4 Cara Mudah Untuk Kelihatan ‘Trendy’ Dengan Menggayakan Pakaian Muslimah

FARAH
2 min readMar 23, 2016

--

Muslimah dan ‘fashion’ tidak asing lagi di dunia Metropolitan masa kini. Malah kini terdapat ramai pereka — pereka fesyen tempatan, yang menggilap bakat dengan membuat beberapa rekaan fesyen pakaian muslimah supaya kelihatan moden, ‘trendy’ dan bergaya. Bukan itu sahaja, mereka juga masih lagi menerapkan syaria’ Islam supaya baju tidak terlalu jarang, ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh seseorang.

Kadang — kala, kita wanita di Malaysia ini sering kali keliru dan kehilangan idea untuk memilih dan membeli pakaian yang sesuai untuk pemakaian harian, majlis — majlis formal, ke kelas, mahupun ke tempat kerja. Jangan risau, di sini ada 4 cara mudah yang ingin dikongsikan bersama anda supaya anda tidak lagi keliru dalam pemilihan baju.

1. ‘Survey’

Dunia tanpa sempadan kini semakin dikenali ramai, tidak kira muda, remaja mahupun golongan dewasa. Kini dengan hujung jari sahaja, kita dapat mencari atau ‘survey’ beberapa trend masa kini yang menjadi bualan ramai. Mudah bukan?

Contohnya, Zalora banyak memaparkan ‘trend’ masa kini yang direka khas oleh pereka — pereka fashion tempatan. Ataupun anda boleh lihat terus ke laman Instagram, di situ terdapat pelbagai butik — butik online yang turut sama memaparkan ‘trend’ fashion masa kini. Anda juga boleh pergi ke mana — mana butik yang berdekatan untuk melihat fesyen semasa yang beberapa fashion yang ‘trendy’ masa kini.

2. Membeli pilihan baju anda

Jika anda sudah membuat ‘survey’, kini anda boleh dapatkan pakaian pilihan anda di butik — butik online, mahupun di shopping complex atau butik — butik yang berdekatan dengan anda.

3. Gayakan dengan hijab yang sama rona

Untuk kelihatan lebih bergaya dan ‘elegant’, anda boleh menggayakan baju pilihan anda dengan tudung atau shawl yang sama rona dengan baju. Contohnya, jika ada memilih pakaian yang bercorak pada hari tersebut, anda boleh menggayakan tudung atau shawl ‘plain’ yang sama dengan dasar rona dengannya. Ini dapat menyerlahkan lagi penampilan anda!

4. Beg tangan dan kasut

Pemilihan beg tangan dan kasut juga membantu untuk menyerlahkan penampilan anda pada hari tersebut. Contohnya jika anda memilih tema yang berwarna ‘pastel’, anda tidak digalakkan untuk memakai beg tangan dan kasut warna senada dengannya. Hal ini kerana, ia boleh mencacatkan lagi penampilan anda pada hari itu. Tips yang ingin dikongsikan di sini, jika anda berpakaian warna ‘pastel’ anda digalakkan untuk memakai beg tangan dan kasut dengan warna yang bertentangan dengannya. Contohnya, hitam atau kelabu.

Ada tips-tips lain yang ingin anda kongsikan? Kongsinya di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--