3 Tips Mudah Untuk Mengurangkan Kos Perbelanjaan

FARAH
2 min readJun 13, 2016

--

Wanita dan pusat membeli — belah sangat sinonim di pendengaran telinga. Lihat saja rata — rata shopping complex atau mana — mana butik, kaum hawa yang mendominasi berbanding dengan kaum adam.

Meskipun begitu, tidak semua wanita yang ‘gila’ membeli-belah. Ini kerana, mereka juga mengambil kira kos perbelanjaan seharian. Ada juga segelintir wanita yang sibuk dengan kerjaya, hanya akan berkunjung ke shopping complex bila perlu sahaja atau lebih memilih untuk shopping di atas talian.

Tetapi ada juga sesetengah wanita yang menjadikan tabiat berkunjung ke pusat membeli-belah ini satu hobi bagi mereka. Ini kerana, berkunjung ke pusat membeli-belah dikira seperi satu terapi untuk menghilangkan rasa stress, di samping dapat menenangkan fikiran apabila berada di sana.

Untuk mengurangkan kos perbelanjaan yang berlebihan ketika membeli-belah, di sini ada beberapa tips untuk anda.

1. Senaraikan barangan yang perlu sahaja

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan menyenaraikan barangan keperluan berbanding dengan kehendak kita membeli barang yang tidak diperlukan. Hal ini dapat membantu kita dalam mengurangkan kos perbelanjaan yang berlebihan kerana kita mempunyai senarai untuk dituruti.

2. Berbelanja ketika ada ‘SALE’

Sale hanya akan dijalankan oleh pusat beli-belah, butik mahupun laman web online (seperti ZALORA), ketika hari — hari perayaan yang bakal menjelma. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk berbelanja ketika ‘Sale’ supaya anda boleh mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah.

3. Perbandingan Harga

Membuat perbandingan harga dari satu jenama ke jenama yang lain juga adalah salah satu langkah bijak yang boleh membantu kita dalam menjimatkan kos perbelanjaan. Contohnya, kita dapat lihat kualiti baju yang terdapat di butik — butik online ini, kesemuanya hampir sama cuma harga sahaja yang berbeza.

Apakah lagi tips-tips belanja yang anda boleh kongsikan bersama kami? Sila kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--