Cara Menambah Berat Badan

Shesyira As
ZCOOP Malaysia
Published in
3 min readMar 23, 2017

--

Bentuk badan yang cantik menjadi idaman setiap wanita. Namun begitu ramai wanita di luar sana mempunyai masalah untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Terlalu kurus atau terlalu gemuk berkemungkinan mengundang penyakit. Bagi wanita yang ingin menambah berat badan kepada tahap yang diingini mungkin cara-cara di bawah boleh anda ikuti.

1. Waktu makan yang tetap

Mereka yang ingin menambah berat badan harus mempunyai waktu makan yang tetap. Walaupun anda tak ingin menambah berat badan, anda yang mempunyai berat badan normal juga mestilah menjaga waktu makan anda. Waktu makan yang tetap mampu memberikan jumlah kalori yang konsisten untuk badan. Anda juga harus sentiasa berdisiplin untuk mengikut waktu makan dan jangan mengelak.

2. Makan sedikit tetapi kerap

Cadangan yang dianjurkan ialah tiga waktu makan utama dan tiga waktu makan snek. Walaupun anda digalakkan untuk makan secara kerap, itu bukan pengukur untuk anda makan makanan ringan atau makanan yang tidak sihat. Makan makanan yang mempunyai nutrisi dan memberi tenaga kepada anda. Contohnya, kacang atau buah-buahan untuk waktu makan snek dan ayam serta ikan untuk waktu makan utama. Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi gula. Ia memberi kesan buruk kepada kesihatan anda.

3. Tambah jumlah makanan lebih dari kebiasaan

Contoh makanan yang boleh ditambah ialah lauk. Karbohidrat membantu tubuh anda membina otot dan membantu fungsi penting tubuh. Karbohidrat juga sumber utama tenaga badan anda. Namun begitu, berhanti-hati kerana kelebihan mengambil karbohidrat juga mempunyai kesan buruk. Makan dalam kuantiti yang baik untuk badan anda dan sentiasa bersenam. Lebihkan juga makanan berprotien tinggi seperti daging, susu, telur dan keju. Ia amat penting untuk keseluruhan tubuh badan anda.

4. Ambil makanan/snek yang berkalori tinggi

Pilih snek tambahan yang sihat dan berkalori tinggi. Contohnya milk shake, minuman yogurt, keju, mentega kacang dan lain-lain. Pastikan minuman anda adalah smoothies atau shake yang menggunakan susu rendah lemak atau jus untuk memastikan peningkatan kalori. Anda juga harus memastikan pengambilan lemak yang betul. Elakkan aiskrim, kentang goreng dan makanan yang diproses.

Makan dan sentiasa makan. Ini memberikan kesan yang besar kepada mereka dalam proses menambah berat badan. Cuba ketahui apa yang anda makan agar makanan yang diterima oleh badan bukan sahaja menambah berat anda, tetapu membuatkan badan juga lebih sihat. Amaran kepada anda, elakkan makanan ringan dengan bahan perasa dan gula berlebihan dengan alasan untuk menambah berat badan.

Anda ada cara lain untuk membantu wanita di luar sana menambah berat badan? Kongsikan kepada kami di ruangan komen di bawah.

--

--