4 Cara Terapi Diri Di Rumah

FARAH
3 min readMay 17, 2016

--

Sibuk dengan aktiviti di luar rumah? Sibuk dengan pelbagai kerja yang terlalu banyak di pejabat, sehingga berasa terlalu letih. Jangan risau di sini ada beberapa tips untuk anda iaitu dengan membuat terapi diri di rumah.

Dan terapi ini, tidak memerlukan cost yang banyak. Tambahan pula, dengan beberapa tips ini anda mungkin akan rasa lebih selesa dan berasa semakin segar. Jadi tiadalah alasan Monday blues, bukan?

1. Luangkan masa bersama keluarga tercinta

Hari minggu adalah masa yang sesuai untuk anda berhibur dan bersantai bersama keluarga di rumah. Saling bertukar cerita, melihat DVD, bermain bersama adik — adik kecil mahupun anak, bermain chess dan bermacam — macam lagi aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga.

2. Meluangkan masa secara bersendirian

Dengan meluangkan masa sendiri, kita dapat melakukan aktiviti — aktiviti yang kita minat sepanjang berehat di rumah sewaktu hari minggu. Dengan masa ini juga, kita dapat meluangkan sedikit masa bersosial bersama rakan, biarpun hanya melalui media social sebagai pengantara.

Atau kita juga boleh meluangkan masa untuk bersantai sendiri dengan membaca majalah, novel, komik, memasak di dapur dengan mencuba resepi — resepi yang baru, mengemas rumah atau apa sahaja aktiviti yang kita rasa selesa untuk lakukan di hujung minggu.

3. Spa di rumah

Manjakan diri anda dengan haruman scrub lavendar yang begitu menyenangkan ketika mandi. Haruman lavender itu sendiri dapat bertindak menghilangkan lelah anda bila seharian penat bekerja, mengurangkan rasa stress dan boleh membuat anda tidur dengan aman.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli scrub muka dan mata untuk merasa ‘fresh’ pada kulit wajah anda.

Selain itu, aktiviti merendam kaki dengan air suam juga dapat membuatkan anda berasa lebih relax.

4. Lakukan senaman ketika di rumah

Dengan bersenam, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita dan menghilangkan stress selepas lima hari sibuk bekerja.

Dengan tips — tips ini, anda akan berasa lebih segar selepas anda cuba melakukannya. Selamat mencuba!

Adakah anda mempunyai cara-cara terapi lain yang boleh dilakukan di rumah? Sila kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--