5 Tips Kekal Segar Sepanjang Hari

SOFIEADIE
3 min readMay 10, 2016

--

Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sehingga berasa lesu. Amalkan lima tips ini untuk anda kekal segar sepanjang hari.

1- Mengambil sarapan pagi

Sarapan pagi adalah elemen utama bagi memulakan hari-hari kita. Sarapan tidak semestinya anda harus duduk di meja makan dengan tertibnya sambil membaca surat khabar. Anda juga boleh mengambil sarapan ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, dalam kereta atau di pantry pejabat anda. Paling penting jangan pernah tinggalkan sarapan kerana ia adalah sumber tenaga untuk kita memulakan hari dengan produktif.

2- Minum air mineral secukupnya

Khasiat yang dimiliki air mineral terlalu banyak. Ia memberi nafas yang baru dalam tubuh badan kita apabila kita mengambilnya pada kuantiti yang berpatutan. Selain daripada itu, air mineral membantu menguruskan badan dan melancarkan sistem pencernaan. Kekurangan air mineral akan menyebabkan anda berasa letih sepanjang hari. Jadi, pastikan anda membawa air mineral dimana saja anda berada.

3- Bersenam

Melakukan senaman ringan apabila anda terlalu lama dalam satu posisi. Berdiri jika anda terlalu lama duduk atau sebaliknya. Anda juga boleh lakukan senaman kecil atau jalan disekitar tempat kerja anda bagi mengelakkan anda berasa lesu.

4- Jangan ‘skip’ makan tengahari.

Kadang-kala rutin untuk ‘skip’ makan tengahari menjadi satu kebiasaaan bagi pekerja yang terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dalam waktu yang singkat. Jika ini berlaku kepada anda, pastikan anda membawa bekalan ringan untuk mengisi perut anda. Cukup sekadar tiga, empat kali suapan, anda boleh teruskan kembali kerja anda. Jangan sesekali tidak makan tengahari kerana ini akan membenarkan angin memasuki perut anda dan akan menyebabkan gastrik.

5- Mendengar lagu

Mendengar lagu sambil melakukan kerja anda merupakan pilihan terakhir. Kerana mengikut kajian aktiviti ini menyebabkan minda seseorang hilang konsentrasi terhadap kerja yang dilakukan. Tetapi jika terlalu sunyi menyebabkan anda mengantuk dan hilang fokus, capailah earphone anda dan dengarkan muzik kegemaran yang anda sukai.

Adakah anda mempunyai cadangan-cadangan lain yang ingin dikongsi? Sila tinggalkan idea anda di ruangan komen di bawah.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--