Jangan Mudah Terpedaya Dengan Lima Ayat Ini

SOFIEADIE
3 min readOct 31, 2016

--

Kita sering membaca tentang ‘jangan percayakan lima perkataan ini jika diucapkan oleh seseorang’. Misalnya; ‘I love you’, ‘I’m okay’, ‘It’s alright’ dan lain-lain lagi. Sesetengah orang lebih suka menggunakan kenyataan rambang yang sebenarnya tidak melambangkan situasi sebenar bila diajukan pertanyaan. Ada kalanya alasan ini digunakan kerana malas mahu menceritakan dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara itu. Atau mungkin sahaja orang yang bertanya juga tidak serius dengan pertanyaannya.

Kali ini akan didedahkan lima lagi kenyataan yang anda harus berjaga-jaga jika anda terdengar atau menerimanya. Apakah lima kenyataan tersebut?

1- “Saya tak pernah ada pengalaman”

Sesetengah orang menggunakan kenyataan sebegini apabila diajukan persoalan tentang pengalaman dalam apa jua bidang yang pernah diceburi. Dek kerana tidak tahu bagaimana mahu mulakan penceritaan, secara ringkasnya mereka akan menjawab ‘tiada pengalaman’. Selalunya ayat ini tidakkan membantu seseorang itu mendapatkan apa yang dia mahukan. Misalnya jika soalan sebegini diajukan ketika temu duga. Maka, seharusnya anda harus berhati-hati sebelum menggunakan ayat ini sebagai jawapan.

2- “Saya tak belajar pun lagi…”

Ini merupakan ayat yang paling gemar disebut dalam kalangan pelajar tanpa mengira peringkat. Dari sekolah mahupun peringkat universiti tidak akan pernah terlepas menggunakannya. Selalunya, ia adalah kenyataan palsu untuk mengaburi rakan yang lain. Walhal, hakikatnya dia telah pun mengulangkaji dan bersedia untuk peperiksaan akan datang. Jadi, kawan-kawan jangan mudah tertipu ya dengan kenyataan ini!

3- “Takpe, saya tak kisah…”

Kalau benar terasa, apa salahnya mengaku. Tapi kebanyakkan orang, mereka lebih rela menyembunyikan rasa ketidak puasan hati berbanding meluahkan secara nyata. Kenapa? Mungkin untuk menjaga hati yang bertanya, malas untuk berdebat panjang atau tidak mahu berdrama. Jawapan ini juga agak terkenal bagi soalan “Kalau makan sekian, sekian ni kamu okay ke?” atau soalan “Kalau tengok cerita A dekat wayang ni okay?”. Kemudian jika makanan itu kurang menyelerakan atau cerita itu tidak menarik, laju sahaja menuduh orang yang membuat keputusan tadi.

4- “Kenyang lagi…”

Sebenarnya dia malu untuk mengatakan yang dia sedang berjimat atau sebenarnya tiada selera mahu makan. Jadi, jika anda menerima jawapan sebegini dari rakan-rakan anda, usahlah memaksa dia makan bersama. Seeloknya tawarkan makanan yang telah anda beli. Jika dia makan dengan penuh nikmat, itu tandanya dia sedang berjimat. Jika dia tetap menolak, mungkin benar dia masih kenyang atau tiada selera.

5- “Rajinnya awak! Tak payahlah rajin sangat…”

Bahaya! Ini merupakan statement yang paling bahaya diantara semua yang diatas. Kerana ia meninggalkan rasa selesa kepada yang menerima pujian. Kadang kala ayat ini digunakan hanya untuk melarikan fokus kita terhadap kerja yang sedang kita lakukan. Jika ‘si pemberi statement’ itu masih disekitar anda selepas mengatakan ayat itu, seeloknya anda abaikan kerana dia mahu melihat anda berhenti melakukan kerja-kerja yang anda sedang usahakan.

Adakah anda pernah mengalami kesemua kenyataan di atas? Jika ya, kongsikan pengalaman anda tentang situasi tersebut di ruangan komen.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--