5 Tips Mudah Untuk Kulit Muka Cantik

Shesyira As
ZCOOP Malaysia
Published in
3 min readFeb 22, 2017

--

Wanita memang tak boleh lari daripada penjagaan penampilan diri dan kecantikan. Antara aspek yang amat dititik beratkan oleh perempuan adalah wajah mereka. Walaupun kadang-kadang anda berasa malas untuk menjaga kondisi wajah anda, ikut sahaja tips di bawah yang amat mudah untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

  1. Jangan sentuh muka dengan tangan yang kotor.

Tangan mempunyai banyak bakteria kalau tidak dicuci dengan bersih. Biasakan diri anda untuk membersihkan tangan sebelum menyentuh kulit muka. Kotoran di tangan anda akan masuk ke liang pori kulit wajah dan boleh menyebabkan timbulnya jerawat. Jadi, cuci tangan anda dengan bersih menggunakan sabun yang sesuai. Jaga kebersihan kuku anda juga. Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih dari kotoran yang mudah terselit di dalam kuku.

2. Minum air kosong

Minum air kosong merupakan tips yang paling senang untuk dilakukan. Air amat efektif untuk kulit yang bersih kerana air antara penyumbang terbesar untuk badan kita. Air yang cukup di dalam badan akan terlihat melalui kulit yang lembap. Oleh itu, cuba minum 8 gelas air sehari untuk kesihatan kulit anda. Letakkan satu atau dua potongan lemon di dalam air kosong untuk menambah rasa.

3. Tuala badan hanya untuk badan

Jangan gunakan tuala badan untuk lap muka anda. Hanya had kan tuala badan khas untuk mengelap badan anda sahaja, bukan muka. Pilih tuala lain untuk digunakan pada muka anda dan tidak digunakan untuk bahagian badan yang lain. Pilih tuala dari jenis kain yang lebih lembut kerana kulit bahagian muka memerlukan lebih penjagaan rapi. Tukar tuala anda sehari atau dua hari sekali untuk kebersihan maksimum.

4. Makanan seimbang

Makanan seimbang bukan sahaja penting untuk kesihatan malah untuk kulit muka juga. Masyarakat sering tersilap dengan makanan seimbang hanya untuk kesihatan tubuh badan atau hanya untuk orang yang sedang berdiet. Tetapi jika anda mengambil makanan seimbang, cukup dari segi vitamin dan nutrisi untuk badan, pasti kulit anda turut sama terjaga. Kulit memerlukan vitamin dan nutrisi yang cukup agar kelihatan berseri. Elakkan makanan yang terlalu berminyak dan terlalu manis. Ambil makanan yang sihat dan seimbang serta dalam kuantiti yang sederhana. Sayur dan buah-buahan sangat bagus untuk kulit.

5. Produk yang diyakini selamat

Gunakan produk penjagaan kulit yang diyakini selamat. Walaupun anda sudah mengikuti rutin penjagaan kulit yang betul, tidak ada gunanya jika produk yang digunakan tidak selamat atau mengandungi bahan yang tidak diketahui. Oleh itu, jaga lah kulit anda dengan memberikannya produk yang mempunyai manfaat dan disiplin terhadap rutin penjagaan kulit.

Adakah anda mempunyai tips penjagaan wajah untuk kulit yang cantik? Tinggalkan dalam ruang komen di bawah.

--

--