7 Cara Gadis Korea & Jepun Menjaga Kulit.

SITI SORFIENA SYASHA
3 min readAug 17, 2016

--

Setiap wanita inginkan kulit yang cerah dan bebas dari jerawat seperti gadis Korea dan Jepun.

Korea terkenal dengan pembedahan plastik dan Jepun pula terkenal dengan teknologi terkini dalam kecantikan.

Walaupun kedua negara tersebut sangat hebat dalam bidang kecantikan, namun mereka hanya mengamalkan rutin mudah sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Jom lihat rutin-rutin ini! Mana tahu kulit anda boleh menjadi seperti gadis Korea dan Jepun.

1. Mereka mengamalkan minum Teh Hijau

Sumber : P-Interest

Gadis Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Teh hijau membebaskan kulit anda dari jerawat kerana mengandungi antioksidan yang baik.

2. Gunakan pencuci muka yang betul

Sumber : P-Interest

Gadis Korea dan Jepun menggunakan Cleansing Oil kerana ia mampu membersihkan solekan dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Patutlah mereka tidak ada jerawat.

3. Penggunaan penyegar wajah sangat penting

Sumber : P-Interest

Penyegar wajah mampu menanggalkan sel kulit mati dan mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Mereka tidak gunakan kapas tetapi hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit untuk penyerapan yang optimum.

4. Penggunaan pelembab wajah

Sumber : P-Interest

Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk kulit. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

5. Amalkan senaman wajah untuk kulit lebih cantik

Sumber : P-Interest

Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

6. Urutan wajah buatkan wajah lebih berseri

Sumber : P-Interest

Rahsia wajah berseri adalah dengan melakukan urutan pada wajah. Ia menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan tahap kekenjalan wajah.

7. Topeng muka dan pupur wajah jadi rutin setiap minggu

Sumber : P-Interest

Setiap kali melihat drama Korea je, mesti heroin memakai topeng muka sebelum tidur. Topeng muka atau pupur wajah mampu mencerahkan kulit serta mencuci liang pori di wajah.

Apakah rahsia kecantikan anda? Sila kongsikannya bersama kami di ruangan komen di bawah ini.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--