Anda ‘People-pleaser’? 5 Tips Ini Untuk Anda #Say No

Alya Zul
3 min readJun 6, 2016

--

Ada satu ketika kita seringkali berada di persimpangan untuk mengatakan ‘YA’ atau ‘TIDAK’. Ketika hati meronta ingin mengatakan ‘TIDAK’ ketika itu jugalah mulut terpacul perkataan ‘YA’. Ramai dari kita sukar untuk menolak permintaan seseorang dan terpaksa bersetuju sehinggakan tiada ruang masa untuk diri sendiri.

Permintaan dari rakan sekerja yang meminta untuk membuat sesuatu dalam tempoh masa yang sangat singkat yang memerlukan teknik kepakaran yang sedia ada. Jadi mengapa perlu kata ‘Tidak’?

Permintaan dari kawan yang meminta cuma setengah jam untuk mengajar subjek yang tidak difahaminya. Jadi mengapa perlu katakan ‘Tidak’?

Permintaan dari seseorang yang meminta untuk membuat skrip ucapan untuknya yang memerlukan 10 minit sahaja untuk menulis. Jadi mengapa perlu katakan ‘Tidak’?

Semestinya perkataan ‘YA’ akan keluar dari mulut kita.

Namun begitu dalam setiap perkataan ‘YA’ yang kita sebut, kita seringkali terlepas pandang dengan apa yang terpaksa kita tanggung. Tiada ruang lagi untuk diri sendiri kerana sibuk dengan kerja. Pelbagai kerja tertunda disebakan permintaan kerja yang lain kita terima. Kesihatan tidak terjaga. Malahan, masa untuk bersama orang tersayang juga berkurangan.

Disaat inilah perkataan ‘TIDAK’ memainkan peranan besar. Kerana perkataan ‘YA’ sudah tidak sesuai pada waktu ketika ini. Belajar untuk katakan TIDAK adalah satu teknik dan kemahiran untuk tidak dipanggil sebagai ‘people pleaser’ iaitu mementingkan orang lain sebelum diri sendiri. Tips mengatakan TIDAK :

1. Nada yang tegas

Pastikan nada atau intonasi yang dipakai ketika ingin menolak melakukan sesuatu adalah tegas dan singkat. Ini akan memastikan orang yang mendengar penolakan anda mengambil serius dengan apa yang anda katakan.

2. Penyampaian yang baik

Menolak sesuatu permintaan tidak memerlukan anda mengeluarkan kata kata kasar atau kesat. Penyampaian anda perlulah sopan dan tepat agar orang yang anda tolak permintaanya dapat memahami dan menerima dengan baik penolakan anda.

3. Utamakan yang utama

Tahu apa yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Utamakan kepentingan anda dahulu sebelum mengutamakan kepentingan orang lain. Pastikan anda jelas dengan apa yang anda inginkan.

4. Berikan pendapat anda

Tidak salah jika anda ingin mengemukakan pendapat dan mengekspresikan perasaan anda. Anda hormati keinginan diri anda dan menginginkan orang disekeliling anda menghormati anda juga. Anda mengingatkan orang lain bahawa anda juga seseorang yang mempunyai keperluan dan kesibukan sendiri.

5. Berhenti berfikir tentang orang lain

Berhenti berfikir apa yang orang katakan tentang anda. Orang di sekeliling anda haruslah sedar dan terima anda seadanya. Jangan berasa bersalah kerana anda mengutamakan diri anda dahulu.

Orang yang berjaya bukanlah orang yang sering berkata YA untuk setiap peluang dan kesempatan dalam hidupnya, tetapi orang yang berani berkata TIDAK untuk sesuatu yang melanggar apa yang dipercayainya.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda ‘people pleaser’?

Kongsikan dengan kami apa yang anda lakukan untuk berkata TIDAK.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--