4 Jenis Sahabat Yang Perlu Kita Jauhi

Alya Zul
2 min readSep 7, 2016

--

Sahabat merupakan insan yang akan mempengaruhi corak kehidupan kita. Kadang-kala mereka yang akan menjadi faktor utama dalam kita membuat keputusan. Di sinilah pemilihan sahabat amat penting untuk mengetahui sama ada mereka akan untuk terus berada bersama kita ataupun pergi jauh dari kehidupan kita. Pengalaman berkawan dengan bermacam ragam manusia membuatkan topik ini menarik untuk dikongsikan bersanma anda. Lihat di bawah empat jenis sahabat yang perlu dijauhi.

1. Sahabat yang ingat bila susah, hilang tika senang

Jangan bazirkan masa dengan sahabat yang hanya mencari anda bila perlu. Mereka yang hanya mendekati anda untuk berkongsi masalah namun tidak pernah bertanya tentang anda. Dua puluh empat jam hidup mereka hanya berkisar tentang mereka dan tidak pernah mengambil tahu tentang anda. Tidak perlu anda kejar sahabat yang begini kerana jika mereka ikhlas berkawan dengan anda pasti ada ruang untuk anda dalam kehidupan mereka.

2. Sahabat yang menikam dalam diam

Bermulut manis di depan anda namun mengutuk di belakang anda. Menyokong pendapat anda namun bila bersama teman lain, mereka memburukkan anda. Hati-hati dengan golongan ini dan hindarkan berkongsi privasi anda dengan mereka. Apa yang dikatakan mereka tidak boleh dipercayai 100% dan kadangkala sikap mereka keterlaluan hingga menyebabkan rakan-rakan yang lain bergaduh.

3. Sahabat yang sering memberi helah

Kejujuran merupakan asas dalam persahabatan. Jika sahabat anda tidak berlaku jujur dengan anda, bermakna mereka tidak menghormati anda dan persahabatan yang telah dibina. Ditipu oleh seseorang yang sangat anda percaya adalah 10 kali ganda sakit dari ditipu oleh orang yang anda tidak percaya.

4. Sahabat yang suka melihat kawan jatuh

Mereka ini suka melihat anda tersungkur dan tidak akan menghulurkan tangan untuk menyambut anda. Mereka berkawan baik dengan anda tetapi dalam masa yang sama mereka takut melihat anda lebih dari mereka. Mereka akan ketawakan anda dalam diam namun diluar sibuk mengambil tahu perihal anda kononnya mengambil berat. Kawan sebegini perlu anda jauhi.

Anda yang menentukan siapa kawan anda dan bagaimana sikap kawan yang anda pilih. Bezakan kawan yang boleh menjadi lawan anda dan kawan yang boleh menjadi sahabat sejati anda. Jadilah kawan yang tika suka dan duka sering bersama dan membimbing kita ke jalan yang lebih baik.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. Kongsikan dengan kami ciri ciri kawan yang mejadi sahabat sejati anda di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--