Katakan Tidak Pada Rumah Besar!

SOFIEADIE
3 min readMay 17, 2016

--

Rumah adalah tempat kita berteduh, berehat dan tempat bersantai paling nyaman tanpa sebarang gangguan. Keadaan rumah boleh menggambarkan personaliti pemilik rumah. Mempunyai rumah yang besar dan laman yang luas adalah suatu lambang kemewahan bagi sesetengah individu. Tetapi, jika anda mengalami salah satu situasi yang disenaraikan dibawah, mungkin anda perlu mempertimbangkan semula keputusan anda untuk memiliki rumah agam. Anda perlu katakan tidak pada rumah besar!

1- Tinggal bersendirian

Jika anda membeli rumah besar hanya untuk tinggal bersendirian, ia adalah satu pembaziran. Anda terpaksa menampung semua pembayaran bil. Anda juga mudah berasa tidak selamat kerana keadaan rumah yang besar tanpa penghuni membuatkan imaginasi liar anda aktif. Ada baiknya anda sewakan saja rumah tersebut kepada keluarga yang besar dan jadikan ia sebagai pendapatan pasif anda.

2- Tidak rajin membersih rumah

Rumah yang besar memerlukan penjagaan kebersihan yang lebih kerap daripada rumah biasa. Ini kerana keadaan yang luas tanpa penghuni akan mengundang habuk, debu dan sawang. Jika anda tinggal sendiri tambahan dengan tidak rajin membersih rumah, katakan saja tidak pada rumah besar!

3- Keadaan kewangan yang goyah

Jika perbelanjaan keperluan anda melebihi hasil pendapatan, ia masih mengambarkan keadaan kewangan anda masih belum kukuh. Anda perlu bijak dalam mengendali kewangan peribadi anda supaya ia tidak melarat di kemudian hari. Maka, fikirkanlah semula hasrat anda sebelum menandatangani dokumen pembelian rumah.

4- Hidup berpindah randah

Jika kerjaya anda memerlukan anda menetap di sesuatu tempat dalam tempoh yang singkat, ada baiknya anda tidak harus memiliki barangan yang banyak dan rumah yang mewah. Ia akan menyukarkan proses pemindahan anda. Cukup hanya menyewa di sebuah rumah kecil dan mampu melindungi anda, ia sudah memadai.

5- Traveller

Mungkin anda lebih suka berjalan ke merata tempat dan tidak betah duduk di suatu tempat dalam tempoh yang lama. Maka, tidak salah jika anda tidak mempunyai rumah yang besar. Anda mungkin hanya perlu menyewa apartmen idaman anda dengan harga yang berpatutan. Anda perlu membuat simpanan untuk meneruskan aktiviti melancong anda.

Akhir kalam, tidak kisahlah apa jua pilihan anda, pastikan ia tidak menjadi beban suatu hari kelak kerana

“Home is not a place, it’s a feeling…”

Terima kasih kerana luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Adakah anda mempunyai sebab-sebab lain yang ingin ditambah? Sila kongsikannya bersama kami di ruangan komen.

Suka apa yang anda baca? Temui lebih banyak artikel seperti itu di ZALORA Community!

--

--