpa langkah yang ganas yang boleh dikatakan semakin penting di negara lain.

Langkah-langkah dari bahagian ini (pengujian dan penjejakan semula) secara sendiri dapat menghalang penularan coronavirus di Korea Selatan dan dapat mengawal wabak tanpa pelaksanaan langkah-langkah jarak sosial yang ketat.

Membina Kapasiti

AS (dan mungkin UK) akan pergi berperang tanpa perisai.

Kita mempunyai topeng muka yang mencukup hanya untuk dua minggu, beberapa peralatan pelindung diri (“PPE”), tidak cukup ventilator, tidak cukup katil ICU, tidak cukup ECMO (mesin oksigenasi darah) … Ini sebabnya kadar kematian akan sangat tinggi dalam strategi mitigasi .

Tetapi jika kita dapat membeli sedikit masa, keadaan boleh berubah:

· Kita mempunyai lebih banyak masa untuk membeli peralatan yang kita perlukan untuk gelombang masa hadapan

· Kita boleh dengan cepat meningkatkan pengeluaran topeng muka, PPE, ventilator, ECMOs, dan mana-mana alatan kritikal lain untuk mengurangkan kadar kematian.

Dengan kata lain: kita tidak memerlukan bertahun untuk mendapatkan perisai kita, kita hanya memerlukan beberapa minggu. Mari kita lakukan segala yang kita mampu untuk mendapatkan pengeluaran untuk meningkat sekarang. Seluruh negara harus digerakkan. Sektor pengilangan menjadi lebih inventif, seperti menggunakan percetakan 3D untuk komponen ventilator. Kita boleh bersama lakukannya. Kita hanya memerlukan lebih banyak masa. Adakah anda sanggup menunggu selama beberapa minggu untuk mendapatkan beberapa perisai sebelum menghadapi musuh?

Ini bukan satu-satunya kapasiti yang kita perlukan. Kami akan memerlukan petugas kesihatan secepat mungkin. Di mana kita akan mendapatkannya? Kita perlu melatih orang ramai untuk membantu jururawat, dan kita perlu mendapatkan pekerja perubatan yang telah bersara. Banyak negara telah pun bermula, tetapi ini memerlukan masa. Kita boleh melakukan ini dalam beberapa minggu, tetapi tidak jika semuanya telah lumpuh

Kurangkan Penularan Dalam Kalangan Awam

Orang ramai sememangnya takut. Coronavirus ini adalah perkara baharu. Ada begitu banyak perkara kita tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya! Orang ramai masih lagi bersalaman. Mereka masih berpelukan. Mereka tidak membuka pintu menggunakan siku mereka. Mereka tidak membasuh tangan selepas menyentuh tombol pintu. Mereka tidak membersihkan meja sebelum duduk.

Apabila kita mempunyai topeng muka yang mencukupi, orang ramai yang bukan di dalam perkhidmatan kesihatan boleh mula menggunakannya. Sekarang, lebih baik untuk menyimpan topeng muka untuk petugas kesihatan. Tetapi jika ia adalah mencukupi, orang ramai harus memakainya dalam kehidupan seharian mereka, menjadikan kemungkinan untuk menyebar jangkitan lebih kecil ketika mereka sakit, dan dengan latihan yang baik juga ia dapat mengurangkan kemungkinan para pemakai daripada dijangkiti. (Memakai sesuatu lebih baik daripada tidak memakai apa-apa.)

Semua ini adalah cara yang sangat mudah untuk mengurangkan kadar penularan. Semakin kurang virus ini disebarkan, semakin sikit langkah-langkah perlu diambil pada masa mendatang untuk mnehentikan penularan wabak Tetapi kita memerlukan masa untuk mendidik orang ramai tentang semua langkah ini dan mempersiapkan mereka.

.

Memahami Virus

Apa yang kita ketahui mengenai virus ini amatlah terhad. Tetapi kini setiap minggu, ratusan artikel ilmiah yang dikeluarkan.

Dunia semua akhirnya bersatu melawan musuh yang sama. Penyelidik di seluruh dunia telah bertungkus-lumus untuk memahami virus ini dengan lebih baik.

Bagaimanakah virus itu tersebar?

Bagaimana penularan menjadi perlahan?

Apakah keadaan pembawa yang tidak menunjukkan gejala?

Adakah mereka berjangkit? Berapa banyak?

Apakah rawatan yang terbaik?

Berapa lama ia mampu bertahan?

Pada permukaan apa?

Bagaimanakah langkah penjarakkan sosial yang berbeza mempengaruhi kadar transmisi?

Apa kosnya?

Apakah yang amalan terbaik dalam pengesanan?

Adakah keputusan ujian boleh dipercayai?

Jawapan yang jelas kepada soalan-soalan ini akan membantu kita untuk membuat tindak balas yang menyasarkan sebaik mungkin dan sementara itu meminimumkan kerosakan ekonomi dan kerosakan sosial. Perkara itu boleh dicapai dalam masa beberapa minggu sahaja.

Mencari Rawatan

Bukan itu sahaja, tetapi bagaimana jika kita menjumpai rawatan dalam masa beberapa minggu akan datang? Setiap masa yang kita perolehi akan dapat memberikan kita pelunag yang kebih tinggi untuk menemui rawatan terbaik. Sekarang, sudah ada beberapa calon, seperti Favipiravir atau Chloroquine. Bagaimana jika ternyata bahawa dalam tempoh dua bulan kita menemui rawatan untuk coronavirus? Betapa bodohnya kita akan dilihat jika kita sudah mempunyai berjuta-juta kematian berikutan strategi mitigasi?

Memahami Kos Faedah

Semua faktor di atas boleh membantu kita menyelamatkan berjuta-juta nyawa. Itu sepatutnya mencukupi. Malangnya, ahli politik tidak dapat memikirkan kehidupan pesakit yang dijangkiti. Mereka mesti berfikir tentang semua penduduk, dan langkah-langkah penjarakan sosial yang ketat mempunyai kesan kepada orang lain.

Sekarang kita tidak tahu bagaimana langkah-langkah penjarakkan sosial yang berbeza mampu mengurangkan transmisi. Kita juga tidak tahu apa nilai ekonomi dan sosial mereka.

Bukankah agak sukar untuk menentukan langkah-langkah yang kita perlukan untuk jangka panjang jika kita tidak mengetahui kos atau faedah mereka?

Beberapa minggu akan memberi kita masa yang cukup untuk mula mengkaji mereka, memahami mereka, memberikan keutamaan, dan memutuskan kaedah mana yang akan diikuti.

Kadar kes yang berkurangan, cuba memahami masalah, membina aset, memahami virus, memahami manfaat kos faedah dalam setiap langkah yang diambil, mendidik orang ramai … Ini adalah beberapa alat utama untuk melawan penularan virus, dan kita hanya memerlukan beberapa minggu untuk membangunkan kesemua itu. Bukankah akan kelihatan bodoh untuk melakukan strategi yang melemparkan kita, tidak bersedia, ke rahang musuh kita?

4. The Hammer dan The Dance

Sekarang kita mengetahui bahawa Strategi Pengurangan Wabak mungkin merupakan pilihan yang mengerikan, dan Strategi Pengurangan Wabak mempunyai kelebihan jangka pendek yang besar.

Tetapi orang mempunyai keprihatinan yang serius mengenai strategi ini:

· Berapa lama ia akan berterusan?

· Betapa harganya kelak?

· Adakah terdapat lonjakan penularan kedua yang besar jika kita tidak melakukan apa-apa?

Di sini, kita akan melihat bagaimana Strategi Pengurangan yang sebenar. Kita boleh memanggilnya The Hammer dan The Dance.

The Hammer

Pertama, kita bertindak dengan cepat dan agresif. Dengan kesemua sebab yang telah dinyatakan di atas, dengan syarat diberikan nilai masa, kita akan berusaha untuk menghentikan penularan ini secepat yang mungkin.

Satu soalan yang sangat penting : Berapa lamakah ia akan bertahan?

Ketakutan yang melanda kepada semua orang ialah apabila mereka terpaksa berkurung di dalam rumah selama beberapa bulan di mana ia akan menyebabkan kemusanahan ekonomi dan kesihatan mental yang tidak memberangsangkan. Tetapi walaubagaimanapun, idea ini telah diberikan perhatian oleh salah satu artikel oleh Imperial College :

Adakah anda masih ingat carta ini? Kawasan biru cair yang bermula dari akhir bulan Mac hingga akhir bulan Ogos adalah tempoh yang dicadangkan kertas sebagai The Hammer, pengurangan wabak permulaan yang termasuk penjarakkan sosial yang ketat.

Jika anda seorang ahli politik dan anda melihat bahawa satu pilihan adalah untuk membiarkan beratus-ratus ribu atau berjuta-juta orang mati dengan strategi mitigasi dan yang lain adalah untuk menghentikan ekonomi selama lima bulan sebelum melalui puncak kes dan kematian yang sama, ia jelas sekali bukan seperti pilihan yang baik.

Tetapi ia tidak perlu begitu. Kertas ini, yang telah membantu penetapan polisi, telah dikritik secara keras disebabkan kecacatan asas: Mereka mengabaikan penjejakkan hubungan (di teras dasar di Korea Selatan, China atau Singapura antara lain) atau sekatan perjalanan (kritikal di China), mengabaikan kesan orang ramai berhimpun …

Masa yang diperlukan untuk The Hammer berlaku adalah hanya beberapa minggu, bukan bulan.

Graf ini menunjukkan kes-kes baru di seluruh wilayah Hubei (60 juta orang) setiap hari sejak 1/23. Dalam masa 2 minggu, negara ini telah mula kembali bekerja. Dalam tempoh ~ 5 minggu, ia benar-benar telah terkawal. Dan dalam masa 7 minggu, proses diagnostik yang berlaku adalah sangat minimum. Ingat, ini adalah kawasan paling buruk dilanda wabak di China.

Ingat lagi bahawa ini adalah bar oren. Bar kelabu, kes yang disahkan, telah menjunam lebih awal (lihat Carta 9).

Langkah-langkah yang mereka ambil agak serupa dengan apa yang diambil di Itali, Sepanyol atau Perancis: pengasingan, kuarantin, orang terpaksa tinggal di rumah kecuali terdapat kecemasan atau terpaksa membeli makanan, penjejakkan, pengujian, lebih banyak katil hospital, larangan perjalanan …

Langkah-langkah diambil China lebih ketat. Sebagai contoh, orang adalah terhad kepada satu orang setiap isi rumah yang dibenarkan keluar setiap tiga hari untuk membeli makanan. Juga, penguatkuasaan mereka adalah sangat ketat. Kemungkinan dengan langkah agresif ini menghentikan penularan wabak yang itu lebih cepat.

Di Itali, Perancis dan Sepanyol, langkah-langkah yang diambil tidak begitu drastik, dan pelaksanaannya tidak begitu ketat. Orang ramai masih berjalan di jalanan, ramai tanpa topeng muka. Ini mungkin akan menyebabkan The Hammer lebih perlahan: lebih banyak masa diperlukan untuk mengawal sepenuhnya wabak itu.

Sesetengah orang menafsirkannya sebagai “Demokrasi tidak akan dapat meniru dalam mengurangkan jumlah kes. “. Itu ternyata adalah salah.

Selama beberapa minggu, Korea Selatan merekodkan wabak terburuk di luar China. Kini, ia sebahagian besarnya telah terkawal. Dan mereka melakukannya tanpa meminta orang untuk kekal berada di rumah. Mereka mencapai status tersebut dengan ujian yang sangat agresif, penjejakkan kenalan, dan kuarantin dan pengasingan yang dikuatkuasakan.

Jika wabak seperti Korea Selatan dapat dikawal dalam beberapa minggu dan tanpa mewajibkan penjarakkan sosial, negara-negara Barat, yang sudah mengaplikasikan The Hammer dengan langkah penjarakkan sosial yang ketat, pasti dapat mengawal wabak dalam masa beberapa minggu. Ini adalah terikat kepada disiplin, pelaksanaan, dan berapa banyak penduduk yang mematuhi peraturan.

Kemudian ia bergantung kepada fasa seterusnya: the Dance.

The Dance

Jika anda mengetuk ( the Hammer) coronavirus, dalam beberapa minggu anda telah menguasainya dan anda berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengatasinya. Kini tibalah masa untuk usaha jangka masa panjang untuk dipergiatkan sehingga penemuan vaksin berjaya.

Ini mungkin merupakan satu-satunya kesilapan yang paling besar, yang membuat orang berfikir tentang tahap ini dimana mereka fikir ia akan membuatkan mereka tinggal di rumah selama berbulan-bulan. Ini sama sekali tidak benar. Malah, kemungkinan hidup kita akan kembali normal adalah sangat tinggi.

The Dance di Negara-negara yang Berjaya

Bagaimanakah Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Jepun mempunyai kes-kes untuk masa yang lama, dalam keadaan Korea Selatan dimana ribuan mereka dijangkiti, tetapi mereka tidak dikunci di rumah?

https://www.bbc.com/news/av/world-asia-51897979/coronavirus-south-korea-seeing-a-stabilising-trend

Di dalam video ini, Menteri Luar Negeri Korea Selatan telah menerangkan bagaimana negara mereka dapat melaksanakan perkara tersebut. Ia adalah agak mudah; ujian yang berkesan, penjejakan yang berkesan, larangan perjalanan, pengasingan yang efisien dan kuarantin yang efficient.

Artikel di bawah pula menjelaskan langkah yang diambil Singapura :

https://academic.oup.com/jtm/advance article/doi/10.1093/jtm/taaa039/5804843

Mahu meneka langkah mereka? Yang sama seperti di Korea Selatan. Dalam kes mereka, mereka dilengkapi dengan bantuan ekonomi kepada mereka yang dalam kuarantin dan larangan perjalanan dan penangguhan.

Adakah ia telah terlambat untuk negara lain? Tidak. Dengan menggunakan The Hammer, anda mendapat peluang baru, satu pukulan baru untuk melakukan hal ini.

Tetapi bagaimana jika semua langkah ini tidak mencukupi?

The Dance of R

Saya menamakan tempoh berbulan-bulan di antara The Hammer dan vaksin atau rawatan yang berkesan dalam The Dance kerana ia tidak akan menjadi tempoh di mana langkah yang diambil tidak semestinya ketat. Sesetengah kawasan akan melihat penularan wabak berlaku lagi, yang lain tidak akan berlaku penularan untuk jangka masa yang panjang. Bergantung kepada bagaimana kes-kes berubah, kita perlu mengetatkan langkah-langkah penjarakkan sosial atau kita akan dapat melonggarkannya. Itulah tarian R
( The Dance of R ) : tarian langkah antara mengembalikan kehidupan kita ke keadaan asal dan menyebarkan penyakit itu, salah satu ekonomi ataupun perkhimatan kesihatan.

Bagaimanakah tarian ini berfungsi?

Semuanya tertumpu di sekitar R. Jika anda ingat, ia adalah kadar transmisi. Pada peringkat awal, negara yang tidak bersedia, ia berada di antara 2 dan 3: Selama beberapa minggu yang seseorang dijangkiti, mereka menjangkiti antara 2 dan 3 orang lain secara purata.

Sekiranya R adalah di atas 1, jangkitan akan berkembang dengan pesat menjadi wabak. Jika di bawah 1, jangkitan akan mati.

Semasa The Hammer, matlamatnya adalah untuk mendapatkan R hampir sama dengan sifar, secepat mungkin, untuk menghilangkan wabak itu. Di Wuhan, dilaporkan bahawa R pada mulanya 3.9, dan selepas perintah berkurung dan kuarantin berpusat, ia turun kepada 0.32.

Tetapi apabila anda berpindah ke The Dance, anda tidak perlu melakukannya lagi. Anda hanya memerlukan R anda untuk tinggal di bawah 1: banyak langkah penjarakkan sosial mempunyai kos yang agak membebankan kepada orang ramai . Mereka mungkin kehilangan pekerjaan mereka, perniagaan mereka, tabiat yang sihat …

Anda boleh kekal di bawah R = 1 dengan beberapa langkah mudah.

Ini adalah anggaran bagaimana pelbagai jenis pesakit bertindak balas terhadap virus itu, serta penularannya. Tiada siapa yang tahu bentuk sebenar lengkung ini, tetapi kami telah mengumpulkan data dari kertas yang berbeza untuk menganggarkan ia.

Setiap hari selepas mereka dijangkiti virus, orang mempunyai potensi penularan. Bersama-sama, semua penularan pada hari ini bertambah sehingga 2.5 pertambahan rata-rata.

Adalah dipercayai bahawa terdapat beberapa kejadian yang telah berlaku semasa fasa “tiada gejala”. Selepas itu, apabila gejala tumbuh, biasanya pesakit pergi ke doktor, mendapat diagnosis, dan penularannya semakin berkurangan.

Sebagai contoh, pada awal anda mempunyai virus tetapi tiada gejala, jadi anda berkelakuan seperti biasa. Apabila anda bercakap dengan orang, anda menyebarkan virus. Apabila anda menyentuh hidung anda dan kemudian membuka tombol pintu, orang lain untuk membuka pintu dan menyentuh hidungnya akan dijangkiti.

Semakin banyak virus yang berkembang di dalam diri anda, semakin menular anda. Kemudian, apabila anda mula mengalami gejala, anda perlahan-lahan berhenti bekerja, tinggal di tempat tidur, memakai topeng, atau mula pergi ke doktor. Semakin ketara gejala, semakin jauh anda dari sosial, mengurangkan penyebaran virus.

Sebaik sahaja anda dimasukkan ke hospital, walaupun anda sangat menular anda tidak cenderung untuk menyebarkan virus itu kerana anda telah diasingkan.

Di sinilah anda dapat melihat kesan besar dasar seperti Singapura atau Korea Selatan:

· Jika semua orang diuji secara besar-besaran, mereka dapat dikenalpasti sebelum mereka mengalami gejala. Kuarantin, mereka tidak dapat menyebarkan apa-apa.

· Jika orang dilatih untuk mengenal pasti gejala-gejala mereka lebih awal, mereka mengurangkan bilangan hari dalam warna biru, dan seterusnya mengurangkan kadar penularan secara menyeluruh

· Sekiranya orang mengasingkan sebaik sahaja gejala-gejala itu berlaku, penularan dari fasa oren hilang.

· Jika orang dididik tentang jarak peribadi, memakai topeng, mencuci tangan atau membasmi kuman, mereka menyebarkan virus yang kurang sepanjang tempoh.

Hanya apabila semua ini gagal, kita memerlukan langkah penjarakkan sosial yang lebih ketat.

Hasil Pulangan Penjarakkan Sosial

Jika dengan semua langkah ini kita masih berada di atas R = 1, kita perlu mengurangkan jumlah purata orang yang setiap orang bertemu.

Terdapat beberapa cara yang sangat mudah untuk melakukan itu, seperti melarang acara dengan lebih daripada sebilangan orang (contohnya 50, 500), atau meminta orang untuk bekerja dari rumah apabila mereka mampu.

Lain-lain yang jauh lebih sukar daripada segi ekonomi, sosial dan etika, seperti penutupan sekolah dan universiti, meminta semua orang untuk tinggal di rumah, atau menutup perniagaan.

Carta ini direka kerana ia belum wujud pada hari ini. Tiada siapa yang telah melakukan penyelidikan yang cukup tentang perkara ini atau mengumpulkan semua langkah ini dengan cara yang dapat membandingkannya.

Adalah malang, kerana ia adalah satu carta yang paling penting yang ahli politik perlu dalam membuat keputusan. Ia menggambarkan apa yang sebenarnya melalui fikiran mereka.

Semasa tempoh The Hammer, ahli politik mahu menurunkan R sebanyak mungkin, melalui langkah-langkah yang masih boleh diterima oleh penduduk. Di Hubei, mereka pergi ke 0.32. Kita mungkin tidak memerlukannya: mungkin hanya 0.5 atau 0.6.

Tetapi semasa tarian tempoh R, mereka ingin bergerak serapat mungkin dengan nilai 1, sementara kekal di bawahnya dalam jangka masa panjang. Itu menghalang wabak baru, sambil melonggarkan langkah-langkah yang ketat.

Apa maksudnya ialah, sama ada pemimpin menyedari atau tidak, apa yang mereka lakukan ialah:

· Senaraikan semua langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan R

· Perhatikan manfaat menerapkan langkah langkah: pengurangan R

· Kenal pasti kos mereka: kos ekonomi, sosial, dan etika.

· Tumpukan inisiatif berdasarkan keuntungan kos faedah mereka

· Pilih yang memberikan pengurangan R terbesar sehingga 1, dengan kos yang paling rendah.

Ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Semua data adalah direka. Bagaimanapun, sejauh mana yang dapat kami katakan, data ini tidak wujud hari ini. Ia amatlah diperlukan. Sebagai contoh, senarai dari CDC adalah permulaan yang hebat, tetapi ia terlepas pandang perkara seperti langkah-langkah pendidikan, pencetus, pengiraan kos dan faedah, mengambil kira perician, tindak balas ekonomi / sosial …

Pada mulanya, keyakinan mereka terhadap angka-angka ini akan menjadi rendah. Tetapi itu masih bagaimana mereka berfikir-dan sepatutnya menjadi corak pemikiran mereka .

Apa yang perlu mereka lakukan adalah melancarkan proses: Memahami bahawa ini adalah permainan nilai di mana kita perlu belajar secepat mungkin di mana kita berada di R, kesan setiap langkah untuk mengurangkan R, dan kos sosial dan ekonomi.

Hanya selepas itu mereka akan dapat membuat keputusan rasional mengenai langkah-langkah yang perlu diambil.

Kesimpulan: Kita Perlukan Masa

Coronavirus masih tersebar hampir di mana-mana sahaja . 152 negara dilaporkan mempunyai kes . Kita sedang bertarung dengan masa. Tetapi kita tidak perlu kerana ada cara yang jelas bagaimana kita boleh memikirkan perkara ini.

Sesetengah negara, terutama yang belum ditimpa wabak coronavirus, mungkin tertanya-tanya: Adakah ini akan berlaku kepada mereka ? Jawapannya ialah: Mungkin sudah ada. Tetapi anda tidak perasan. Apabila ia benar-benar menyerang, sistem perkhidmatan kesihatan anda akan lebih buruk daripada di negara-negara kaya di mana sistem perkhidmatan kesihatan kuat. Lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal kelak, anda patut mengambil tindakan sekarang.

Bagi negara-negara di mana coronavirus sudah ada di sini, pilihannya jelas.

Di satu pihak, negara boleh melakukan strategi mitigasi: mewujudkan wabak yang besar, mengatasi sistem penjagaan kesihatan, menyebabkan kematian berjuta-juta orang, dan melepaskan mutasi baru virus ini.

Di pihak yang lain, negara dapat bertarung. Mereka boleh memerintahkan perintah berkurung selama beberapa minggu untuk membeli masa, membuat pelan tindakan yang strategik, dan mengawal penularan virus ini sehingga kita mempunyai vaksin.

Kerajaan di seluruh dunia hari ini, termasuk beberapa seperti AS, UK, Switzerland atau Belanda setakat ini memilih kaedah mitigasi.

Ini bermakna mereka menyerah tanpa pertarungan. Mereka melihat negara-negara lain berjaya melawan, tetapi mereka berkata: “Kita tidak boleh berbuat demikian!”

Bagaimana jika Churchill telah mengatakan perkara yang sama? “Nazi sudah ada di seluruh Eropah. Kita tidak boleh melawan mereka. Mari kita berputus asa. “ Inilah yang dilakukan oleh banyak kerajaan di seluruh dunia pada hari ini. Mereka tidak memberikan anda peluang untuk melawan. Anda perlu menuntutnya.

--

--

Adibbtp
Tomas Pueyo

Medical Student in Universiti Putra Malaysia