4 Tips Mudah Untuk Meminati Bidang Yang Anda Ceburi

FARAH
2 min readAug 17, 2016

--

Tidak mempunyai minat dalam sesuatu bidang yang kita ceburi itu merupakan satu masalah yang kini kian popular dalam kalangan anak muda tempatan. Hal ini kerana mereka terlalu memilih pekerjaan mahupun kursus mengikut kelayakan yang mereka perolehi, sedangkan kelayakan mereka tidak memenuhi syarat — syarat yang telah ditetapkan.

Pendapat dan pemikiran setiap dari kita adalah berbeza, malah kehendak dan juga cita rasa setiap generasi juga turut berbeza. Ini disebabkan mereka telah melalui dunia era-globalisasi yang kian pesat. Oleh itu, di sini ada beberapa tips untuk anda mula meminati bidang yang anda ceburi.

1. Tanamkan minat

Pada mulanya, memang sukar untuk kita meminati bidang yang kita tidak gemari. Ramai yang beranggapan bahawa minat itu perlulah datang dari jiwa. Ya, memang benar! Tetapi perlu diingati, dunia zaman kini penuh dengan cabaran. Oleh itu, apa sahaja peluang yang berada di hadapan mata perlulah kita capai dengan sebaik mungkin. Perlu diingati, peluang hanya datang sekali!

Pepatah melayu ada mengatakan, tidak kenal maka tidak cinta. Oleh itu, cubalah untuk belajar sedalam — dalamnya bidang yang anda ceburi masa kini. Kelak minat itu akan datang di kemudian hari.

2. Usaha tangga kejayaan

Mana datangnya kejayaan jika tiada usaha yang berlipat ganda. Oleh itu, jika kita sudah mula meminati sesuatu bidang yang kita ceburi masa kini, usahalah dengan bersungguh — sungguh supaya satu hari nanti kita akan memperolehi kejayaan. Usaha tangga kejayaan!

3. Motivasi diri

Motivasi diri ini kadang — kala naik tinggi atau turun rendah. Motivasi diri ini tidak konsisten dan ianya boleh hilang sedikit demi sedikit disebabkan beberapa faktor. Jadi bagi mengekalkan motivasi diri, anda perlulah mengekalkan momentum diri anda dengan berusaha berlipat kali ganda dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Di samping itu, kita perlulah kekal positif dalam apa jua keadaan.

4. Berdoa dan bertawakal

Ramai orang yang berjaya telah berkongsi tips-tips kejayaan mereka. Antaranya adalah dengan tidak meninggalkan solat, tidak melupakan Tuhan, bersedekah dan percaya pada rezeki dengan hasil usaha sendiri. Ini dapat membantu anda sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada dalam hidup anda.

Apakah lagi tips lain yang anda rasa dapat mendorong anda meminati bidang yana diceburi? Sila kongsikannya bersama kami di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--