5 Hadiah Hari Lahir Di Usia Remaja

Nadey Khairudin
ZCOOP Malaysia
Published in
3 min readApr 29, 2016

Hari Lahir adalah hari yang istimewa bagi setiap insan. Hari lahir akan disambut sebagai tanda kesyukuran umur semakin meningkat. Sambutan hari lahir berbeza mengikut level umur, status, adat mahupun juga pesonaliti individu. Saya percaya anda juga menyambut hari lahir dengan pengalaman yang berbeza. Pelbagai hadiah hari lahir yang juga biasa diberi seperti jam, bag, baju, minyak wangi, dan lain-lain lagi. Tetapi, adakah anda terfikir untuk menyambut hari lahir dan memberi hadiah yang luar biasa? Maksud saya, sambutan mahupun hadiah tidak semestinya barang branded, mahal dan mengikut kemahuan individu tetapi disebaliknya. Hadiah dan memori yang mampu diingati sepanjang hidup.

Mengikut pengalaman saya, sambutan hari lahir pada zaman sewaktu belajar dahulu adalah paling mengamit memori. Masing-masing tidak mampu memberikan hadiah yang mahal dan sambutan jamuan makan yang mewah, maka segala kreativiti perlu digunakan. Dengan kos yang minima tidak bermaksud hasil rancangan juga minima. Rakan-rakan juga memainkan peranan yang penting kerana lebih banyak idea bernas yang boleh dilakukan.

Zaman remaja adalah fasa dimana kita hanya memikirkan kesoronokkan dan waktu untuk mencuba pelbagai benda baru dengan alasan aktiviti melepaskan stress belajar. Kita lalui fasa remaja ini sekali seumur hidup. Jika sudah dewasa, sudah tidak relevan untuk melakukan aktiviti seperti ini. Biasanya idea-idea bernas ini turun-temurun dari senior di sekolah. Malu, gila, kelakar dan bermacam-macam perasaan bercampur-aduk namun hasil inilah merupakan keseronokan sebenar. Ketawa adalah terapi segalanya.

Antara hadiah yang mengamit kenangan wajib untuk hari lahir anda:

1. Tepung dan telur

Tepung dan telur adalah bahan wajib yang cukup membuatkan sambutan hari lahir anda disambut dengan begitu meriah. Pengalaman bermandi tepung dan telur amat menyeronokkan. ‘Birthday Boy’ atau ‘Birthday Girl’ akan dibaling dengan adunan telur dan tepung itu oleh rakan-rakan. Aktiviti ini seolah menjadi adat sambutan hari jadi di kalangan remaja.

2. Air Campuran

Perancangan teliti ini sukar dihidu. Baldi perapan segala macam bahan akan diletakkan di dalam tandas Hasilnya cukup membuatkan mangsa trauma kerana air perapan ini akan disimbah terus pada mangsa atau menggunakan pistol air untuk menembak mangsa mahupun ahli yang lain.

3. ‘Food Fight’

Photo credit from 3DTtube VR-HeadSet

‘Food fight’ adalah aktiviti yang yang sering kita lihat di cerita-cerita remaja di kaca tv. Perkara ini adalah satu pengalaman yang meyeronokkan. Mungkin ‘food fight’ dilihat sebagai pembaziran oleh sesetengah pihak tetapi ‘food fight’ menggunakan kek hari jadi bersama rakan-rakan anda sewaktu remaja adalah memori yang akan anda ingati hingga hari tua.

4. Parti ‘Surprise’

Sesiapa pun akan berasa terharu dan gembira menerima parti ‘surprise’. Di zaman usia remaja, pengalaman ini dapat megajar anda erti persahabatan dan penghargaan.

Walaupun kini zaman serba canggih, namun adat-adat sambutan hari lahir sebegini masih diamalkan. Bergantung pada individu dan pengalaman masing-masing, bagi saya walaupun geli, marah, geram dan sebagainya namun ini semua pengalaman yang paling indah dalam hidup. Syukur mempunyai kawan-kawan yang banyak berkongsi gelak-tawa bersama. Kamu pasti akan berkongsi kenangan ini pada anak cucu akan datang.

Anda boleh berkongsi pengalaman sambutan hari lahir anda di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--